Jumaat, April 25, 2008

Syabas Penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC)!!!



Awal minggu ini kecoh pasal pembukaan jalan utama ke BMC. Saya pun tumpang gembira dengan pembukaan jalan itu. Biar apa pun status tanah di situ seakan-akan 'dilengahkan' oleh orang-orang tertentu, pembukaan jalan itu umpama rahmat bagi residen di situ. Bayangkan sejumlah 20000 penghuni di BMC dan 9000 penghuni di Sg Long menikmati pembukaan jalan tersebut.

Rata-rata pembukaan jalan itu adalah penanda aras kepada tahap kesabaran penduduk sekeliling. Bayangkan setiap pagi mereka perlu menempuhi kesesakan sepanjang 6.4km dan mengambil masa 20-30 minit untuk melepasi kawasan BMC dan Sg Long itu sahaja. Bukan itu sahaja, dengan melalui jalan yg sesak penghuni yang bekerja di KL sudah tentu 'wajib' menempuh tol Batu 11 yg boleh dielakkan dengan pembukaan jalan utama tersebut.

Dua kesan positif yang kita boleh lihat dari pembukaan jalan tersebut, mengelak dari kesesakan dan penghuni BMC terutamanya dapat mengelak dari membayar tol di Batu 11.

Saya sempat melalui dan merasa betapa mudahnya bila jalan itu dibuka. Terharu bila melihat penghuni setempat mendirikan khemah bermalam bagi memastikan tembok tidak dibina semula.
Saya sempat menghulurkan bantuan dan menunjukkan sokongan moral.
Bagi merasai keperitan yang dilalui sebelum ini saya mencuba jalan yang digunakan sebelum ini. Ternyata tindakan syarikat tol benar-benar menyusahkan dan menganiaya penduduk BMC.

Syabas MP Ulu Langat YB Che Rosli bin Che Mat dan Penduduk BMC!!

video

2 ulasan:

azuin vulpine berkata...

xpatut jadi macam ni sebenarnya.. pd pendapat aku la.. sblm jalan2 ni dibina, pihak authorities, majlis perbandaran, termasuk technical agencies akan buat mesyuarat sama ada laluan tu kepunyaan pihak majlis or jkr.. kalo bukan hak kita or tanah kita, xpatut rasenya amik hak org lain kan.. lagi pun, dalam malaysia ni ada traffic management consultant dipanggil RSA, mesti ade sebab org ramai kena lalu jauh dari area tu.. mmg susah nak penuhi kehendak orang ramai, sekurang2nya sebelum buat sesuatu, selidik dulu kan...:)

dalyaanoon berkata...

mana buat dulu?
jln or hiway tu?
kenapa tidak ditutup jln ke Bandar Tun Hussein itu jer..