Jumaat, Ogos 15, 2008

'Nadal' No 1 dunia!

Topik di atas seakan-akan satu provokasi buat kem rakyat Swiss yang menaruh harapan supaya bintang sanjungan tenis mereka "Fedex" mengekalkan gelaran ulung itu. Tetapi ianya satu motivasi dan ransangan buat Nadal untuk merampas takhta itu jika berjaya tundukan Federer dalam kejohanan olimpik ini.

Berehat sebentar, sementara menjadi pemerhati setia kepanasan karenah politik tanahair dan juga terhimpit dengan kesuraman sambutan hari kemerdekaan tahun ini. Atas alasan itu, aku ambil keputusan mengulas sedikit pasal harapan negara meraih emas pertama di kejohanan spesis manusia peringkat bumi itu yang berlangsung di Beijing, Republik Rakyat China.


LEE CHONG WEI..

"Bang Long, arini Chong Wei (CW) menang tak?" tanya adik bongsu aku, Ali. Setiap orang teruja bila ceritakan pasal CW, akibat men'sayur'kan tiga lawannya sebelum ini. Termasuk harapan terakhir Republik Indonesia menerusi Sony Dwi Kuncoro yang baru saja di'sayur'kan 12 jam sebelum entri ini ditulis.

Target emas dulu baru target RM1m!!! ok!!!

kenapa di ('') perkataan Nadal pada topik di atas? tanpa berselindung gantikan dengan Lee Chong Wei No 1 Dunia!!!

secara terus tak berangankah melihat CW merampas gelaran No 1 pada Lin Dan? Sebagaimana persaingan Nadal-Federer?

1 ulasan:

Unknown berkata...

LCW sapu bersih!..haha..good good!.hope finale nanti pun dia vacuum skali...=D