Ahad, November 23, 2008

Bila 'Si Raju' Sukakan Tok Guru.

Siangnya dikhabarkan Tok Guru di Sungai Golok,
Ziarah mangsa banjir di sana,
Dalam kepala fikirkan...
Mana bisa Tok Guru datang ke Semenyih malam ni?
Tok Guru pun kurang sihat adanya.
Tapi misi da'wah mesti diteruskan...Tok Guru datang jua!
'Si Raju-Raju' gembira sambut dengan urmi,
Bergendang, menari gembira sambut Tok Guru.



Corat-coret ketika ceramah.

-Ramai kaum India datang dengar ceramah Tok Guru, sedangkan orang Melayu ada lagi yang 'segan' nak datang.

-Bila ada wakil kaum India berucap menggunakan bahasa Tamil, terpaksa melantik penterjemah bidan terjun (ahli HINDRAF) di situ.

-Antara isinya, 50 tahun BN memerintah, Sekolah Tamil belajar dalam kontena, tapi selepas PR perintah Selangor nasib sekolah Tamil di ubah.

-Mereka puji Tok Guru pelihara kuil di Kelantan...di Kelantan, kuil siap ada air-cond.

-Sempat juga hantar SMS dari Harakahdaily menjemput ke ceramah GMI di Pandan kepada ahli HINDRAF tu...pesannya lagi..."kalo ada apa-apa msg lagi hantar ye..."

-Sedang ceramah diselang-seli laungan Takbir...'Si Raju' ni bertanya "Itu Allahu Akbar (Takbir) maksud dia Allah besar kan? itu saya tau, tapi orang hindu boleh sebut juga ke?"...Ini peluang yang da'wah ni...aku jawab "sesiapa pun boleh cakap, Allah tu tuhan suma manusia, dia jadikan suma manusia"...huh!dalam hati aku...moga2 ALlah bagi hidayah kat dia!

-Abah plak melayan 'Si Raju' yang lagi sorang di belakang aku...Tok Guru beritahu bila dia jadi MB dia amik semua duit negeri masuk dalam Bank Islam sebab nak bebas dari riba'...ramai masa tu cakap Tok Guru tak pandai urus ekonomi negeri. Tok Guru cakap riba' tu zalim, menindas manusia...Abah pun ulas pada 'Si Raju', "Riba ni interest...bila kita bulat loan, dikenakan...kita buat loan sebab kita susah, ada interest lagi kita susah..itu yang menindas!'Si Raju' macam paham.."Betul la..."

4 ulasan:

Mohammad Yassir Hamidun (MYH) berkata...

Semoga 'si raju' dan semuanya mendapat hidayah Allah untuk kembali kepada fitrah dan kebaikan Islam...Amin!

-sesungguhnya Agama di sisi Allah hanyalah Islam-

ad3ck berkata...

sesungguhnya Agama di sisi Allah hanyalah Islam, bukan Islam Hadhari.

wan berkata...

moga si Raju dapat petunjuk yang baik =D....besides, malaysian arent blind anymore =D they know when, where and which to look at =D

malaysia boleh!

mohd mazdan berkata...

moga Allah bukakan pintu hati si 'Raju'..Amin..