Sabtu, Ogos 16, 2008

Apa beza MRSM dan UiTM?

yang beza tahap pendidikan...yang sama dua-dua belakang ada perkataan MARA...
MARA = Melayu..
Kalo Tan Sri Khalid dah buat seluruh mahasiswa UiTM berarak marah dengan cadangannya.
Kenapa tak marah akan keputusan 6 tahun lalu?
Yang mana lagi teruk?Cadangan atau keputusan?

Takpelah...sesekali nak berdemo tanpa 'iringan' FRU dan SB2 apa salahnya...



ARKIB : 06/06/2002
Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum

Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES

KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu.

Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini.

Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya.

``Kita jangan tutup pintu kepada orang lain kerana perbuatan sedemikian boleh menjurus kepada perasaan perkauman.

``Jika kita ada perasaan tertutup, akhirnya nanti kita akan menemui jalan buntu dengan tidak lagi mampu menjalin kerjasama antara kaum,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan 26 pertubuhan itu yang dicapai sebulat suara pada majlis dialog pendidikan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kolej Islam Antarabangsa di sini, semalam.

Selain GPMS, pertubuhan yang menyatakan pendirian tersebut ialah Persatuan Pelajar Lepasan MRSM (Ansara), Barisan Bertindak Melayu (BBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Intelek Melayu Malaysia dan Majlis Kebudayaan Melayu.

Turut menyokong keputusan itu ialah Majlis Belia Selangor, Persatuan Melayu Sabah dan beberapa ahli akademik dari universiti awam dan swasta.

Abdul Aziz seterusnya berkata, kerajaan amat bergantung kepada semangat perpaduan kaum terutama untuk mencapai matlamat menjadi negara maju pada tahun 2020.

Justeru, jelas beliau, langkah mengetepikan kaum tertentu untuk memperoleh kemudahan pendidikan hanya akan mendedahkan negara kepada semangat perkauman yang menebal.

``Kita kena latih anak-anak kita menjalin perpaduan antara kaum kerana jika tidak orang Cina akan mengikut haluan sendiri, India begitu juga dan Melayu dengan caranya.

``Di mana (titik perpaduan) kita nak bertemu?,'' katanya.

Menurut beliau, kerajaan tidak menghalang sebarang saranan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara tetapi mahu pihak yang mengemukakan saranan meneliti dahulu manfaatnya dalam jangka panjang.

Abdul Aziz menambah, dalam isu kelonggaran kuota 10 peratus untuk bukan bumiputera dalam dua program berkenaan, kerajaan berharap ia tidak disalah faham kerana tindakan itu tiada sebarang motif untuk menggugat pendidikan orang Melayu.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz berkata, peruntukan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di MRSM tetap dilaksanakan walaupun banyak pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu mahu perkara itu ditangguhkan.

Bagaimanapun menurut beliau, perubahan ke atas kuota itu boleh dilakukan oleh Kabinet jika didapati sistem tersebut merugikan kaum bumiputera dan tidak mencapai matlamat yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Kata beliau, sistem kuota itu akan dilaksanakan di semua MRSM di Semenanjung kecuali di MRSM Kinarut, Sabah dan Kuching, Sarawak yang telah dikhususkan 100 peratus untuk bumiputera.

Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat untuk menjadikan kaum bumiputera lebih cemerlang dan mampu bergaul serta bersaing dengan bangsa lain dalam era globalisasi.

Ini berikutan kebanyakan lulusan MRSM didapati hanya cemerlang dalam akademik tetapi lemah dalam aspek pergaulan dengan kaum lain, di samping gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Biarpun begitu, Nazri memberi jaminan pengenalan sistem kuota itu tidak akan mengurangkan sama sekali jumlah pelajar bumiputera yang diambil setiap tahun.

``Misalnya, kalau setiap tahun kita ambil 4,000 pelajar bumiputera, maka jumlah itu akan kita kekalkan manakala tambahan 10 peratus pelajar bukan bumiputera akan kita tentukan di mana untuk menempatkan mereka ini,'' katanya selepas menerima memorandum mengenai isu kuota tersebut daripada Pemuda UMNO Selangor di sini hari ini.

Nazri menambah, kuota 10 peratus bukan isu baru memandangkan ia pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sewaktu idea penubuhan MRSM dipersetujui kerajaan kerana mahu melihat pelajar Melayu bersaing dengan kaum lain.

7 ulasan:

Unknown berkata...

orang kita pun asyik nak melenting jer...apa la salahnya ada minor quota utk bkn bumi yer tak??...baru la ada saingan skit...healthy competition apa...besides, kenapa kita nak takut dgn minor quota tu kalau org kita pun tak kurang hebatnya yer tak?...memang la kalo ikutkan dasar penubuhan, mmg 100% utk bumi....tapi kenapa 10% tu yg dirisaukan sgt...bukan student yg kena repeat/expel kt uitm pun dkt 3-4 % ker????...no offense, tapi org kita pun ada yg amik ringan jugak...mentang2 saingan dingin, asyik dok return sem jer...takleh la gitu kan...malu kita kt bangsa lain....kita kena buktikan yg 10% minor quota tu takkan jejaskan kredibility student kita utk compete dgn mana2 bangsa pun AND we show them that we can stay on top, all the times...

- aku hanya berpendapat...=D

Unknown berkata...

"Yang Dipertuanya, Lukmanulhakim Mohamad Idris berkata, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyokong cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebagai percubaan untuk memusnahkan peluang anak bangsanya untuk terus maju."

"Yang Dipertua MPP Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd. Hafiz Asmadi berkata, seorang pemimpin Melayu tidak seharusnya mempertahankan sebarang cadangan yang bakal memusnahkan masa depan anak bangsanya sendiri."

dua-dua balok kat atas ni try nak tekankan yang masa depan anak bangsa akan musnah kalau uitm TERGADAI...mcm la cadangan tu nak bagi 80% quota kt bangsa lain...apa yg takut sgt tu...pastu, takyah tunggu uitm nak ada quota utk bangsa lain, bukan ker ada sebahagian anak bangsa kita awal2 lagi dah kasi jahanam diri sendiri???...hrmm dua-dua balok kat atas ni pun kasi statement politik murah..budget nak amik hati govt ke apa..ni kan baru CADANGAN jer...bertenang boleh??..poyo2 lak bagi review...

Tanpa Nama berkata...

mau xmarah, student 120,000 setiap tahun. Seluruh negeri ada, xsangka si khaled tu petpet cina, cina luahkan, dia suarakan.

Tanpa Nama berkata...

ni la anak melayu pandai sangat, cakap orang tua-tua xnak dengar. buat pengetahuan, uitm ada 3 orang pro-canselor yang jati diri kemelayuannya kuat sekali. Sorry, mrsm xde.cina oun xnak masuk la.

Tanpa Nama berkata...

Din, pondan yg komen kat atas ni tak letak nama la.Sapa dia ek?ko kenal tak?Bgs sgt ke ada pro canselor yang ada jati diri kemelayuan yg kuat sekali?skali je kot kuat, pastu lembik..Tak pulak dia kata Aziz Shamsudin mcm2 bila buat keputusan bukak utk mrsm pd non bumi.Sama jugak tu, bwh MARA jugak.Hai, ntah la..

Panglima Hutang-melnikov

Unknown berkata...

"Anonymous said...

ni la anak melayu pandai sangat, cakap orang tua-tua xnak dengar. buat pengetahuan, uitm ada 3 orang pro-canselor yang jati diri kemelayuannya kuat sekali. Sorry, mrsm xde.cina oun xnak masuk la.

August 17, 2008 3:56 AM "


kalau aku rasa aku nyer thinking wise lagi rational/relevant dari sesaper org tua, buat apa aku nak dgr cakap dia...its not your age, its your thinking...you moron!

satu lagi...120,000 student???...SO?????...kau ingat population student ada berapa???..for sure the malays are more than half a million or something like that...do the math la brader...hrmm just because number tu besar,jadi issue pulak....are you retarded or something?

*sorry din...just trying to explain to that "anonymous moron"...

Tanpa Nama berkata...

isk.. cam tetinggal lak blog ni..
mls nk type pepanjg..
tp aku tak setuju...huhuhuhu

reason aku yg nmpk cam kosong dah biatw kt frenster buletin...

huhu.. but then.. baguslah ade byk idea.. setuju and tak setuju.. baru otak kita semua bekerja..