Jumaat, November 07, 2008

Surat Terbuka buat Tuan Obama.


daLYaanoon
Semenyih,Selangor
Malaysia
-------------------------------------------------------------------------------
Tuan Barack Obama
Rumah Putih,
Washington DC,
Amerika Syarikat7 November 2008

Tuan,
MENUNTUT BEBERAPA HARAPAN.

Sukacita saya dan segenap rakyat Malaysia menyatakan rasa bangga dengan kemenangan tuan dalam pemilihan calon presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Syabas kami ucapkan. Sebelum tuan menjawat jawatan sebagai Presiden AS pada 20 Januari kelak adalah manisnya tuan mengambil kira prihatin tuan terhadap beberapa perkara.

2. Mengikis persepsi penduduk dunia tentang imej AS sebelum ini sebagai polis dunia.

3. Meyakinkan dunia bahawa tiada lagi stigma atau sindrom Islamophobia yang melanda Umat Islam.
4. Dunia tahu bahawa tuan seorang yang realis yang meyakini prinsip diplomasi melalui perbincangan berharap segala apa tindakan tuan berdasarkan rasional secara kolektif.

5. Mengundur semua anggota tentera dan menghentikan segala aktiviti alteleri di Iraq dan Afghanistan.

6. Memastikan tiada wujud unsur berat sebelah dalam hubungan 'bilateral' antara AS dan Malaysia.

7. Membebaskan Al-Quds (Palestin) dari kekejaman rejim Zionis Yahudi. (walaupun tuan nampak kurang serius tentang isu ini).

8. Kerjasama anda kami sangat-sangat hargai. Segala pertimbangan tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

---------------------
daLYaanoon




(t/tangan tidak diperlukan kerana cetakan komputer)

4 ulasan:

Unknown berkata...

nice letter indeed!....especially regarding Islamophobia =D

p/s: haha...takpe din...these days dah boleh letak e-signature =D

Tanpa Nama berkata...

obama tu mana fasih bahasa malaysia rasmi...bhasa indon ble ah sikit2 he

daLyaanoon berkata...

alaaa...dia boleh upah translator...

aku sudi apa....

Tanpa Nama berkata...

aktiviti alteleri? ke aktiviti military ? lebih sesuai operasi ketenteraan