Isnin, Julai 26, 2010

1 Cerita 2 Zaman

Cerita versi Abah gua
"Malaysia dulu lain. Setakat KOrea, Jepun selamba je belasah. Dulu Mokhtar (Dahari) gila...Tengoklah dia sepak kuat tak kuat! Goli nak tangkap pun takut. Tak cerita lagi Tokey (Soh Chin Aun), Santokh (Singh), Arumugam, Ah Meng (Hung Meng).

"Lepas zaman MOkhtar pun ok lagi, Abdah dan Yunus Alif, Zainal, dan senagkatannya."
"Sekarang, hmmm....Malas aku nak cakap!"
"Stadium kosong, banyak lagi kerusi dari orang. Kitorang dulu kalau dengar je Mokhtar main, ramai nak gi tengok Mokhtar main. Setakat Stadium Merdeka tu selamba je kitorang pecah masuk. Polis buat-buat tak nampak je kitorang panjat pagar. Boleh jadi gila nak tengok MOkhtar main. Kalau lambat sikit masuk stadium, dah tak keruan. Dalam stadium orang dah jerit-jerit nama MOkhtar, mana boleh tahan!"

"Setakat Korea, kena buli je ngan Mokhtar!"
Cerita versi gua pada anak gua

"Zaman abah tak macam zaman aki lu! Zaman abah selalu je Malaysia kena belasah. Dengan Laos pun kalah kat Sukan Sea. Pastu ramai plak player tak bleh main sebab rasuah! Ah pe jadah semua star main rasuah ni...Pastu Liga Malaysia dah jadi macam jadi liga kampung dan ada satu ketika dah macam budak-budak main petang. Orang yang layan liga Malaysia dah tak stendet ngan orang yang layan liga obersi. Abah antara orangnya"

"Abah masih lagi gi tengok bola kat stadium. Korban RM10 untuk tengok match bola yang 'tak stendet'. Tengok dan sapot team Malaysia sampai gi tengok Malaysia main kat Singapore."

"Tengok bebudak Malaysia ramai dah dapat pendedahan luar negara, training 3 bulan kat obersi, balik main kat Malaysia. Liga kita dah jadi menarik balik."
"Paling abah ingat, kita menang pingat emas tahun 2009. Thailand tersungkur, Indon kalah, kita ajar Vietnam pada final!"

"Haaa....yang paling best, kita sebelum tu pernah belasah Korea tahun 1982, lu tanya aki lu sendiri, agak-agak abah dia ada layan game tu!
"Tahun 2010, sebelum abah kawin sempat tengok Malaysia kalahkan Korea 1-0. Masa tu tak silap abah Safiq Rahim yang score, pergh....half volley tu!"


Come on Malaysia!!! tambahkan aksi-aksi kemenangan yang hebat untuk gua ceritakan pada anak gua kelak. Sebab abah gua asyik menangkan zaman dia aja. Mana gua puas hati.

Kemenangan ke atas KOrea adalah langkah awal untuk kita ke Piala Dunia!

1 ulasan:

rizal hashim berkata...

Salam Ustaz dalyanoon,

sebenarnya

60-an dan 70-an, semua orang tengok bola. standard sama lebih kurang aje. game slow. tapi generasi hebat, ada skill dan teknik. chin aun, syed ahmad, shaharudin abdullah, mokhtar dahari, m chandran.

korea dan jepun sama amatur. ramai kerja di pelabuhan dan main amatur. datang malaysia main pestabola. orang ramai pun tak de internet. yang ada kelab malam, bowling. baik tengok bola. syok.

pemain amatur, ada kerja siang, petang latihan dan malam main bola. main pulak untuk kelab pada hari lain. ada piala fam, Piala Malaysia dan liga negeri. pergh...

big league soccer, star soccer, sekali seminggu...

1990-an, zaman mewah. ada mat salleh datang. sudah ada kelab malam 24 jam. 1996, astro dilancar. rasuah berleluasa di padang. ada pulak game epl live. standard malaysia dan epl jauh!

harapnya harapan ustaz jadi kenyataan...