Isnin, Februari 09, 2009

Kesan Kuala Kangsar 0602 melarat ke Semenyih!

Abah macam biasa hari minggu mesti jogging paling kurang 10 pusingan taman permainan kat taman aku ni (aku jarang2...hehe). Kebanyakan yang selalu jogging golongan saluran 2 dan 1. Tapi pagi ini ada sorang amoi tegur abah aku...

Amoi : Pakcik sokong PAS ka?

Abah: A'ah...saya memang ahli PAS!

Amoi: PAS baguslah...Dulu saya talak suka PAS. Sekalang ini BN manyak teruk lah. Tengoklah Perak apa sudah jadi?

Abah: (abah hanya mengiyakan pernyataan Amoi tu)...Org cina apa rasa? sokong BN lagi ka?

Amoi: Dia olang buat macam ni, lagi olang cina malah maaa...Next pilihan laya orang tak undi BN.

Macam mana boleh amoi tu tau yang abah aku sokong PAS?


p/s : kengkadang dengan t-shirt pun bleh berda'wah...