Selasa, Januari 27, 2009

Doakan Kesejahteraan Kami!

Rasanya sudah hampir 10 tahun tak jejak kaki ke Kuantan. Dulunya pun pergi sebab dapat undangan perkahwinan sepupu mak kahwin orang di sana. Tetapi kali ini misinya berbeza. bawa rombongan bertunang.

Pada awal persiapan, aku tak tau nak wat camna cuma aku kata kat mak pepandailah wat camna pon...ape yg kena beli aku bg duit,kalo tak cukup mak 'advance' dululah...

Terima kasih kepada sumer...Mak, Abah, Mak Nah,Cikgu Amran sekeluarga,Pak Ndak sekeluarga, Kaklong Ros n Abg Hatta sekeluarga,Shidie (Moros) (aku tempah hang lagi nanti, keep the good job,bro), Fadh, Syafiq, Adilah, Ali n Ami! Jasa Kalian aku tak lupa, ALlah sahaja balas budi jasa kalian suma.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Cikgu Hj Fadhil, Abah Hanafi, Mama Rohani, Emi, Mira, keluarga belah Maran,Kuantan, Kelantan, Kenalan dari Raub...Terima kasih terima rombongan dan pinangan kami! Semoga ALlah berkati!

Minta maaf kalau ada nama yang tidak disebut.



"Thanks Nida"


Kek untuk pihak perempuan


hataran untuk pihak perempuan


Bergambar dengan pihak lelaki
(nape mak menyorok tu?)



daLYaanoon, Abah, Nida, Mak


""Rilekslah...."


"Balik dulu ya..."

Corat-coret

-Bertolak dari Semenyih awal-awal pagi, barang-barang hantaran sudah dimasukkan ke dalam kereta malam sebelum itu.

-Sepanjang perjalanan tuhan sahaja yang tahu berapa scala richter jantung aku....konon tido, tp x jugak lega.

-Keluarga perempuan asyik sahaja call tanya kat mana...aku pressure+nervous=previous!

-Sampai2...Ya ALlah ramainya!!! di luar jangkaan!tak tercapai akal aku, kalis rindu dll...

-Minum sikit acara bermula (sehingga sekarang aku tak dapat gambaran apa yg terjadi)...aku duk luar menjaga parking sambil membuat survey sport rim kereta sapa yang cantik...ternyata abah aku punya yang cantik!!!heheheh...

-Punyalah takde keje+panas jer dgr dari luar org kat dlm rumah tergelak terbahak-bahak...dlm hati aku, mesti dorang kutuk aku!hehehehe:)

-Tau2 pastu baca tahlil buat Aki (Atuk Nida) meninggal 2 hari lepas...Innalillah...Al-Fatihah!Moga Aki digolongkan dlm golongan org beriman...

-Pastu makan time,lauk gulai daging+tulang lembu! Memang Daboom! makan skit jer...kontrol kononnya...

-Sedara-mara serta jemputan mula berkurangan...tiba masa untuk fotografi...

-Dengan penuh debar, bergambarlah dengan tunang yg baru sahaja dipinang...aku tau sgt Nida mesti gabra, aku pura2 tenang aja...hehehe:)

itu sahaja...

Mana2 individu yang membaca ini sudilah kiranya kalo melabuhkan sedikit nasihat serta doa untuk kami. Moga boleh dibuat pengajaran serta pedoman.

Doakan kesejahteraan kami...Mohd Aizuddin & Hasnida

Jumaat, Januari 23, 2009

Selamat Bertugas Tuan B.H. Obama.

Ada bacaan khusus untuk bersempena pelantikan B.H Obama.
Nanti aku akan pamerkan.


Sesuai bagi yang mahu mengenal BHO pada peringkat amatur.

Selamat bertugas BHO!

Sabtu, Januari 17, 2009

Rakyat K.T Hantar Haji Wahid ke Dewan Rakyat!

Tahniah!
Selamat Datang ke Parlimen Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut!

ihsan bernama.com

Takbir!
Semoga ALlah memberkati usaha kalian yang membantu kemenangan ini!
Runtuh tembok kebongkakan UMNO / BN!!!

Mulai detik ini Wan Ahmad Farid hanyalah Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu merangkap sahabat Khari Jamaluddin.

'Senyuman'nya akan terus mencuka.
Bergaya elitis kembali.
Setelah memfakirkan diri 11 hari.
Tak tahan dan tak biasa kot.

Kempunan murid-murid nak dapat laptop.
Nama sekolah dan IPG tu nak tukar nama asal ker?
Teruslah membisu dengan wang royalti.

###Korang dapat congak tak headlines surat khabar esok?
Aku ramalkan....
"Kemenangan PAS bukti ketelusan SPR"
atau lebih kurang macam tu lah bunyinya...

Hangpa Pi la Tengok!


Buat memba-memba yang dok penang hangpa adala can pi tengok teater ni!

17 Jan(Saturday) dan 18 January(Sunday) 2009.
The Actors Studio Greenhill(Penang)
Ground Floor Zhong Zheng School Memorial Center,
12, Lebuh Light,Penang.

aku dah pi tengok!

Rabu, Januari 14, 2009

Pertimbangan buat pengundi PRK 036 Kuala Terengganu.

video

video credited to http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/

Ahad, Januari 04, 2009

UMNO tukar calon PRK Kuala Terengganu?

Khabar bertiub kencang betul ke UMNO / BN akan menukar calon pada saat-saat akhir.

Antara sebab-sebabnya (saya hanya berhipotesis):-

Mungkin...



1) Bukan calon dari kem Najib Razak.
2) Masalah sikap Wan Farid yang tak berjiwa rakyat.
3) Wan Farid dipaksa jadi calon.
4) Mengambil iktibar kononnya kekalahan di Permatang Pauh disebabkan 'ter'lambat mengumumkan calon.
5) Akhir sekali...terkejut dengan strategi PAS mengumumkan calon selain daripada Mat Sabu dan Dr Syed. Kaco plan BN...hahahaha!

Kemaskini info PRK 036:-klik sini

Sabtu, Januari 03, 2009

Tahniah Selangor!

(dah lama tak tulis entri pasal bola)

Alhamdulillah...

Akhirnya Selangor menamatkan badi sejak 4 tahun lalu, tidak pernah menang mengatasi Kedah. Memang seronok dibuatnya.

Ternyata kesebelasan Kedah nampak tempang akibat tenaga import tidak dibenarkan dalam aksi Liga Super musim ini. Kalau dulu bukan main lagi kalo tak score lebih dari 3 gol bukanlah Kedah. Lagi satu tak mustahillah Kedah dapat menamatkan aksi 90 minit tanpa dibolosi satu gol pun(clean sheet)...Tapi itu dulu.....

Malam ni aku tak rasa Selangor control game. Kemenangan Selangor disebabkan penyudahan yang dimanfaatkan semaksimumnya oleh pemain-pemain Selangor. Di samping beberapa kesilapan yang dipertontonkan oleh keeper Kedah merangkap keeper Malaysia No 1. Helmi oh Helmi....malas den nak cakap nanti apo pulak kawan2 den dari utara cakap...Faktor gandingan Amri-Hardi juga perlu diberi pujian. Hardi dengan sifat kekentalannya membantu defender dan aksi Amri yang agak mobile malam ni. Rajin bantu striker, defender, create peluang-peluang terbaik. Kalo lambungan Amri tadi masuk, perghhhhhhh....DASAT lah ko Amri!

Semoga kemenangan dapat diteruskan!

VIVA Selangor!!!

Jumaat, Januari 02, 2009

Sekitar Perhimpunan Aman Protes Zionis.

Tempat : Masjid Negara
Masa : Selepas Solat Jumaat

Perhimpunan diketuai YB Salahuddin Ayub. Turut serta Shamsul Iskandar Ketua AMK, Ustaz Isa Salleh Timbalan Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan.

Selesai sahaja solat Jumaat dan solat hajat untuk kesejahteraan dan keselamatan umat Palestin, beramai-ramai menyertai perhimpunan yang dianjurkan.

KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD
JAISY MUHAMMAD SAUFA YA'UD
!!!

Pemimpin yang hadir

خيبر خيبر يا يهود
جيش محمد سوف يعود

We Unite for Palestine

HANCUR HANCUR
HANCUR
ZIONIS!!!

Rasa hati Muslim sejagat

ZALIM ZALIM
ZALIM
ISRAEL!!!


HIDUP HIDUP
HIDUP
ISLAM!!!


Sebagai seorang Muslim tipulah kalo korang tak rasa pape. At least berdoalah untuk kesejahteraan umat di Palestin.

الله اكبر

Khamis, Januari 01, 2009

Selamat Berjaya!


Kepada calon PAS Hj Abdul Wahid Endut,
Selamat berjaya dalam PRK Kuala Terengganu P036.
Selamat Berjuang!

Sial Lu Zionis!!! Bangsat!!!

Muslim Gaza sambut Hijrah dengan bedilan Sang Zionis!

BANGSAT!
BANGSAT!
BANGSAT!


Perhimpunan Aman Palestin
Masjid Negara
Jumaat 02/01/2009
Selepas Solat Jumaat

"Selamatkan Kiblat Pertama Kita"

Lagi hebahan :- klik sini