Jumaat, Julai 18, 2008

Apa Kata Tuan Guru Dr Haron Din?


Macam biasa khamis minggu ke-2 dan ke-4 ada kuliyyah umum di Darussyifa' Bandar Baru Bangi. Dan semalam tajuknya makanan yang halal dan yang haram (rumusan) menjadikan kitab Al Fiqh Al Manhaji, Mazhab Ash Shafi'e sebagai rujukan. Seperti biasa kupasan dan perbincangan bermula selepas sahaja solat maghrib berjemaah dan tamat sekitar pukul 9.15malam.

Yang syoknya kuliyyah ni selepas kupasan tajuk tu, ada sesi soal jawab. Dan kebiasaan Tuan Guru mesti mengelak untuk menjawab soalan2 berbaur politik dan tidak mahu menjadikan Darussyifa' sebagai platform untuk beliau berpolitik.Tapi apabila mengambil kira sikon (situasi dan kondisi) hari ini, perlu juga beliau perjelaskan.

Ada pulak soalan berbunyi sedemikian,"Apa pandangan Ustaz, apakah perlu DSAI bermubalahah dan bersumpah?". Dengan ringkas beliau menjawab, "Tidak perlu!". Atas sebab bermubalahah ini buakan syariat Islam tapi sekadar taklid dari adat agama lain seperti Kristian. Ini kerana sumapah itu akan mengundang lakanat ALlah. Bayangkan bila DSAI bersumpah bahawa dia tidak bersalah, dan budak Sepol tu pon bersumpah bahawa DSAI lah yang meliwatnya. Mesti salah sorang menipu....dan secara langsung mengundang laknat ALlah.

EKSKLUSIF...

DSAI ada berjumpa dengan Tuan Guru Dr Haron Din di rumah tuan guru di Bdr Baru Bangi dlm 4,5 hari lepas berbincang apa yang patut mengenai kes ini. DSAI BERSUMPAH SECARA 'PERSONALLY' DI HADAPAN TUAN GURU BAHAWA BELIAU (DSAI) TIDAK MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK ITU!!!TAKBIR!!!Tuan Guru berkata, beliau bersumpah di rumah, bilik, ruang, kerus, dan posisi yang sama ketika tahun 1998. Tuan Guru memuji tindakan DSAI membawa kes ini di bawah Mahkamah Syariah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wey... kan dalm islam ade tuduhan isteri/suami terhadap psngn nye yg berzina.. sebut 3x.apa nama nye tu.. aku lupa lak...

daLyaanoon berkata...

li'an..