Khamis, Januari 13, 2011

Syuhurul Miladiah

Sebelum belajar gua kena amik mood bebudak ni. Kena gua mula dengan set induksi. Pergh...elemen wajib tu, dulu masa praktikum pecah kepala nak buat set induksi.

Lepas bebudak jawab salam gua, gua tahan dorang ni berdiri. Tercongoklah dorang tengok gua tulis hari, tarikh dan tajuk di papan putih.

Gua pancing versi formal, "Siapa dapat jawab, bleh duduk!" Muka bebudak ni mula dah semangat.

"Dalam setahun ada berapa bulan?"

"dobelas"

"bulan pertama ada dia?"

"Januari!"

"bulan terakhir?"

"disember!"

"hari kemerdekaan?"

"ogos"

"hari guru?"

"mei"

"hari keputeraan agong?"

masing-masing melopong, "ape tu?"

gua tanya balik, "kenal agong?"

majoriti jawab, "siapa tu?"

gua terpana seketika, pergh...dalam umur begini budak-budak belum kenal siapa agung, ini parah!

kesimpulannya, waktu mengajar bahasa arab gua dah jadi subjek alam dan manusia!

p/s : Syuhurul Miladiah = bulan-bulan masihi

Tiada ulasan: