Ahad, April 19, 2009

Pesta Rakyat, Pesta Jiwa, Pesta Buku...Aku kelihatan 'cool' bila berselipar di PDDP!!!

Keadaan abah lebih positif, memutuskan untuk berpesta!!!


*****

Mengambil keputusan untuk berkomuter ke PDDP adalah keputusan yang bijak yang aku ambil. Sengan kesesakan lalulintas ibu kota, kebejatan ruang parkir...jikalau ada pun cajnya agak lumayan. Lagipun tidak perlu memandu pulang sambil betis menangkap setiap otot di dalamnya.




Agak lama sudah tidak berkenderaan awam.

*****

Masuk ke dalam PDDP. Masih lagi bertanya apa itu PDDP? Sebab kebiasaannya kita dengar PWTC...Biasalah...nak me'martabat'kan bahasa kebangsaan...Pooodah!!!


Betul kata Pn Ainon, memang tidak nampak lantai...Penuh dengan orang...ramailah!!!Pelik juga ada kajian kata orang Malaysia kurang membaca. Mungkin ada benarnya, bila mana ramai yang datang hanya 'membeli-belah jendela'...kahkahkah:)
*****

Untuk merasmikan upacara meringankan isi dompet, dimulakan di gerai Anbakri Publika Sdn Bhd.


3 buku= RM43.00

*****

Misi utama memanfaatkan peruntukan sebaik dan semaksima mungkin. Aku dah nyatakan misi utama meraikan pesta ini untuk ketemu Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). TGNA hadir bagi melancarkan novel terbaru keluaran Anbakri Publika Sdn Bhd.

Berikut beberapa panorama majlis tersebut.


Sebelum TGNA datang

Dari kiri, Tuan Annual Bakri Haron (Setiausaha Politik TGNA), TGNA, isteri TGNA Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak

Penulis novel Illa Sarah Annual Bakri

Si kecil beri sokongan pada TGNA

Susuk TGNA ketika sesi autograf di Gerai Anbakri Publika


Terasa payah nak dapatkan autograf TGNA, tapi dengan sedikit pengalaman menyertai demonstrasi dapat juga meloloskan diri dari pengawal-pengawal.
"Mintak autograf Tok Guru" terus salam dan cium tangan TGNA. Dalam hati berkata, "Ambo date jauh ni, jadi dapat cium tangan TGNA kigho puah hati la"

*****
Gimik,
TGNA beri bunga pada Si isteri

video

Berjalan-jalan lagi, terlihat Ustaz Riduan Md Noor, bekas Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Banyak juga buku-buku tulisannya yang menjadi sasaran buruan aku.
Kebetulan pula pada hari ini YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong hadir bagi melancarkan buku baru terbitan Ustaz Riduan sendiri.


Bersama Ust Riduan, 2 buku = RM25

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong

*****
Berselipar adalah selesa berbanding bersepatu.

Jurujual tak ubah seperti ulat tiket haram di Puduraya, lebih-lebih lagi syarikat yang mengeluarkan barang-barang multimedia.

Di sini bukan tempat nak berasmaradana, ada juga yang merasakan semua lokasi adalah medan maksiatnya.

Gelihati melihat ada juga petugas yang tidak disertakan info untuk pengunjung. Maka jadilah pekerja mee segera.

Kagum melihat anak-anak kecil sudah diasuh mencintai membaca.

Berkenderaan awam adalah anggun dari berkereta sendiri.

Ramai ketemu rakan-rakan di FB contohnya, Bro Faris, Kak Bijah...Rakan-rakan UIA, SMAKL.

Sesuai dijadikan perkelahn keluarga di sini.
*****
Berjalan-jalan lagi melihat apa-apa yang menarik untuk dibeli.

RM31.50


Ust. Nik Azizan, pengacara Mari Bertarannum TV9


Ujang kartunis kogomaran den!



Si kecil diuji baca Jawi

buku-buku yang di haramkan KDN.


Sayup-sayup je banggunan Pekembar menanti rebah akibat rempuhan rakyat

Saya cinta BN?hahahaha...tak mungkin, BN=Brunei macam Malaysia=MY. Salah satu majalah di Brunei.

*****

Kesimpulan,
RM43+25+31.50 = RM99.50...
Merasakan tidak cukup lagi.
Rasa mahu pergi lagi munggu depan!


Abah dalam rehabilisi di Rumah Sakit Pekan Sate.

Mohon doa kalian menyusul...
Amin...


###Alhamdulillah abah sudah keluar pada pukul 1 tghari..terima kasih doa kalian...Syukur atas Rahman Rahim ALlah!!!###

Ahad, April 12, 2009

InsyaALlah ambo ke sano...


Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya. Novel sulung terbitan Anbakri Publika sdn bhd bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.



Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

Karya: Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Harga: RM12.90
Halaman:128

Pelancaran Novel Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang) karya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri, Oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Tarikh: 19 April 2009
Hari: Ahad
Masa: 12.00 tgh-1.00ptg
Tempat: Bilik Kedah/Johor (PWTC)

Jumaat, April 10, 2009

Surat Tok Guru Nik Abd Aziz kepada YB Nga Kor Ming.


13 Rabiul Akhir 1430


9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap

Rabu, April 08, 2009

Kan dah cakap dah....

Kenyataan yang 'klise'...Media belum tahap menegur kerajaan dan membuat analisis yang adil.



Tetap tak mengaku kekalahan...Takpe tunggu dalam seminggu ni..ada tak analisis PRK ni...

Selasa, April 07, 2009

Apa Tajuk Utama Akhbar Arus Perdana Esok Hari? (Rabu 8/4/2009)

1)"Kita berpuas hati menang satu sahaja"-PieM Baru

2) Kemenangan PR Bukti Ketelusan SPR

3) Kekalahan di dua bukit bukan cerminan penolakan kepada kepimpinan PM

4) Pas dan PKR menang dengan undi hantu:Utusan

5) Kekalahan BN berpunca dari kemenangan KJ : Kosmo

6) Gempar! Doa Nga Kor Ming dimakbul : Mastika

7) Utusan: Penderhaka menang besar!

8) Utusan: Kemenangan di Btg Ai bukti BN relevan di Perak

9) Berita Harian : Tiada pemenang dan pengalah...masing-masing pertahankan kerusi (play safe)

10) Kosmo : Kempen kotor PR bantu kejayaan di dua bukit

11) Kemenangan BN di Batang Ai satu tamparan hebat buat PR

sambung lagi....

Sabtu, April 04, 2009

Takkan itu sahaja...



Kalau betul mahu transformasi bukan sahaja tarik balik larangan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan. Kalau anak jantan beri sahaja hak penerbitan harian kedapa kedua-duanya. Lagipun tiada sebab yang munasabah hendak gantung sebelum ni. Umpama seorang bapa tak beri makan kat anak lalu bermegah-megah memberi makan kepada anaknya. Kan bagi makan itu tanggungjawab.

Kenapa 13 dari 39?
Kenapa yang 13 belas itu sahaja?
Mana lagi 26?
Sudah insaf dan melepasi tahap pemulihan?
Pulih tatkala isytihar PM yang ke-6!!!
Syabas!!!

Jumaat, April 03, 2009

Protes! Tiada Harapan!

GELAPKAN BLOG SATU HARI!!!