Isnin, Mac 14, 2011

Berita gaya Sokernet.

Bangkit!


ARSENAL!

MANCHESTER: Arsene Wenger menegaskan Arsenal mempunyai karakter untuk bangkit kembali selepas disingkir keluar daripada tiga kejohanan di dalam tempoh dua minggu.

Kekecewaan terbaru mereka adalah kekalahan 2-0 kepada Manchester United di suku akhir Piala FA kelmarin yang menyaksikan Johan Djourou tersisih untuk baki musim ini dengan kecederaan bahu.


Ia hadir selepas tersingkir pada pusingan kedua Liga Juara-Juara oleh Barcelona pada pertengahan minggu serta tewas pada final Piala Liga kepada Birmingham.

Kali terakhir kelab itu memenangi piala adalah pada 2005 iaitu Piala FA dan kini harapan meraih kejuaraan di dalam Liga Perdana.


Mereka kini mengekori rapat Manchester United yang masih perlu berkunjung ke Emirates dengan ketinggalan tiga mata serta kelebihan satu perlawanan.


Wenger tetap mempertahankan pemainnya mempunyai mentaliti untuk mengatasi kekecewaan dan menekan Manchester United sepanjang saingan untuk kejuaraan liga itu.

Beliau berkata: “Saya percaya kami mampu melakukannya namun ini adalah ujian yang bagus kepada kami untuk menunjukkan kami mampu bersatu dan menunjukkan kekuatan mental dan bersatu hati serta memberikan tindak balas yang cepat.


“Kami ada satu minggu tanpa perlawanan di pertengahan minggu untuk pertama kali di dalam tempoh yang lama. Namun kami mempunyai peluang baik untuk menunjukkan kami berpadu.

Tiada ulasan: