Sabtu, Januari 03, 2009

Tahniah Selangor!

(dah lama tak tulis entri pasal bola)

Alhamdulillah...

Akhirnya Selangor menamatkan badi sejak 4 tahun lalu, tidak pernah menang mengatasi Kedah. Memang seronok dibuatnya.

Ternyata kesebelasan Kedah nampak tempang akibat tenaga import tidak dibenarkan dalam aksi Liga Super musim ini. Kalau dulu bukan main lagi kalo tak score lebih dari 3 gol bukanlah Kedah. Lagi satu tak mustahillah Kedah dapat menamatkan aksi 90 minit tanpa dibolosi satu gol pun(clean sheet)...Tapi itu dulu.....

Malam ni aku tak rasa Selangor control game. Kemenangan Selangor disebabkan penyudahan yang dimanfaatkan semaksimumnya oleh pemain-pemain Selangor. Di samping beberapa kesilapan yang dipertontonkan oleh keeper Kedah merangkap keeper Malaysia No 1. Helmi oh Helmi....malas den nak cakap nanti apo pulak kawan2 den dari utara cakap...Faktor gandingan Amri-Hardi juga perlu diberi pujian. Hardi dengan sifat kekentalannya membantu defender dan aksi Amri yang agak mobile malam ni. Rajin bantu striker, defender, create peluang-peluang terbaik. Kalo lambungan Amri tadi masuk, perghhhhhhh....DASAT lah ko Amri!

Semoga kemenangan dapat diteruskan!

VIVA Selangor!!!

3 ulasan:

Pyanhabib berkata...

empat tahun kedah dok titik selangor, baru sat tadi giliran selangor titik kedah 4-1 (satu tahun, satu gol, waw!)

daLyaanoon berkata...

hahaha..
pulun habih!

yoi berkata...

ramai giler player perak g selangor huhu kejor yop kejor!