Rabu, Disember 02, 2009

Tak selamanya bujang. KEMUTA! Episod 1

Maaflah kengkawan. Gua kumpul kekuatan nak tulis ala-ala travellog ni. Agak lama gak nak kumpul kekuatan nak menul;is ni. Cheh, macam gempak je!
Selaku ahli Kelab Bunga Seroja (jangan tanya aku NGO jenis apa ni?) , aku pun ambil keputusan pergi bercuti bersama ahli-ahli kelab, Alonj (Presiden), Cak (Setiausaha), Muten (Logistik) dan, Din Neo (Supir Pulau). Nama sebenar dirahsiakan sebab-sebab keselamatan.

Pergi ke mana? Melihat sumpahan mahsuri sudah bertukar menjadi kereta kabel. Hahaha

Sampai-sampai sahaja, di Kuala Perlis hujan tak berhenti sepanjang malam perjalanan kami ke

sana. Sarapan dan beli tiket feri. Sedikit tips, kalau naik feri dari Kuala Perlis tak sebosan naik dari Kuala Kedah. Lagi satu beli tiket pergi balik. Senang kerja.


Sampai sahaja di Langkawi, terus cari kereta sewa. Dapat-dapat kereta Wira Aeroback Auto. Yang penting Auto, biar Din Neo pandu. Runding punya runding dapatlah RM150 untuk 49 jam=2hari sejam. Tips lagi kereta sewa haram lagi murah dari yang ada permit. Itu sahaja. Hahaha...ikutlah kalau takut dilambung ombak JPJ, jangan berumah dengan kereta haram!

Runding terus untuk aktiviti Island Hopping. RM35 per kepala.
Dah pukul 12 tengahari, kami pn disambut dengan Imam Sahlan (panggilan abah aku pada ayah Muten). Nama sebenar dirahsiakan juga bagi tujuan keselamatan. Siapa Imam Sahlan? adakah segerombolan dengan Imam Samudera? Jauh sekali...Papa Mutenlah yang menaja penginapan kami di sana. Seaview Hotel. Promosi sikit!


Check in hotel. Aku mulalah plan sedikit sebanyak apa yang boleh dibuat. Tapi nak buat apa hujan ni? melainkan makan. Pi cari makan, jumpalah satu kedai tepi longkang busuk. Mana ada longkang wangi kan?. Tapi ayam dara dia terbaik. Goreng segorengnya.


Pas makan saja je pi tengok tempak kereta kabel. Tau dah tak dapat naik. Saje je nak jalan-jalan. Tangkap gambar perkara wajib dalam trip ni.
Jalan-jalan di Pantai Cenang yang aku gelar Bangsar Langkawi. Di sinilah aktiviti penghapusan etnik Yahudi dilancarkan. hahahaha!







Hari pertama yang hujan dan menggemukkan!

Harapan untuk lihat sinar matahari di ufuk Langkawi ni berhasil juga. Ufuk tu! Bahasa cikgu! Hari cerah. Boleh buat semua aktiviti rasanya hari ni.

Island Hopping. 0900-1230.


Biar gambar yang menceritakan.











balik Island Hopping terus pi naik kereta kabel.

biar gambar yang menceritakan.


nanti gua sambung...nak tengok bola. Man Utd vs Spurs Carling Cup!

5 ulasan:

danzaimar berkata...

Nice Trip guys!!teringat trip ke Mak Cik Gemuk dulu..huhuhu

Shah~Ezud~Din berkata...

Terbatov..terutama ayam dara goreng segoreng dan penghapusan etnik yahudi..Allahuakbar!!!

daLyaanoon berkata...

nantikan episod 2 plak!

pais berkata...

Keep up the good works!!! Next trip?

pais berkata...

Keep up the good works!!! Next trip?