Selasa, Januari 11, 2011

Dia cuma seorang budak India.

"Ustaz ajar bahasa arab?" tanya seorang ibu pada gua. Gua pasti dia berbangsa India.

Gua jawab spontan, " Ya..."

"Anak saya tak dapat buku teks bahasa arab. Saya nak dia belajar bahasa arab. Saya tahu ini cuma belajar bahasa". Dia tambah lagi "Result anak saya semua A, kalau boleh saya mahu lulus sahaja bahasa arab"

Pergh..gua sahaja rasa perasaan gua masa tu. Subhanallah!

3tahun kemudian...

Gua ketemu kembali Selwendran, sekarang dia sudah berumur 10tahun. Sudah darjah empat!! Dua tahun gua tak mengajar Selwendran.

Hari ini hari kedua gua mengajar kelas dia. Kelas budak pandai+budak eksyen lebih.

Kriiinngg...

"Ok kamu semua pergi rehat!" gua halau semua budak gi kantin.

Selwendran hampir pada gua, " Ustaz tulis nama saya dalam tulisan jawi"

Pergh..gua sahaja rasa perasaan gua masa tu. Subhanallah!

2 ulasan:

Nadia Harnisa berkata...

Die blajar Arab x Din..

daLyaanoon berkata...

semua budak wajib belajar. Sebab depa kena duk dlm kelas. Kalau depa taknak belajar, tak bleh paksa. Yang penting kena amik peksa gak