Khamis, Mei 15, 2008

16 Mei, Selamat Hari Guru!


Ada yang panggil cikgu, sir, ustaz, ustazah, tok guru dan sebagainya. Apapun gelar, 'insan luar biasa' itu perlu dikenang!

Jutaan terima kasih buat guru-guruku di:-

1) Tadika Umi Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1989)
2) Sek Keb Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1990-1995)
3) Sek Ren Agama As-Sa'adah Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1990-1995)
4) Sekolah Tinggi Setapak Kuala Lumpur. (Jan 1996-Mac 1996)
5) Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, Bandar Menjalara. (Mac 1996-2000)

Ramai sangat nama-nama cikgu yang nak aku list kan. Aku yakin saat aku tulis ni ada yang masih hidup dan dilimpahi rahmat dan kurniaan bahagia dunia akhirat. Terima kasih guru!

Teringat aku sajak Usman Awang,


"BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat."

USMAN AWANG
1979

Tiada ulasan: