Isnin, Mei 23, 2011

Di sebalik Madrasah Al-Takwa.

Masing-masing sudah diberitakan tentang kejadian tersebut. Pelbagai perasaan sudah diekspresikan. Sayu, sebak dan meremang bulu roma aku bila Azlim laporkan pada gua. Untuk makluman Azlim rakan sejawat gua buat tuisyen untuk anak-anak di situ secara langsung membantu juga di situ. Gua? tukang makan je, jika ada majlis di situ dan ada pelawaan dari TG Ust Hj Ahmad.

Siapa dia? Gua tak pasti apa jawatan dia dalam
Madrasah Al-Takwa tu, gua rasa dia pengetua di situ. Pengisian agama di situ beliau kendalikan. Bukan sahaja anak-anak yatim di situ sahaja, tetapi ada juga murid 'tua' datang tadah kitab ke situ. Gua sendiri pernah terpercik ilmu dari beliau. Kali pertama gua tengok gua dah rasa dia ni lain macam orangnya. Tinggi tasauf dia. Nak jadi murid dia kena istiqamah. Gua teringin tapi bab istiqamah ni gua fail skit.

Ilmu Hj Ahmad ini bukan gua kira dengan apa dan berapa lama dia sampaikan ilmu dalam setiap kuliahnya, tapi akhlaknya. Anak-anak yatim di situ sangat-sangat menghormati beliau. Ada satu rutin gua rasa tak dapat kat tempat lain. Bila Hj Ahmad ini melintasi anak-anak yatim ini, mereka akan berhenti dan bongkok badan sedikit, tanda hormat!

Gua pernah lalai lihat telatah anak-anak di situ.

Di dalam surau, suasana senyap, kecoh bila sudah mula berwirid! Gawat, semangat, naik sheikh gua dibuatnya. "Eh, series gua tak pernah seronok berzikir sebegini! Ini cool ni!. Anak-anak kecil dengan suara yang nyaring bersambutan buat gua lagi 'gila'!

Gua tidak nafikan, kawasan sekitar 'pondok' sangat bersih dan teratur. Gua hampir bengang bila dapati selipar gua hilang bila keluar dari surau, rupanya selipar gua sudah diatur oleh anak-anak ini supaya dalam keadaan teratur. MasyaALlah!!! Ini sudah sebati dengan mereka. Sejak kecil lagi dilatih begitu rupa. Gua dapat lihat, anak-anak yatim yang kecil sangat rapat dengan abang-abang.

Hati gua tertambat bila gua dan abah melangkah keluar dari madrasah tersebut. Anak-anak ini berdiri dan beratur beramai-ramai untuk bersalaman dengan hadirin yang hadir. Bukan itu sahaja, siap melambai-lambai. Ikhlas benar muka mereka!



Tenang hati gua disitu.

Gua gembira mereka hadir ketika majlis walimah gua! Asyik berkaraoke je, nasyid live lah pula kan! Lu nak kata gua kolot, biarlah! Tapi ini rare apa!

Bagi yang syahid, damai kamu di sana....Al-fatihah!

Khamis, Mei 19, 2011

Maaf!

Hari ini gua sakan tengok orang dok tanya DSAI kat Yahoo Live Chat, ada soalan yang membina ada juga yang macam sampah!

Tengah sakan gua ngadap skrin laptop gua, datang sorang cikgu veteran. Secara personal, gua dengan dia memang takde masalah. Tapi bincang politik, kapal layor gak!

"Din apa cita Anwar?

"Cita apa abang?(walaupun dia ni pangkat pakcik)

"Ala yang video tu, cuba buka!"

"Video seks tu ke? Taknak bukalah!"

"Bukalah, aku nak tengok...betul ke dia!"

Gua tegas, "taknaklah!"

"Aku nak tengok gak, betul ke...orang cakap betul, aku kena tengok dulu betul ke tak!"

"tak payahlah bang...biar orang lain yang siasat! video lucah, mana boleh tengok!"

"Aku nak pastikan betul ke tak!"

"Dah nama video lucah, haram tengok! Ulama'-ulama dah nasihatkan jangan tengok, haram! Anwar ke tak, biar orang lain siasat. Dengar cakap ulama' bukan dengar cakap orang atau sotkhabar!" Pergh, macam marah je gua!

Cikgu tu bla dengan serta merta!

Maaf gua tak bermaksud nak naikkan suara!


Selasa, Mei 17, 2011

Dah tak ada kerja.

Baru-baru ini Pemuda UMNO minta kerajaan jangan naik harga RON95.
eh gua salah baca ke ni?
takkan gua salah baca pula?
...betullah Pemuda UMNO!

tak pernah, pernah minta kerajaan tak naikkan harga minyak!
bukan hari-hari kerja maki hamun Anwar Ibrahim ke?
bukan hari-hari kutuk maki orang Cina ke?
bukan pecahkan masyarakat dari hidup bermajmuk ke?

apa masalahnya?
apa sebabnya?

a)Pemuda UMNO sudah insaf
b)Pemuda UMNO mahu bersama PR
c)Harga minyak tetap akan naik
d)Kalau mahu minyak murah beli pada Pemuda UMNO

Khamis, Mei 12, 2011

Kaslun!

Malas tahap unta nak update blog. Cis!
Kalau tak Chelat yang push gua, malas gua nak update.
Kebanyakan gua luahkan dalam FB!
Forget Blog!