Ahad, April 12, 2009

InsyaALlah ambo ke sano...


Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya. Novel sulung terbitan Anbakri Publika sdn bhd bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.



Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

Karya: Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Harga: RM12.90
Halaman:128

Pelancaran Novel Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang) karya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri, Oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Tarikh: 19 April 2009
Hari: Ahad
Masa: 12.00 tgh-1.00ptg
Tempat: Bilik Kedah/Johor (PWTC)

2 ulasan:

Pyanhabib berkata...

buku/novel tu dah dilancarkan kat pwtc? laaaa....

daLyaanoon berkata...

belum lagilah brader pyan..

kalo bercadang mahu pegi, kita jumpa di sanalah brader!!!