Isnin, Disember 07, 2009

Hebatnya orang nama Zul.

Prof Dato' Dr Zulkifli Muhammad adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS semasa PAS dipimpin oleh Dr Buhanuddin Al-Helmy. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Bachok.

Gua rasa dia je MP yang pi Parlimen naik moto. YB Zulkifli Noordin.


Yang ni pula, pemimpin PAS yang jadi pemikir ekonomi jika PR memerintah. Dr Dzulkefly Ahmad.


pemimpin muda. yang gua rasa tak semua tahu. Setakat negeri Selangor tu, ramai gak yang kenal. Kalau berpidato, Ustaz Zulkifli Ahmad ni memang hebat. Dia punya semangat dia hentak je apa yang ada kat depan dia. Gua dah berapa lama ponteng kuliah dia.


Anak Melayu lelaki yang pandai main bowling. Zulmazran Zulkifli. Anak Melayu yang lain pandai main apa?

Haaa....Ni gua nak habaq ni. Entri ni khas memang untuk mamat di atas. Bukan ahli politik, bukan selebriti sukan mahupun anak seni. Apatah lagi penyanyi nasyid. Mamat ni Mohd Zulhilmi Othman. Member gua dari sekolah menengah. Kira 13 tahun gua dah kenal. Gua rasa berbangga sebab mamat ni dah dapat kerja kat Sime Darby. Kena masuk ladanglah lu! Gua dan rakan-rakan yang lain doakan lu berjaya dalam karier dan ujian LCCA lu! terima kasih sebab rasuah kami semua!


Inilah yang mamat tu rasuah kami. Terima kasih lagi sebab perkenalkan kami kepada Math'am Saba' a.k.a Saba' Restaurant. Setelah kami menyental Kabsah Lahm (kira macam nasi minyak kambing lah) malam itu, kami berjaya pertambah kandungan kalori kami!