Rabu, Februari 03, 2010

Ulang tayang 98'. Now Showing - Fitnah#2


Di mana aku masa tu? Hahaha selepas habis kertas terakhir PMR, dapat berita gelita untuk rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim yang aku tau namanya dari orang kampung gua. Nama pemimpin Melayu yang selalu disebut-sebut Melayu Pulau Pinang. Walaupun ada pemimpin Melayu yang lain, tapi namanya sangat signifikan di kalangan orang kampung aku.

Ahhhh...dia orang UMNO, peduli apa aku! Tapi kenapa orang UMNO khianat pada orang UMNO. Ini yang buat aku kembali peduli.

Dalam usia menengah rendah aku sudah sedikit sebanyak dijebakan dengan sedikit sebanyak tentang suasana politik semasa. Nama-nama seperti, Mat Sabu, AlMarhum Ust Bunyamin Yakob, Almarhum Ustaz Termizi Samsuri, Ust Hasan Shukri, Almarhum Ust Fadzil selalu jadi pemidato 'favourite'. Abah lah yang pengaruh aku semua ini. Terima kasih abah. Lokasi pilihan sudah tentu di Markaz Tarbiyah Taman Melewar.

Eh, Along, malam ni ada ceramah Gerak, nak ikut tak? Tanya abah. Aku anggukkan aja.

Pada masa itu, NGO2 dan parti pembangkang buat koalisi politik mengecam pemecatan Anwar Ibrahim. Disusuli dengan sumpah bedebah si Azizan. Wah...ini cerita action ni! Menarik! Sehingga tahap begini beliau dihina.

Belarutan lah kesnya turun naik mahkamah. Aku perhati dan prihatin ceritanya dari jauh.

Pada 2 September 2004, aku mahu tunjuk rasa kasih pada pemimpin yang bagi aku secara langsung buat aku belajar tentang hidup. Pergi ke Palace of Justice (ketika itu) untuk tunjuk rasa simpati aku pada dia. Kalau ditanya, dia tahu ke aku simpati pada beliau? Apa aku dapat kalau tunjuk simpati pada dia. Aku hanya boleh jawab aku bukannya duduk seorang diri dalam dunia ini!

Penjarakan Rajawali memaknakan hasad dan zalim!

5 ulasan:

scottism berkata...

AsSalaam...
Fitnah # 1 : tahun '98 jahat, jijik, khianat, hasad dan tidak berperikemanusiaan.
Fitnah # 2 : tahun '10 lebih jahat, amat jijik, penuh khianat, makin hasad dan langsung tidak berperikemanusiaan.
Peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah tanda kebangkitan rakyat menentang rasuah, simbol juang melawan kebobrokan, tugu prinsip adil atasi kezaliman !
Peristiwa yang punyai impak politik sepertimana bila Tuan J.Fitzgerald Kennedy ditembak mati di Texas, getar kesan sosial sepertimana tatkala saudara John Winston Lennon dibunuh di kota New York.
'Gerombolan' mungkin ada fitnah # 2, tapi jangan sesekali lupa bahawa rakyat juga ada REFORMASI # 2 !!!

Tanpa Nama berkata...

salam.. bukan mudah nak buat fitnah yang dgn tajuk yang sama - LIWAT...kita semua tak tau cerita yang sebenar.. tak payah la nk sebut kebobrokan lah, apa lah..

beri peluang diri utk menilai kedua belah pihak. klu selama ini anda hanya 'mendengar' dari anwar sahaja..sekarang jadi lah seperti hakim bicara :,

http://www.anwaraidc.com/2010/02/kisah-ze-mi-sukma-ezam-di-penjara-kajang.html#comment-300

http://www.anwaraidc.com/2010/02/pengakuan-bersumpah-adik-angkat-anwar-sukma-darmawan-sasmitaatmadja.html

http://www.anwaraidc.com/anwar-saiful-2008/

scottism berkata...

Wa'alaikumsalam wrh. wbt.

Semuanya akan jadi mudah jikalau 'motivasi' pihak2 yang menyusun fitnah dan tuduhan tanpa asas ini adalah WANG ! DUIT!
Senaraikanlah 100 capaian ke mana2 laman web dan artikel pun, yang jelas fitnah tetap fitnah.
Baca buku Pawancheek Merican yang disusun dan diolah menggunakan dokumen2 yang diperolehi secara sah daripada sumber2 mahkamah.
Teliti balik prosedur pihak pendakwaan yang terlalu banyak pertindanan dan menimbulkan keraguan.
Baca betul2 transkrip mahkamah yang membuktikan pertuduhan langsung tidak ada asas dan bukti kukuh melainkan drama tilam turun dan naik lori.
Dan kalau Tanpa Nama betul2 ikhlas nak dengar cerita kedua2 belah pihak, cuba hadirkan diri ke usrah atau majlis ilmu yang pernah Datuk Seri Anwar buat di kediaman beliau, cuba tengok tokoh2 agama, politik, ilmuwan yang hadir. Nilai dengan akal fikiran yang ALlah s.w.t kurniakan, sebab saya sudah pernah hadirkan diri ke 'majlis penerangan' berkenaan kes tersebut anjuran UMNO dan BTN, memang buang masa !

Tanpa Nama berkata...

macam ni lah, yakinlah sangat pada manusia bernama anwar tu..

scottism berkata...

AsSalaam...

Saudara Tanpa Nama, saya pada mulanya juga menyimpan syak terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim... apatah lagi ketika pemecatan beliau pada tahun 1998, saya masih di bangku sekolah dan hanya memperoleh maklumat2 melalui surat khabar dan media arus perdana.
Namun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, melalui pembacaan tulisan, artikel, buku2 mengenai pertuduhan terhadap DSAI dan pemerhatian terhadap isu2 politik negara saya membina dan tetapkan pendapat saya sendiri.
Saya anggap saudara Tanpa Nama punyai pendapat sendiri dan saya hormat hak anda untuk pegang pada pendapat itu, cuma saya minta buka minda dan jangan turun ke tahap perbincangan yang lebih cela dan nista daripada isi dan fakta.

Wassalaam...