Isnin, Februari 28, 2011

bila PRK

tiada prosedur minta bantuan,
jadi santa clause sang gerombolan,
penyangak jadi beriman,
orang baik dipersetan,

jalan berlopak dah berturap,
tak sampai seminggu dah siap,
ramai jadi anjing kurap,
bodek mat sembap!

segalanya tiba-tiba,
dulu makan berkerusi meja,
tiba-tiba makan bersila,
tapi nampak janggal sakit berasa

bagi gula buat kopi,
bagi beras buat kanji,
bagi pelikat pergi mengaji,
jangan undi gerombolan, JANJI!!!

Selasa, Februari 22, 2011

Fitrah cari kebenaran.

Tahniah Bob Lokman!
Sebenarnya sudah ramai golongan artis, selebriti serta selebriti sukan memilih untuk tidak menyokong UMNO dan BN dan pakat sokong PR.

PR ni belah kebenaran ke? Sokong bila dok ada kebenaran la ni. Tipu kita ubah sokongan!

Mungkin sudah muak dengan UMNO/BN selama ini. Jadi, ramai di antara mereka berhijrah. Ramai yang tidak berhijrah lagi seperti biasa alasanya 'nak jaga periuk nasi'. Dalam hal ini gua tabik pada Bob Lokman. Imannya pada Ar-Razaq sangat kuat. Setakat ini pun gua tak pernah lihat artis/selebriti sokong PR hidup melarat, bertambah-tambah 'job' adalah!

Artis 'rock' ramai yang berhijrah. Yang gua pelik yang lembut, tak 'rock' pula tak hijrah. Gua nak analogi, batu jika kena air akhirnya terhakis juga!

Kebenaran tak leh nak sorok, lambat laun akan terpancul keluar juga.

Lu orang tengok kes DSAI, hari-hari suratkhabar arus perdana dok maki hina DSAI, yang pelik DSAI pi ceramah berduyun yang datang. Jangan jadi bahalol tanya gua," gi ceramah dapat duit ke?"

Begitu juga geng-geng artis/selebriti mencari kebenaran. Mungkin sudah lama dalam 'kegelapan'.

Doa kita juga keluar dzulumat untuk cari Annur!

Ahad, Februari 20, 2011

Hujah vs Hujah

Kak X : kenapa PAS taknak bersatu dengan UMNO? Kan sama-sama Melayu. Akak tak kisahlah UMNO ke PAS janji Melayu. Ini tidak, sanggup kawan dengan DAP!

Kak Y : biarlah Rosmah belanja mewah. Dia kan isteri PM. Janganlah sampai kutuk-kutuk dia, gemuklah, penguin, bik mama. Kalau dia berdosa, itu dosa dia dengan ALlah. Kita nak kutuk-kutuk dia, bila masa nak minta maaf?

Kak Z : harga minyak dunia naik, kita pun kena ikut naik, tak boleh buat apa.

Kak V : saya kenal Anwar Ibrahim tu siapa. Masa dia dalam UMNO. Saya tahu dia...blablabla!

Kak X,Y,Z dan V adalah orang yang sama.

hari tu aku dengar dia merungut, pen dia habis kena kebas. Bising dia, dia pelik macamana pen dia boleh hilang.

Gua selamba jawab, "Enjin jet pun bleh hilang!"

Member gua tambah, "Duit Tabung Haji hilang!"

Gua tambah lagi, " Duit PPRT hilang!"

akak tu senyap je....! Padan muka!


Selasa, Februari 08, 2011

Dia Adalah Legenda.


Keliru gua, legenda ke lagenda. Tapi gua yakin, bukan lagenda. Sebab Lagenda tu nama motor adik gua! Kahkahkah

Gua nak ulas cerita bola pula. Asyik hentam UMNO/BN je. Sampai kiamat nak tulis dosa UMNO/BN pun tak abih.

Minggu ni cerita paling sensasi, cerita Safee pindah pergi kelab Indonesia, Pelita Jaya. Ramai pula yang ulas dan beri pendapat. Ada gua rasa 'cool' ada juga komen yang macam bagus. Secara peribadi, gua sokong Safee ke sana. 100% gua sokong.

Kena ingat Safee pemain bolasepak professional. Kerja dia main bola je. Main, dapat duit. Nak dapat duit kena main. Kalau ada peluang yang lebih baik, Safee perlu terus terpa. Jangan macam sejarah sebelum ni, ada peluang main kat luar, rindu kat kampung. Rugi. Dari zaman Soh Chin Aun lagi, pemain kita 'malu' main kat luar.

Ada yang pertikai, kenapa Safee setuju main dalam Liga Indonesia? Gua nak nyatakan, jangan sama sekali samakan Liga Indonesia dengan Timnas Indonesia. Maaf gua kata kat sini, liga depa lagi meriah dari kita. Timnas depa ja yang 'ayam'!

Untuk Safee, Selamat Maju Jaya!

Rabu, Februari 02, 2011

Selamat Tahun Baru Cina Iman!

Saat gua tulis entri ini, pastinya rakan-rakan Tionghua sedang meraikan. Yee Sang (betul ke aku eja ni) mesti jadi hidangan utama. Bergembira raikan bersama keluarga. Yang pasti makan besar!

Zaman kanak-kanak banyak umur gua habis semasa di Wangsa Maju. Ramai geng. Yang best sampai sekarang masih berhubungan. Flat gua kalau main apa pun mesti flat lain kalah. Sebut je nak lawan bola, mesti team lain serah diri. Paling kuat pun dorang sanggup import star dari flat lain.

Antara member yang paling gua rapat, Boboy! Budak Cina, anak pemandu bas persiaran. Bapak Boboy, Uncle Lim kalau balik dari trip ,mesti hon kuat-kuat. Pooooooooooooon! Berduyun-duyun budak flat gua berlari. Naik bas, Uncle Lim bawa rouns satu Wangsa Maju. Dalam bas tu budak-budak jakun semacam je. Macam tak pernah langsung naik bas. Itu Uncle Lim, bapa Boboy!

Kembali kepada cerita Boboy, budak ni semua permainan dia je nak bagus. Kalau permainan yang budak Cina selalu dominate seperti badminton dan pingpong, jangan harap gua nak menang lawan dia. Alasan gua, bolehlah dia sekolah Cina. Masalahnya, main bola dan takraw pun boleh tahan budak Cina ni! Peh agak-agaklah! Kasi orang lain cari makan plak!

Sepuluh tahu lepas gua dah hijrah ke Semenyih, cari rumah besar sikit, adik beradik dah besar-besar. Masa gua belajar di UIA, selalu je gua jengok-jengok member-member di sana termasuk Boboy. Ramai dah budak flat dah pindah. Boboy setia lagi di situ. Dulu budak, sekarang sudah jadi apek. Hahaha. Kuat kerja, setakat ni gua tak pernah dengar dia menganggur. Sekarang kerja bank. Tak pasti jawatan apa, tapi bukanlah security bank.

Semua masing-masing dah besar. Kekadang lalu Wangsa Maju gua senggah lepak jap ngan Boboy. Last gua jumpa masa gua bagi kad kahwin gua.

Gua macam perasan sesuatu. Boboy ada makwe Melayu. Tak hairanlah sebab aku tengok jarang Boboy kawan ngan Cina, adalah tapi tak serapat member-member Melayu. Gua mula saspek samting. Banyak kali gua tanya, tapi dia tak nak jawab.

Alhamdulillah...Boboy dulu, kini Iman! Subhanallah


p/s : nanti gua sambung lagi!