Selasa, Mac 31, 2009

Untuk Sebaran Segera Melalui SMS


1. Rakyat menolak politik kaum UMNO / BN. Politik kaum UMNO / BN hancurkan perpaduan rakyat. Jangan diperdayakan dengan politik kaum UMNO / BN. Politik Pakatan Rakyat menyatukan rakyat. Rakyat sehati sejiwa menyelamatkan negara yang dicintai. Undilah PAS / PKR pada 7/4/2009. Hidup rakyat. Sebar kpd kwn2 di Btg Ai / Bkt Gantang / Bkt Selambau


2. Media massa arus p’dana akan m’perdayakan rkyt & m’cari helah utk gagalkan PAS di Bkt Gantang dan PKR di Btg Ai / Bkt Selambau dgn berita palsu - utk menanam rasa syak wasangka terhadap PAS & PKR. Jom boikot! Jgn beli s/kabar. Jgn p’caya berita radio/TV. Sebarkan kpd kwn2 di Bkt Gantang / Btg Ai / Bkt Selambau .

Eh..Cikgu, Harakah takde ker?

Macam biasa abih je kuliah semalam aku mesti sambar senaskhah Harakah...alih2 cikgu (bersara) yang selalu jual menyahut..."Kan kena gantung!!!"




Melalui maluamat yang diterima Harakah akan diterbit dengan nama baru iaitu Hujah dan Suara Keadilan akan terbit dengan nama Suara Keamanan!!!

Dapatkan segera!!!

p/s: kita tunggu cerita sensasi dari Utusan.

Ahad, Mac 29, 2009

Undi YAB DS Muhammad Nizar untuk P059!!!


Mengenali Calon Pakatan rakyat PRK P059, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.

Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Birmingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini. Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta.

Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sydney dan Gold coast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyelesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah korban termasuk penyembelihan binatang korban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat.

Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

Beliau seorang yang bertanggungjawab kerana berusaha keras turun naik ke mahkamah demi menegakkan keadilan untuk rakyat Perak mengenai krisis perampasan kuasa pemerintahan di Perak secara tidak sah oleh Barisan Nasional.

Beliau seorang yang bertanggungjawab kerana berusaha keras turun naik ke mahkamah demi menegakkan keadilan untuk rakyat Perak mengenai krisis perampasan kuasa pemerintahan di Perak secara tidak sah oleh Barisan Nasional.

Beliau dianugerahkan pangkat Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 dengan gelaran Dato' Seri. Beliau juga merupakan ADUN Pasir Panjang yang dimenanginya pada 8 Mac 2009 dalam pilihan raya umum yang lalu.

Sekat Najib.

video

video kurang tepat dengan topik.

Dengar khabar Syeikh Mahmud berada di Terengganu minta perkenan Agong sekat Najib dari jadi PM?

...jangan biarkan hidup anda diselubungi....

Jumaat, Mac 20, 2009

Syafakallah...


Doakan kesihatan ke atas Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz, sekarang di ICU Hospital Sultanah Aminah JB. Moga beliau dalam 'afiahNya. Amin...

Rabu, Mac 18, 2009

I rasa...I tak rasa

(Refleksi dari ulasan pengacara bual bicara stesen swasta berbayar)


I rasa PPSMI perlu diteruskan...
Lagipun,
I dan anak I cakap english at home.

I tak rasa PPSMI boleh hilangkan jatidiri seorang Melayu,
Sebab kita everyday cakap in Malay.

I rasa PPSMI perlu diteruskan,
Cuba you tengok result SPM recently...ok apa!

I tak rasa perlunya kita ikut negara-negara maju,(guna bahasa ibunda)
Kita masih depends on English...

I rasa PPSMI penting,
I perlu fikir nanti anak I nak seek for a job,
English is Important!


Selamatkan Bahasa Ibunda!
Pertingkat P&P dalam Bahasa Inggeris!(Bukan Anti-Bahasa Inggeris)

Selasa, Mac 17, 2009

Moga diberkati ALlah!


Hujung minggu lepas, sempatlah aku hadir majlis perkahwinan rakan 'sepertapaan' dahulu (ketika di Gua Ilmu dan Budi).


Bertempat di Kompleks Sukan Balik Pulau.

Tahniah diucapkan buat Azizal dan Nurul, moga hubungan hangpa diberkati ALlah!

Moga-moga juga majlis meriah serta sederhana itu diredhai ALlah.

Ayam goreng yang dituang kuah percik lada hitam
memang terbaik!!!

Ada gambar eksklusif aku nak kongsi ngan hangpa suma!
(eksklusif ker?)


Bersama
TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakub
(Yang DiPertua Negeri Melaka)






Isnin, Mac 09, 2009

Selawat ke atas Baginda S.A.W


صلى ألله على محمد
صلى ألله عليه وسلم




Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

[Surah al-Ahzab 33:56],

Ahad, Mac 08, 2009

Setahun berlalu, Rakyat beri isyarat!

Malam itu di Balai Budaya

Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata

'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar

'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

- Usman Awang


Lagi Gambar Peristiwa 739


Menyiram 'pokok hiasan' sempena Program Hijaukan Bumi

Nah, jelas pelbagai lapisan hadir


Unit Amal perlu diberi pujian, tahniah!


Selamat Datang ke Malaysia Darul Hadhari.


Ratusa ribu rakyat jelata hadir


Kelihatan Dr Mujahid Rawa


Tu diaaaa...ghamainya!


Lagi...


Sekian..


Sabtu, Mac 07, 2009

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," Pak Samad


Hidup bahasa, selamatkan bahasa


Pertingkatkan bahasa Inggeris


Ust Ghani Shamsuddin turut hadir


melegakan diri setelah dipedihkan mata


"Ayuh kembali ke Masjid Negara" YB Salahuddin


Siram 'pokok hiasan' sebelah Masjid, padahal....


Segenap lapisan rakyat hadir



Bukti gas pemedih mata masuk ke dalam Masjid Negara


Keranda 152 diusung kali ke-2 selepas 1967


Mahasiswa PKPIM 'pengusung keranda 152'

"Menadah tangan mengamin doa...Amin"


Air mineral, garam, sapu tangan basah
penawar gas pemedih mata

Akhirnya...seluar koyak dek kerana dikejar peluru gas pemedih mata,
Seluar ini tidak akan dijahit selagi tidak dimansuhkan PPSMI!

Jumaat, Mac 06, 2009

Bersiap dalam masa kurang 24 jam!


Berbaju Melayu putih aku esok hari...

Rabu, Mac 04, 2009

PAGI ITU DI BAWAH POHON SENA

PAGI ITU DI BAWAH POHON SENA

Lalu mereka pun berkumpul lah di bawah pohon sena itu


Dari hulu mereka mengilir
Dari hilir mudek ke hulu

Yang bermercedez datang berdriber
Yang berwira datang sendirian
Yang merempit membonceng kawan
Yang menapak mengira kaki

Yang berjaket datang berjaket
Yang berbatik datang berbatik
Yang bersinglet datang bersinglet
Yang berseluar pendek datang berseluar pendek
Yang bersongkok datang bersongkok

Tidak ada kad jemputan
Tidak ada datuk tan seri
Tidak ada mak datin mak puan
Semua sebaris bersatu niat

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Gedang di palu
Rebana di pukul
Kompang di ketuk
Nafiri di tiup

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Jin dan afrit pun datang berligar ligar
Hantu dan jembalang datang menggangu ganggu
Setan dan puaka datang sama
Menakut-nakutkan mereka yang berkumpul

Maka mereka pun bersoraklah gempita sekelian alam
Maka mereka pun bertempik memetir suara kedengaran
Mereka tidak lagi takut
Mereka telah jadi berani
Mereka telah mula bangun

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Pagi itu di bawah pohon sena
Bersama gendang bersama rebana
Mereka bernyayi melagukan harapan
Mereka bergurindam melagukan keadilan

Lalu mereka bertandak beramai ramai
Lalau mereka sedar mereka adalah ramai
Lalu mereka ketawa memecah segala ruang

Lalu mereka terus berpesta di bawah pohon sena itu
Mereka membuat sejarah bangsa.

---kredit utk abg Isham 2504---
tukartiub.blogspot.com

Ahad, Mac 01, 2009

Bila Malaysia Plak?

Rasanya dengan keadaan dan situasi mutakhir ini, ramai ibu bapa mengambil jalan pintas bagi menyelamatkan anaknya dari mengalami sindrom jobless...maka berbondong-bondonglah yang menyertai pertandingan-pertandingan realiti yang membuka peluang untuk bergelar artis mengalami pengalaman dalam dunia popular dan glamor. Natijahnya...jadilah artis.

Dah lama aku saksikan situasi ini berlaku sehingga artis berlambak-lambak wujud. Hampir aku tak mengenali siapakah yang sedang menyanyi di televisi tatkala ini (takde masa aku nak menghapal nama dorang). Tidak bolehkah pihak berkuasa membendung rancangan-rancangan ini. Hampir setiap channel ada sahaja rancangan realiti yang disiarkan.

Bukan sahaja rancangan-rancangan sifatnya seperti ini kurang manfaaatnya. Malah ada yang kurang sesuai ataupun tidak sesuai dilihat segenap lapisan kelurga lebih-lebih lagi kanak-kanak.
Tapi biasalah golongan-golongan yang menganjurkan, apa alasan mereka? "Mahu memeriahkan lagi industri hiburan", "Mencungkil bakat-bakat muda" dan lain-lain lagi. Ada pula kadang-kadang itu alasannya jauh untuk disabitkan dengan adab jauh sekali selari dengan Maqasid al-Syari'ah seorang Muslim.

Kalau dahulu rancangan realiti lebih khusus untuk orang dewasa, tetapi sudah menjadi trend kali ini penglibatan langsung si Kecil menjadi penarik untuk sesetengah rancangan.

"Aku taklah kondem seratus peratus semua rancangan, tapi ada segelintir tu sudah melampau."
"Mungkin false generalization, tapi takut keadaan lebih meruncing selepas ini akan terjadi"


Maka, usah terperanjat jika ada anak-anak kita lebih melihat menjadi artis adalah cita-cita yang utama dan populis untuk dijadikan professional jika mereka dewasa kelak.

Artikel bukan artikel biasa ini lahir apabila melihat klip ini. Mampukah rancangan seperti ini mampu seberang selat Melaka?

video