Isnin, Mei 23, 2011

Di sebalik Madrasah Al-Takwa.

Masing-masing sudah diberitakan tentang kejadian tersebut. Pelbagai perasaan sudah diekspresikan. Sayu, sebak dan meremang bulu roma aku bila Azlim laporkan pada gua. Untuk makluman Azlim rakan sejawat gua buat tuisyen untuk anak-anak di situ secara langsung membantu juga di situ. Gua? tukang makan je, jika ada majlis di situ dan ada pelawaan dari TG Ust Hj Ahmad.

Siapa dia? Gua tak pasti apa jawatan dia dalam
Madrasah Al-Takwa tu, gua rasa dia pengetua di situ. Pengisian agama di situ beliau kendalikan. Bukan sahaja anak-anak yatim di situ sahaja, tetapi ada juga murid 'tua' datang tadah kitab ke situ. Gua sendiri pernah terpercik ilmu dari beliau. Kali pertama gua tengok gua dah rasa dia ni lain macam orangnya. Tinggi tasauf dia. Nak jadi murid dia kena istiqamah. Gua teringin tapi bab istiqamah ni gua fail skit.

Ilmu Hj Ahmad ini bukan gua kira dengan apa dan berapa lama dia sampaikan ilmu dalam setiap kuliahnya, tapi akhlaknya. Anak-anak yatim di situ sangat-sangat menghormati beliau. Ada satu rutin gua rasa tak dapat kat tempat lain. Bila Hj Ahmad ini melintasi anak-anak yatim ini, mereka akan berhenti dan bongkok badan sedikit, tanda hormat!

Gua pernah lalai lihat telatah anak-anak di situ.

Di dalam surau, suasana senyap, kecoh bila sudah mula berwirid! Gawat, semangat, naik sheikh gua dibuatnya. "Eh, series gua tak pernah seronok berzikir sebegini! Ini cool ni!. Anak-anak kecil dengan suara yang nyaring bersambutan buat gua lagi 'gila'!

Gua tidak nafikan, kawasan sekitar 'pondok' sangat bersih dan teratur. Gua hampir bengang bila dapati selipar gua hilang bila keluar dari surau, rupanya selipar gua sudah diatur oleh anak-anak ini supaya dalam keadaan teratur. MasyaALlah!!! Ini sudah sebati dengan mereka. Sejak kecil lagi dilatih begitu rupa. Gua dapat lihat, anak-anak yatim yang kecil sangat rapat dengan abang-abang.

Hati gua tertambat bila gua dan abah melangkah keluar dari madrasah tersebut. Anak-anak ini berdiri dan beratur beramai-ramai untuk bersalaman dengan hadirin yang hadir. Bukan itu sahaja, siap melambai-lambai. Ikhlas benar muka mereka!



Tenang hati gua disitu.

Gua gembira mereka hadir ketika majlis walimah gua! Asyik berkaraoke je, nasyid live lah pula kan! Lu nak kata gua kolot, biarlah! Tapi ini rare apa!

Bagi yang syahid, damai kamu di sana....Al-fatihah!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Caya bro.rare!

gedek! berkata...

Al-Fatihah...

kulupsakah berkata...

patutlah kaki aku terus melangkah 4 km jauh menuju sana walaupun hati aku hampir mengalah penat.

Nadia Harnisa berkata...

AlFatihah buat mereka yang terkorban. Ku sempat dengar dendangan mereka time hang kawin hari tuh. Sampai kami pun tak hiraukan hang yang tengah sibuk amik gambar tuh.
p/s: depa nak pi Selama dak agak2