Selasa, Februari 22, 2011

Fitrah cari kebenaran.

Tahniah Bob Lokman!
Sebenarnya sudah ramai golongan artis, selebriti serta selebriti sukan memilih untuk tidak menyokong UMNO dan BN dan pakat sokong PR.

PR ni belah kebenaran ke? Sokong bila dok ada kebenaran la ni. Tipu kita ubah sokongan!

Mungkin sudah muak dengan UMNO/BN selama ini. Jadi, ramai di antara mereka berhijrah. Ramai yang tidak berhijrah lagi seperti biasa alasanya 'nak jaga periuk nasi'. Dalam hal ini gua tabik pada Bob Lokman. Imannya pada Ar-Razaq sangat kuat. Setakat ini pun gua tak pernah lihat artis/selebriti sokong PR hidup melarat, bertambah-tambah 'job' adalah!

Artis 'rock' ramai yang berhijrah. Yang gua pelik yang lembut, tak 'rock' pula tak hijrah. Gua nak analogi, batu jika kena air akhirnya terhakis juga!

Kebenaran tak leh nak sorok, lambat laun akan terpancul keluar juga.

Lu orang tengok kes DSAI, hari-hari suratkhabar arus perdana dok maki hina DSAI, yang pelik DSAI pi ceramah berduyun yang datang. Jangan jadi bahalol tanya gua," gi ceramah dapat duit ke?"

Begitu juga geng-geng artis/selebriti mencari kebenaran. Mungkin sudah lama dalam 'kegelapan'.

Doa kita juga keluar dzulumat untuk cari Annur!

Tiada ulasan: