Isnin, Ogos 23, 2010

mahu jadi Nostradamus!

suhu politik negara makin panas, gua dengan pengalaman yang tak seberapa seumpama pengalaman K.Rajagobal kalau skuad Malaysia masuk welkap.

Setiap minggu ada sahaja isu yang dimainkan. Gua ingat puasa ini redalah skit, mengenangkan masing-masing berlumba-lumba cari pahala. Tapi silap makin dahsyat, yelah setan memang digari tapi api kalau dipadam baranya masih ada.

Gua selaku anak muda jangan tiru politik orang tua yang membabi buta. Ada orang tua yang bagus dan ada orang tua yang berpolitik cara budak-budak. Tak dapat gaduh jelir lidah pun dah kira gempak.

Cerita doa Guan Eng, simbah cat ini ada potensi untuk cetuskan kebencian orang Melayu terhadap PR, terutama PAS dan PKR.

BN nak cerita pasal politik pembangunan dah tak laku. Semua tahu sapa jadi kerajaan kena buat pembangunan. Orang muda kena paham bab-bab ni.

UMNO/BN akan buat apa sahaja untuk dapatkan sokongan. Sebagai natijahnya, jika sebahagian besar rakyat akan mengatakan,"PR ngan BN sama ja!" itu kejayaan yang cukup besar bagi BN.

Gua ramal awal tahun depan PRU13.

P/S : jangan bodohkan rakyat!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setakat ni mmg lebih kurang je BN n PR ni.. yang ni baik kat sini, kurang kat sana, yang tu pulak kurang kat sini, baik kat sana