Sabtu, Jun 20, 2009

Isyarat tepat buat Si Pemerintah!


Ribuan Hadir di Stadium MPKj, Seksyen 15, B.B.Bangi. Bagaikan hadir ke konsert biduanita tersohor negara. Mana taknya yang datang hadir pada malam ni, 2 tokoh rakyat ternama, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Hj Muhammad Sabu (Abg Mat).

Termasuk ucapan dari pemimpin lain seperti Shamsul Iskandar Md Akin (Abg Sam), YB Dr Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi) dan YB Lee Kim Sin a.k.a Cikgu Lee (ADUN Kajang).

Secara peribadi aku jarang melihat 2 tokoh utama ini berkongsi pentas secara serentak pada malam yang sama. Mungkin ada kisah silam yang masih terpendam dalam hati masing-masing.

Aku takkan lepaskan peluang ini.

Sampai-sampai, giliran Abg Sam berucap yang sempat aku dengar tentang kes liwat DSAI yang masih belum tahu hujungnya. Abg Sam sarankan mana-mana rakyat Malaysia yang perihatin berikan tanda sokong buat DSAI pada 1 Julai nanti.



kat mahkamah mana ek? Jln Duta atau Putrajaya?

dah tiba giliran Abg Mat...Aku jerit dari bawah pentas...."Abg Mat, pantun...pantun..."...maka berpantunlah Abg Mat...hahaha...Abg Mat memang popular dengan pantun dan susun atur mode ayat dalam pidatonya. Banyak isu Abg Mat sentuh termasuk isu Unity Government (UG). Abg Mat menentang sekeras2nya usaha untuk berkerjasama dengan UMNO!(noktah)


Lepas 40 minit Abg Mat berpidato...DSAI plak ceramah...

Aku malas nak ulas apa yang DSAI cakap. Hangpa bleh tengok dan cari kat tempat lain seperti Harakah dan Malaysiakini. Cuma yang menarik perhatian aku, kemahiran DSAI dalam pidato.
Bahasa-bahasa tubuh dan peranan memek muka amat penting dalam berpidato.






Hadirin yang datang aku rasa ada dlm 10000 kot. aku rasalah...


Bab pengerusi majlis (MC) ni...kesian plak tengok penganjur konsert nasyid, bila MC kata, "konsert ni tak payah umum lah"


Last-last Brader Kulupsakah gak yang umum...

Maka, ter'1'kah rakyat Malaysia dengan Najib?

1 ulasan:

scottism berkata...

AsSalaam wrh. wbt.

Apabila si pemerintah yg kononnya ikhlas mahu melihat isu2 agama dan perihal orang2 Melayu diberi perhatian utama dalam 'perbincangan bersemuka', tangan yg menghulur salam simpati berniat baik usah jatuh ke lubang yg sama buat kali kedua ! NO TO UMNO, NO TO UNITY GOVERNMENT !