Ahad, Mac 20, 2011

Al-kisah Komuter di Hari Ahad.

Kalau mahu lihat rakyat derita, alami lah ia.
Setiap minggu jangan terlepas.
Kalau mahu ke Kajang naik selepas stesen Mid Valley, siaplah!

Macam sardin berhimpit.
Segala macam bau ada.
Kalau lu orang perfume Dunhill Desire biru pun belum tentu bau wangi.
Dari segenap benua jenis bau ada.

Masa itu,
pelbagai ragam ada.
Ada yang tetiba jadi staff KTM.
"Hoi, belakang sikit...ada orang lain ni!"
Dalam komuter tolak ansur dah tiada.
Yang tua, perempuan mengandung, si buta dah takde keutamaan.
Gua pun 'selfish' gak.

Bila dah berhimpit,
mulalah panas.
Kalau nak rasa sauna sambil naik keretapi, alamilah sendiri.
Silap-silap naik dari Bank Negara, sampai Kajang 5 kilo dah turun.

Mana penjimatan dari subsidi minyak untuk rakyat?
Kata mahu buat penambahbaikkan pengangkutan awam.
Apa kes belanja ubahsuai mahligai memanda?
Apa kes buat pusara negara?

Ni pula nak buat loji nuklear!

Mampuih!

Tiada ulasan: