Ahad, Mac 01, 2009

Bila Malaysia Plak?

Rasanya dengan keadaan dan situasi mutakhir ini, ramai ibu bapa mengambil jalan pintas bagi menyelamatkan anaknya dari mengalami sindrom jobless...maka berbondong-bondonglah yang menyertai pertandingan-pertandingan realiti yang membuka peluang untuk bergelar artis mengalami pengalaman dalam dunia popular dan glamor. Natijahnya...jadilah artis.

Dah lama aku saksikan situasi ini berlaku sehingga artis berlambak-lambak wujud. Hampir aku tak mengenali siapakah yang sedang menyanyi di televisi tatkala ini (takde masa aku nak menghapal nama dorang). Tidak bolehkah pihak berkuasa membendung rancangan-rancangan ini. Hampir setiap channel ada sahaja rancangan realiti yang disiarkan.

Bukan sahaja rancangan-rancangan sifatnya seperti ini kurang manfaaatnya. Malah ada yang kurang sesuai ataupun tidak sesuai dilihat segenap lapisan kelurga lebih-lebih lagi kanak-kanak.
Tapi biasalah golongan-golongan yang menganjurkan, apa alasan mereka? "Mahu memeriahkan lagi industri hiburan", "Mencungkil bakat-bakat muda" dan lain-lain lagi. Ada pula kadang-kadang itu alasannya jauh untuk disabitkan dengan adab jauh sekali selari dengan Maqasid al-Syari'ah seorang Muslim.

Kalau dahulu rancangan realiti lebih khusus untuk orang dewasa, tetapi sudah menjadi trend kali ini penglibatan langsung si Kecil menjadi penarik untuk sesetengah rancangan.

"Aku taklah kondem seratus peratus semua rancangan, tapi ada segelintir tu sudah melampau."
"Mungkin false generalization, tapi takut keadaan lebih meruncing selepas ini akan terjadi"


Maka, usah terperanjat jika ada anak-anak kita lebih melihat menjadi artis adalah cita-cita yang utama dan populis untuk dijadikan professional jika mereka dewasa kelak.

Artikel bukan artikel biasa ini lahir apabila melihat klip ini. Mampukah rancangan seperti ini mampu seberang selat Melaka?

3 ulasan:

najmunir berkata...

amazing!

Unknown berkata...

true..indonesia obviously got a better shows for audiences which carrying religious perpetuation, improvisation and buffing in huge impact towards it. i didn't say that malaysia has to have a reality shows based only on "religious" theme or concept, but we can do better...most of our recent reality shows are all BS and crap...its not for the sake of the audience(which is always being used as a cosmetic excuses), but its more for the producers "side pocket".

Closeup berkata...

aduh...walaupun budak ni kecik, tp panahan kata2 tu sampai kat aku..kan bagus kalau ade rancangan mcm ni kat Malaysia...kagum..kagum