Rabu, April 30, 2008

Selamat Bertugas!

((Kali ini isinya agak santai....))


Tahniah diucapkan buat sahabatku, Mohd Azahari Salleh yang mendapat tawaran sebagai Akauntan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Sarawak. Mungkin ketika membaca artikel ini dia sudah pun menjejak kaki di bumi Puteri Santubong itu.


Perasaan malam itu (Sabtu,26/04/08) bercampur baur. Aku mungkin rasa lain, Alonj, Juzeh, Muten, Ajeb, Cak, Madan, Din Puteh mungkin berbeda. Dan yang pasti Ayie pun lain gak. Ape yang kita rasa sama bile kita rasa penat sangat bile main futsal sambil gelak ketawa yang amat riang!!Hilang buat sementara waktu playmaker team kita. (Dalam hati aku berkata,tinggallah aku je playmaker team kita,hahhaha)


Benda-benda ni yang memotivasikan aku dalam bekerjaya. Terfikir ramai 'kengkawan' yang mendapat tawaran yang dikira sebagai tawaran lumayan termasuk aku. Hanya prestasi yang cemerlang sahaja menjadi kayu ukur.


Akhir kalam, sempena Hari Pekerja tahun ini, dan juga buat pertama kali aku sambut, aku berdoa supaya ALlah Maha Kuasa berikan tekad dan iltizam aku supaya bekerja sepenuh hati, ikhlas untuk Agama, Bangsa, dan Negara!


"Pekerja Produktif Negara Kompetitif"

Selasa, April 29, 2008

(Dipindahkan dari 'page element')

Ada apa dengan Kg Baru? Ada juga abah cerita....(Abah memang kuat bercerita)...hehehe..Mula-mula selepas berkahwin abah dan mak menetap di Kg Baru di Jalan Daud (jika tidak salah). Tidak sampai setahun ditawarkan duduk di rumah panjang di Setapak Jaya (sebelah tasik). Bila di tanya mengenai Kg Baru...Ada apa dengan Kg Baru? ada yang menjawab, banyak gerai makanan di sana (bagi kaki makan),'short cut' ke KL, bubur lambuk popular pada bulan Ramadhan..Biar apa pun jawapan, Kg Baru lebih 'significant' dengan istilah PERJUANGAN. Di Kg Barulah agenda Melayu menentang Malayan Union dirangka pada 1946, tragedi berdarah 13 Mei 1969, dan baru-baru ini 15 April 2008 adalah titikmula untuk menghirup udara baru dengan muafakat ke arah HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

!!p/s : Abah cerita uri saya ditanam berhampiran dengan Kelab Sultan Sulaiman, mungkin ini juga faktor 'beriya' sangat saya mahu menghadiri upacara bersejarah 'Black 14' ini.

Jumaat, April 25, 2008

Syabas Penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC)!!!



Awal minggu ini kecoh pasal pembukaan jalan utama ke BMC. Saya pun tumpang gembira dengan pembukaan jalan itu. Biar apa pun status tanah di situ seakan-akan 'dilengahkan' oleh orang-orang tertentu, pembukaan jalan itu umpama rahmat bagi residen di situ. Bayangkan sejumlah 20000 penghuni di BMC dan 9000 penghuni di Sg Long menikmati pembukaan jalan tersebut.

Rata-rata pembukaan jalan itu adalah penanda aras kepada tahap kesabaran penduduk sekeliling. Bayangkan setiap pagi mereka perlu menempuhi kesesakan sepanjang 6.4km dan mengambil masa 20-30 minit untuk melepasi kawasan BMC dan Sg Long itu sahaja. Bukan itu sahaja, dengan melalui jalan yg sesak penghuni yang bekerja di KL sudah tentu 'wajib' menempuh tol Batu 11 yg boleh dielakkan dengan pembukaan jalan utama tersebut.

Dua kesan positif yang kita boleh lihat dari pembukaan jalan tersebut, mengelak dari kesesakan dan penghuni BMC terutamanya dapat mengelak dari membayar tol di Batu 11.

Saya sempat melalui dan merasa betapa mudahnya bila jalan itu dibuka. Terharu bila melihat penghuni setempat mendirikan khemah bermalam bagi memastikan tembok tidak dibina semula.
Saya sempat menghulurkan bantuan dan menunjukkan sokongan moral.
Bagi merasai keperitan yang dilalui sebelum ini saya mencuba jalan yang digunakan sebelum ini. Ternyata tindakan syarikat tol benar-benar menyusahkan dan menganiaya penduduk BMC.

Syabas MP Ulu Langat YB Che Rosli bin Che Mat dan Penduduk BMC!!

video

Rabu, April 23, 2008

Kata-kata Hikmah Buya Hamka.


Terima kasih kepada kekanda Mohammad Roshidi yang memberi 'link' tentang beberapa kata-kata hikmah dari Hamka. Dari pendapat saya, ia terlalu halus untuk dihayati dan sesuai dalam lanskap politik negara kita hari ini.


......."Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya"


......."Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian"


......."Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama"


......."Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri"


........"Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama"


Isnin, April 21, 2008

Bimbangnya Dr. Mohamad Khir Toyo....




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat blogers dan para pembaca. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini dan juga memberi banyak buah fikiran baru yang amat berguna untuk saya bawa dalam perbincangan-perbincangan bersama kepimpinan UMNO kemudian nanti. Terima kasih juga kepada generasi muda Malaysia yang berada di dalam dan luar negara yang turut sama berkongsi pandangan dan idea.


Selanjutnya.....www.drkhir.com

Sabtu, April 19, 2008

Gesaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi perlu tiada unsur 'double standard'.

Saya menyokong penuh pada dasarnya saranan dan gesaan YB Dato' Idris Haron supaya menggalakkan mahasiswa tidak hanya tertumpu dalam pelajarannya dan mesti melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan. Dalam gesaan tersebut ada 'nada sumbang' yang mengesyorkan penglibatan mahasiswa dengan Belia 4B. Majoriti sudah maklum Belia 4B adalah cenderung kepada parti pemerintah nasional dan merupakan pengkalan pengkaderan pemimpin2 muda UMNO/BN.

Justeru itu adalah mulianya jika gesaan pak 'deputi' menteri memberi ruang sepenuhnya kepada mahasiswa untuk memilih Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mahu dianggotainya. Tidak perlu ada unsur 'double standard' dalam gesaan dan saranan ini.

Pelabelan dan peng'klasifikasi'an status sesebuah NGO itu samada aspirasi kerajaan atau aspirasi pembangkang perlu dihentikan. Ini akan melenyapkan budaya 'takut' di kalangan mahasiswa.

Teringat zaman pertapaan dahulu. Penglibatan mahasiswa dalam persatuan di Gua Ilmu dan Budi itu pun dilabel-labelkan. Selama pertapaan melihat, bagaimana dua kelab dan persatuan ini ditatang bagaikan 'anak emas' iaitu, GPMS dan Kelab Wawasan. Kelab dan persatuan seakan-akan perlu 'bekerja keras' untuk mendapatkan peruntukan aktiviti...

Dunia....dunia.....

Jumaat, April 18, 2008

SAJAK RAJAWALI


sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri

rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti

langit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara

rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya

hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat matamorgana

rajawali terbang tinggi
membela langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka

WS RENDRA.

Selasa, April 15, 2008

Kg Baru jadi saksi.

Sekali lagi Kg Baru mencatat sejarah sebagai pemangkin gerakan rakyat menafikan hak dan kuasa pemerintah yang zalim dan haloba. Kehadiran lebih dari 20000 rakyat merdeka yang mahukan perubahan dijelma dalam masa yang singkat ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak keselamatan kerana berjaya mengawal suasana aman walaupun akhirnya akur kepada perintah 'boss'!



Ucapan sulung Dato' Seri Anwar Ibrahim pasca PRU12 ini sangat-sangat dinantikan seluruh pendukung gerakan reformasi dan keadilan. Rata-rata yang hadir menzahirkan rasa rindu dan 'ghairah' mahu mendengar kata-kata keramat beliau.



Bila diingat kembali, gelaran-gelaran seperti 'Rajawali' yang diberikan WS Rendra dan 'Wira' oleh Dr Siddiq Fadhil benar-benar dijelmakan dalam kata-katanya malam tadi. Setiap frasa dan ayat diselang-seli dengan laungan Reformasi dan Takbir.



Jikalau dahulu Kelab Sultan Sulaiman ini menjadi titik tolak usaha rakyat menjatuhkan Malayan Union yang rakus iaitu menzahirkan idea penubuhan UMNO dan malam tadi sejarah membuktikan bahawa tarikh 15 April adalah udara baru untuk HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA!!




REFORMASI!!TAKBIR!!

Isnin, April 14, 2008

Dr Badrul Amin (Dr BA) back on track!!


DESA MEWAH, SEMENYIH : Ketika dahulu terfikir juga dapat tak lagi kesempatan peluang aku dengar ceramah dan kuliah beliau. Akhirnya penantian berakhir semalam 13/o4/08 bertempat di Surau Desa Mewah, Semenyih. Kehadiran beliau bagi menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Sebelum sesi ceramah beliau, pelancaran dana pembangunan surau dilancarkan oleh YB Johan Abdul Aziz.


Selingan mengenai YB baru ni....Kesian saya melihat YB kita seorang ni. Baru jadi YB dah jadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor. Tapi sikap professional YB Johan ni patut dipuji, walaupun dia rasa jemputan itu berunsurkan 'perangkap' yg boleh me'nanah'kan telinganya tapi atas prinsip undangan rakyat jelata, dia sanggup juga datang melihat mendengar 'idolanya'(YB Johan iktiraf Dr BA sebagai idolanya) berceramah. Sesekali, Dr Badrul Amin memperli kepimpinan atasan parti YB, mengutuk nilai kepedulian yang sangat lemah pimpinan parti YB terhadap nasib Islam dan Muslim di Malaysia, dasar Islam Hadhari pun Dr BA pertikaikan....sesekali YB kita mungkin panas telinga juga,kelihatan YB sesekali memandang ke siling surau...apa yang ditermenungkan...mungkin terpikir nak lompat masuk PKR kot...manalah tau kan?(panjang jugak selingannya)


Kembali dengan isi ceramah Dr BA tadi. Secara sistematik beliau menyusun intipati ceramah dengan menjadikan jemaah fokus kepada beliau. Sebut sahaja tentang Dr BA mesti terkenal dengan zikir munajatnya yang mendayu-dayu. Dimulai dengan perbincangan peri penting sayang kepada Rasullullah dan Ulama pewaris nabi. Sesekali memberikan contoh yang ditunjukkan pemimpin Melayu khususnya UMNO yang memperkecilkan peranan dan wibawa ulama. Syahdunya bila diceritakan tentang perjuangan ALlahyarham Dato' Ishak Baharum. Sedih bila orang 'luar biasa' seperti itu dihina sedemikian rupa.

Diteruskan dengan kepentingan akhlak dalam Islam. Dan diakhiri dengan menyatakan 3 institusi yakni institusi keluarga, masyarakat, dan kepimpinan negara sebagai hierarki pennting membentuk sahsiah cemerlang. Tak perasan ceramah sudah berlalu lebih dari sejam setengah.

Diakhir ceramah Dr BA menggesa jemaah datang beramai-ramai ke Kg. Baru untuk mendengar amanat 'sakti' dari DSAI malam ini.


TAKBIR!!

Ahad, April 13, 2008

Bersempena "Black 14"...sebuah puisi...


Semasa di zaman siswazah, saya begitu aktif dengan persatuan pelajar Islam yang begitu dominan di Malaysia (PKPIM). Rata-rata pergerakan PKPIM diorientasikan tarbiyah ABIM.

Masih ingat lagi ketika dianjurkan majlis bersama DSAI ketika baru sahaja keluar dari 'panjaraga'*. Yang paling menarik perhatian dalam majlis itu ialah ucapan aluan dari Dr. Siddiq Fadhil, mantan Presiden ABIM ke-3. Ada diselitkan sebuah puisi yg cukup 'supportive' kepada perjuangan DSAI sekarang....

Di mana wira,
Aku rindu pada bicaranya,
Yang selalu menggetarkan jiwa,
Katanya....
Setelah bersengketa dengan mamak bendahara,
Wira bertapa di gua panjaraga,
Berguru di ulu sungai bambu,
Tapi aku pasti,
Wira akan kembali,
Wira akan kembali,
Dengan lebih sakti lagi...


---Dr Siddiq Fadhil, Anjung Rahmat Gombak, 24 NOV 2004---


*panjaraga---penjara raga, raga sahaja terpenjara tapi roh senantiasa merdeka.

Jumaat, April 11, 2008

Isu khinzir membantu PAS.



Minggu ini isu khinzir boleh dikatakan 'hit' dan boleh mengatasi populariti isu kuota dalam pemilihan UMNO. Sehingga dijadikan intipati dalam khutbah jumaat hari ini di satu surau aktif di 'pekan PM ke-3', mengheret kepada huraian hak-hak golongan bukan Islam.




1)Hak menjalani acara ritual masing-masing,

2)Hak perkahwinan ataupun masalah 'muamalat' atau transaksi agama masing-masing,

3)Hak dilindungi oleh pemimpin,

4)Hak makan dan minum.

Dalam kita tak sedari, ada implikasi positif terhadap isu ini dan kredit perlu diberikan kepada PAS kerana salah seorang ahli Exco Negeri Selangor yakni YB Dr Halimah Ali merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat yang turut menarik perhatian memberi komentar dan pendirian terhadap isu ini. Ini juga satu manifestasi kerjaan Negeri Selangor sangat prihatin dengan hak dan permasalahan semua kaum. Tahniah!!

Isu ini membawa kaum bukan Melayu mula berfikir bahawa PAS cukup 'liberal' dan boleh bertolak ansur tentang hak-hak orang bukan Islam.

::kadang-kadang terfikir babi lebih sensitif dari arak,judi,zina, rasuah dan seangkatannya...

"BLACK 14"

Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun tetapi 14 April 2008 ia bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita.Ia sudah mula diterangi cahaya.15 April udara di Malaysia akan berbeza kerana wira Rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalam Black 14 perhimpunan khas countdown rakyat seperti di bawah


Tarikh : 14 April 2008

Masa : 8.45 malam

Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg.Baru, Kuala Lumpur


Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihanraya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat.Tayangan video khas dari black14 kearah kemenangan rakyat dan pameran khas turut akan diadakan.Kami juga ingin menyeru semua ahli AICdan pejuang rakyat untuk menyemarakkan lagi semangatperhimpunan ini dengan memakaireben/kain/sticker/apa sahaja yang bewarna HITAM DAN OREN padabag/handphone/motor/kereta/apa sahaja mulai dari hari ini sehingga berjumpa di perhimpunan nanti!



HITAM OREN ZAHIRKAN KEMENANGAN RAKYAT!

Khamis, April 10, 2008

UMNO/BN 'dipenyapukan' dari Darul Ehsan, khinzir disalahkan


Pelik jugak bila pagi-pagi (9 Apr 2008) tgk berita RTM dah ada berita nih..ingatkan dah serik nak buat cerita yang boleh tipu rakyat. Tak sangka pulak genap satu bulan Pakatan Rakyat membina empayar di Darul Ehsan, 'terdedah' pulak berita ini. Ini bermakna, dalam masa sebulan dah boleh buka ladang khinzir yang besar dan tubuh khinzir pun dah besar-besar. Pelik bin Ajaib bin Hairan kan? lagi satu... Khir cakap tak luluskan apa-apa projek ternakan khinzir, tapi ada jugak dia kata dia luluskan ladang yg berskala kecil...mana satu ni?


Statement Kerajaan Negeri Selangor......


Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu. -->-->
Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Dato' Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.
Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.
Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.
Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming.
Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.
Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar 'one stop' yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

Rabu, April 09, 2008

Mengingati, Mengamati dan Menginsafi Seabad Umur Buya Hamka


Al-Fatihah....... moga2 rohnya selalu dicucuri rahmatillah,


Teringat zaman pertapaan di "Gua Ilmu dan Budi", sewaktu mengambil satu subjek utama yg digelar ketika itu (ketika ini ada nama baru untuk subjek ini)"
Muslim Scholars’ Critique of Other Religion". Ditugaskan Dr Wan Sabri Wan Yusoff (tuan guru ketika itu) untuk membuat sedikit pembentangan mengenai sedikit biografi beliau dan pendirian beliau mengenai peradaban agama lain. Masa itu saya berharap sangat untuk mendapat tugasan itu. Alhamdulillah dapat juga. Ketika hari pembentangan, saya begitu 'ghairah' membentang.....(rasanya itulah antara pembentangan yang terbaik yang pernah dihasilkan semasa pertapaan)

Rakan2 di PKPIM dan PEPIAS selalu juga menjadikan karya2 BUYA HAMKA sebagai pengisian dan perbincangan dalam usrah mahupun Liqa'.

menyoroti perjalan hidup Buya Hamka-----> buyahamka.blogspot.com