Rabu, Februari 02, 2011

Selamat Tahun Baru Cina Iman!

Saat gua tulis entri ini, pastinya rakan-rakan Tionghua sedang meraikan. Yee Sang (betul ke aku eja ni) mesti jadi hidangan utama. Bergembira raikan bersama keluarga. Yang pasti makan besar!

Zaman kanak-kanak banyak umur gua habis semasa di Wangsa Maju. Ramai geng. Yang best sampai sekarang masih berhubungan. Flat gua kalau main apa pun mesti flat lain kalah. Sebut je nak lawan bola, mesti team lain serah diri. Paling kuat pun dorang sanggup import star dari flat lain.

Antara member yang paling gua rapat, Boboy! Budak Cina, anak pemandu bas persiaran. Bapak Boboy, Uncle Lim kalau balik dari trip ,mesti hon kuat-kuat. Pooooooooooooon! Berduyun-duyun budak flat gua berlari. Naik bas, Uncle Lim bawa rouns satu Wangsa Maju. Dalam bas tu budak-budak jakun semacam je. Macam tak pernah langsung naik bas. Itu Uncle Lim, bapa Boboy!

Kembali kepada cerita Boboy, budak ni semua permainan dia je nak bagus. Kalau permainan yang budak Cina selalu dominate seperti badminton dan pingpong, jangan harap gua nak menang lawan dia. Alasan gua, bolehlah dia sekolah Cina. Masalahnya, main bola dan takraw pun boleh tahan budak Cina ni! Peh agak-agaklah! Kasi orang lain cari makan plak!

Sepuluh tahu lepas gua dah hijrah ke Semenyih, cari rumah besar sikit, adik beradik dah besar-besar. Masa gua belajar di UIA, selalu je gua jengok-jengok member-member di sana termasuk Boboy. Ramai dah budak flat dah pindah. Boboy setia lagi di situ. Dulu budak, sekarang sudah jadi apek. Hahaha. Kuat kerja, setakat ni gua tak pernah dengar dia menganggur. Sekarang kerja bank. Tak pasti jawatan apa, tapi bukanlah security bank.

Semua masing-masing dah besar. Kekadang lalu Wangsa Maju gua senggah lepak jap ngan Boboy. Last gua jumpa masa gua bagi kad kahwin gua.

Gua macam perasan sesuatu. Boboy ada makwe Melayu. Tak hairanlah sebab aku tengok jarang Boboy kawan ngan Cina, adalah tapi tak serapat member-member Melayu. Gua mula saspek samting. Banyak kali gua tanya, tapi dia tak nak jawab.

Alhamdulillah...Boboy dulu, kini Iman! Subhanallah


p/s : nanti gua sambung lagi!

2 ulasan:

mistikus cinta berkata...

terbaik!!!

gua berkata...

alhamdulillah..
gua suke entry ni walaopon gua xpenah komen dlm ini blog..bile nk smbung?hehe..harap nye tuan blog dpt memberi tunjuk ajar kpd saudara baru kita..kem salam gua kt boboy@iman ye..haha