Rabu, Disember 02, 2009

Tak selamanya bujang. KEMUTA! Episod 2

cadangan untuk hiasan
(baru reject offer Petronas)

Sambung lagi...

turun dari kereta kabel sempat lagi bagi makan kat rusa dan arnab. Gua sampai hari ni
tertanya-tanya. Pasal Muten tak mesra haiwan ek?Hahaha.



Gambar di atas, belah kanan brader ni bukan jual pape pun. Tahun lepas gua gi situ agak meriah gak booth dia. Dia ada buat service tangkap gambar ngan burung dia. Bukan burung brader tu...burung helang dia. Kali ni kami gi dah takde dah helang dia tu. Tinggal ular sawa je. Setakat ular sawa boleh je tangkap kat zoo. Ntah2 belakang umah yang ada semak pun ada ular sawa. Gua dengan sikap peramah gua, gua pun tanya mana helang bang? Dia jawab, " dah kena rampas ngan Perhilitan". Gua dapat lihat air muka brader tu yang agak terputus punca rezeki dia hampir masuk setahun. Tapi gua yakin kalau ALlah nak bagi rezeki kat mana-mana boleh. Untuk lu brader, semoga lu dimurahkan rezeki halalan toyyiban!

Balik dari kereta kabel, lepak jap kat Pemandangan Indah. Nama tempat tu memang macam tu. Kat sini boleh tengok airport dan boleh menggalas tugas menjaga lalulintas udara. Boleh tengok kapal terbang nak terbang dan mendarat. Konon macam 'jakun' sangat.

gambar terbaik pernah dihasilkan



hangpa bila nak pandai snap gambar macam ni?


Esok pulang ke tanah besar.
Malam tu semua racun gua supaya ambil MC hari Isnin. Yang lain semua dah ambil EL...siot jer...Yang gua tak tahan ada statement,"Janganlah keputusan kau sorang mengecewakan 4 orang lain!"

So gua sebagai pendukung demokrasi menyantuni suara majoriti. Gua MC keesokan harinya.

Feri esoknya pukul 12.30tghari. Bayangkan ada di kedai minyak wangi pukul 12.00. buat rundingan harga murah,blablabla...dah pukul 12.15. Pergh 15 minit feri dah nak gerak! Punyalah tenang...

Akhirnya berjaya tinggalkan pulau bebas cukai tersebut dengan selamat.

Gua dah janji sampai di Kuala Perlis gua nak bawa pi pekena laksa Kola Peghelih paling famous.Laksa Kak Su...Laksa tu kak su yang punya....kaksu ada laksa! memang super laksa ni! Macamana nak pi? Tanyalah En Garmin! Tentu boleh tolong tunjukkan.



Pas pekena laksan teghuih pecut pi Padang Besaq! Pi habihkan duit di sana. Din Neo borong jersey ArsenGal. Kitorang yang lain beli beg Deuter. Murah! yang pasti konfem tiruan. Eleh...macam korang tau je yang original tu ori!

Dari Padang Besar terus ke Penang. Gua cadang naik feri. Balik esok naik jambatan pula. Gua dah pesan jangan makan lagi...malam ni sebelum game Chelsea vs Man Utd, layan nasi kandaq dulu! Gua bawa pi makan yang paling famous punya Nasi Kandaq! Gua dah malas nak layan Line Clear. La ni layan beratuq plak! Hanya gambar sahaja dapat ceritakan betapa lapaqnya.


pahal Alonj tu?

Check in kat Berjaya, sekali lagi Muten menaja penginapan. Pas siap check in, mandi solat...teghuih pi Beratuq! kalo sapa tak pernah sampai lagi. Kedai ni sebelah dengan Masjid Kapitan Keling. Tengok sepanjang jalan tu kalau ada orang beratuq panjang tu lah kedainya!


Alonj atau Muten bukan subjek sebenar gambar ni!

dah abih makan dah..

Terpikir pulak kalau ada dana sikit gua nak bukak bisnes nasi kandaq, kedai gua nama Nasi Kandar Bergaduh! sapa nak nasi kandar aku kena bergaduh...baru thrill.


Layan game Chelsea vs Man Utd. (malas nak ulas game ni).balik hotel...dah ngantuk sangat! Alonj boleh plak senaman kardio vaskular. Tido kul 3. Esok bangun awal...nak balik!

Ada pulak yang ketagih kas-kas. Ajak gua layan nasi kandarpagi esok sekali lagi. Kali ni kat Restoren Deen Jelutong.....hujan pulak time tu!Memang tepat masanya.


Sebelum keluar Penang singgah kampung gua dulu, Kat Sungai Gelugor. Kat situ pun makan roti canai cicah kari. Habis gak! Dah sah korang ni positif kas-kas.


Pulang dengan hati riang. Gua pandu dari Penang sampai Ulu Bernam. Ada pembentangan bajet! Maka termeterailah perjanjian damai ni!



Doa gua, semoga Allah kurnia pada sahabat-sahabat gua ini keberkatan hidup mereka dan beroleh rezeki yang murah. Biar Allah sedarkan lu orang bertapa lahanatnya lu orang kalau ada khianat antara kita! Barakallahufina!

4 ulasan:

muten berkata...

amin... terbatov,tula untung kalu ade 2 kamera e.g gambo depan warung kaksu melengkapkan lg jurnal ko nih...

daLyaanoon berkata...

lu orang tak amu tanya ka nape KEMUTA?

Unknown berkata...

Din.. Terkenang tmpt2 di Penang Dulu.. Apa2 pun.. Beratuq ngan Deen mmg the best.. tmpt faveret aku tuh..

ainulyana berkata...

dahsyat....dahsyat....