Rabu, Ogos 25, 2010

Cerita Izzat lagi. Versi Menjelang Syawal.

Ini cerita cikgu senior di sekolah gua, dia ada temubual eksklusif dengan Izzat semalam.

"Kamu dah beli baju raya?"

Izzat jawab "Tak beli tak sempat dah"

Jawapan Izzat play safe. Cuba sembunyi sesuatu.

Selama gua kenal Izzat, dia cuba sembunyi kesedihan bahawa dia anak yatim.

Cikgu tu tanya lagi, "Lambat lagilah, ayah kamu tak sempat beli ke?"

"Tak"ringkas Izzat jawab

"Bapa kamu kerja malam ke tak sempat beli?" tanya lagi cikgu tu.

"Bapa saya takkan beli" Izzat dah macam nak bagitau cerita sebenar.

"Kenapa???"

"Ayah saya dah meninggal, cikgu"

*****

Izzat boleh berhari raya dengan baju Melayu dan bersamping raya tahun ini.

Cikgu tadi dah cerita pasal Izzat pada kelas lain. Budak kelas lain rasa simpati dan kesian.

Setakat hari ini, wang terkumpul RM50.00.

Alhamdulillah.

Gua dapat rasa macamana budak-budak lain rasa gembira sambut raya.

Gua yang pernah dan sedang mengajar Izzat berdoa semoga Izzat berjaya dunia akhirat!

7 ulasan:

Nadia Harnisa berkata...

Aku ada gak student macam ni Din.
Tapi version budak2 U ni lain sebab dah besar panjang kan.. Mak baru meninggal 1st Ramadhan. Kawan je bgi tahu "Miss mak die meninggal 1st Ramadhan ri tu" Disebabkan 1st Ramadhan tu cuti jadi x ramai yang tahu.
Patut la aku tgk die termenung je dlam class.. Kwn2 die kumpul duit bagi baju kurung n duit raya. Simpati kita boleh pada luaran untuk menyokong.. Dalam hati die Allah je yang tahu..

daLyaanoon berkata...

betul Nayot, kesian kat depa...depa kecik lagi. Kalau kita ni kira dah kira tahap puas dah hidup ngan mak bapak. Tapi depa kecik lagi, nak sekolah lagi,

kaklong berkata...

ader murid tu dia cakap.....
" baju saya yg dulu boleh pakai lagi" so tak perlu baju baru..

daLyaanoon berkata...

ini bukan masalh baju baru atau lama, ini masalah murid yang rasa kehilangan bila menyambut hari raya. Berasa beruntung bila ada kawan-kawan yang rasa simpati.

kaklong berkata...

ader murid tu dia cakap.....
" baju saya yg dulu boleh pakai lagi" so tak perlu baju baru..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

gua amin kan jugak...

saya cuba menjadikan anda contoh dalam penulisan tolong comment mana yang tak ok

daLyaanoon berkata...

bro brutal,
ekspresi gaya tulisan gua banyak pengaruh dari bro kulup!