Jumaat, Mei 30, 2008

ezUMNO!...(sebut betul-betul!!)...doa aku..

Ada yang membaca title entry ni mungkin salah satu usaha penjenamaan semula (rebranding) UMNO. Setelah rata-rata rakyat menolak sebahagian besar kepimpinan UMNO yang terlibat dalam pelbagai kontroversi, penyelewengan dan salah guna kuasa. Denial sindrom (sindrom nafi) selalu diamalkan pimpinan UMNO menjelang PRU-12 yang lalu... (klik untuk kupasan Pilihan Raya Umum 12).

Aku bukan rujukan terbaik untuk PRU 12 yang lalu, tetapi natijah dari PRU lepas cukup-cukup memberi gambaran bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi. Sehingga Che Det mengumumkan 'keluar parti' dan dikuti dengan Tan Sri Sanusi Junid.

Tapi ada pulak yang teringin masuk UMNO...Alahai...Dunia,Dunia,Dunia...

Ketika dahulu pernah mengagumi beliau, kalo kita dengar ceramah beliau meremang bulu roma kita...bulu lain tak kira lagi...hehehe...Tuntas, bernas, semangat, fakta...itulah ciri-ciri ucapan beliau.

Mungkin ada agendanya sendiri. Saya secara personal berdoa supaya saudara masih kekal dalam misi banteras rasuah...Amiin... Apapun alasan saudara, perjuangan memartabatkan Melayu dan kedudukan Islam..(nape tak masuk PAS jer? pelikkan?).

Alur-alur kecil datang dari banyak arah,harap-harap dah kita jumpa di muara sungai!
Terfikirkah kita Ezam masuk UMNO bila ada kisah sebegini....klik

Rabu, Mei 28, 2008

Runtuhkan 'Tembok Gaza' itu!!!

Zalim....Sungguh zalim!!

Di Tebing Barat, rakyat Palestin dipisahkan dengan tembok Gaza yang boleh disimbolkan sebagai tembok kezaliman.

Di Cheras, penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) dipisahkan dengan tembok konkrit yang jelas sekali meletakkan penghuni BMC dalam keadaan tekanan dan dizalimi.


Sudahlah...takde perikemanusiaan ataupun budi bicara ke? Apa yang ditamakkan dengan mengerah RM0.90 untuk setiap penghuni BMC?!!

Aku pernah bertanya seorang penghuni berbangsa Tionghua di situ, apa yang sebenarnya yang menyeksakan mereka? "Wa talak hal mau bayar tol...tapi tak tahan sama jem maaaa..Hari-hari budak sekolah balik pukul 8 mlm (sekolah petang)".

Polis pun gesa supaya konsesi lebuhraya membuka 'tembok Gaza' itu secepat mungkin, atas alasan keselamatan.


BUKA JALAN! BUKA JALAN! BUKA JALAN!



Ahad, Mei 25, 2008

Kitakan pemurah...

Pernah dahulu kita laung-laungkan dengan slogan dan semangat " akan mempertahankan setiap inci tanah dari kuasa asing ".


Selalu minta rakyat berkorban pertahan kedaulatan negara, sedangkan pemimpin hanya berkata, "this is a win-win situation". Kita pon menang jugak ke? Menang sorak, kampung tergadai?

Sedihla...apo nak buek?:(

Jom fikir apa boleh terjadi kesan isu ini.

Mungkin........

-saiz perimeter dan diameter peta Singapura akan bertambah 2kali ganda.
-tapi macamana?....mungkin ada pengkhianat yang jual tanah dan pasir...mana tau kan?
-ada rancangan menyambung pulau yang ada sekarang bercantum dengan Pulau Batu Puteh.

Sabtu, Mei 24, 2008

Juara Berganda!

Akhirnya berjaya juga Menyu menang dua piala. Piala Liga Perdana dan Piala Juara-juara Eropah. Perisai Komuniti kira tak? Kalau kira maknanya kira treble champion lah kan? ada yang kurang senang dengan statement aku ni...hehehe...selepas kapitan Chelski John Terry menyerlahkan ke'pengkaw'an dek badi sepakan oberkonfiden Ronaldo.

Akhirnya, kemenangan Menyu dijelmakan dengan 'pertolongan' sepakan Anelka. Sekali lagi Van Der Sar (VDS) jadi penyelamat. VDS = Van Der Save!

Tamat sahaja game pagi tu, kemunculan SMS berbaur ucapan tahniah diterima.

Benk-"Glory2 man utd..Haha.Champion forever"
Scott-"Dapat balik rasa European Champions yea Din, kite nak kena gi Emporium Cafe gak ke pasni?hehehe,wuhuu!bro!"
Fad (adik aku)-"Goal..mu mng..
Yoi-"Apa lg,pasni kite g lg parti MU masuk paper then kantoi ngn tapa haha glory2 man utd!



Jumaat, Mei 23, 2008

Derhakakah Che Det?


Cerita fasal DERHAKA ini, teringat menteri hal ehwal belajar, Tok Hishamkeris.

Ada ketika itu sibuk mengecam mantan pemangku memanda menteri DSAI sebagai 'penderhaka'. Yakni kerana khianat terhadap perjuangan bangsa Melayu dek akibat keluar UMNO. DSAI pun apa lagi, lantas menjawab kalau dia (DSAI) derhaka, ayahanda kepada Tok Hisham pun menderhakalah kan? sebab mengumumkan keluar UMNO?

Pelik bin Ajaib kan?

Dalam kes Che Det, beliau keluar bersyarat iaitu keluar UMNO sementara mertua rembau letak jawatan dalam parti sebagai presiden. Jika begitu status Che Det sekarang ni mengikut telahan Tok Hisham, Che Det dikira SEMI DERHAKA lah....

Rabu, Mei 21, 2008

Live Streaming Persidangan DUN Selangor.



Sambil-sambil layan sidang Parlimen layan sidang DUN Selangor

SELAMAT BERSIDANG!!
Layan Persidangan DUN Selangor:-



Selasa, Mei 20, 2008

Haru Biru UMNO!


First time aku tau cerita Tun Mahathir 'menggantung' keahliannya bila dapat SMS dari HarakahDaily. Tak terkejut pun dengan berita itu rentetan bedilan demi bedilan, 'tibai'an demi 'tibai'an saban minggu kedengaran. Lagipun pimpinan UMNO dulu-dulu pun keluar UMNO, seperti Dato' Onn Jaafar (Pengasas UMNO), Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri keluar Parti UMNO.

Tapi.....bukan dulu Tun pun selalu jugak bersandiwara. "Dah lama dah.." dan macam-macam lagi. Tapi itu cerita dulu. La ni apa-apa bleh jadi.

Apa pun yang nyatanya Tun sudah sampai klimaks kritikannya sampai tahap mengambil tindakan sedemikian. Menamakan UMNO hari ini adalah 'Parti Dato' Dolah' bukan Parti UMNO adalah satu kenyataan keras terhadap kepimpinan Pak Lah hari ini.


Harap-harap pimpinan Pakatan Rakyat tidak mudah dikaburkan dengan krisis dalaman UMNO ni..Biarlah UMNO dengan labu-labunya....

Khamis, Mei 15, 2008

16 Mei, Selamat Hari Guru!


Ada yang panggil cikgu, sir, ustaz, ustazah, tok guru dan sebagainya. Apapun gelar, 'insan luar biasa' itu perlu dikenang!

Jutaan terima kasih buat guru-guruku di:-

1) Tadika Umi Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1989)
2) Sek Keb Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1990-1995)
3) Sek Ren Agama As-Sa'adah Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1990-1995)
4) Sekolah Tinggi Setapak Kuala Lumpur. (Jan 1996-Mac 1996)
5) Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, Bandar Menjalara. (Mac 1996-2000)

Ramai sangat nama-nama cikgu yang nak aku list kan. Aku yakin saat aku tulis ni ada yang masih hidup dan dilimpahi rahmat dan kurniaan bahagia dunia akhirat. Terima kasih guru!

Teringat aku sajak Usman Awang,


"BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat."

USMAN AWANG
1979

Selasa, Mei 13, 2008

Campione! Campione! Campione


Menyu menang lagi...

Kecut perut bila tengok Wigan bukan main lagi struggle nak menang, bukan bleh beat MU jadi champion pon...hehehe

Alih-alih Bolton equalize....apo kono eh jang (Petr Cech)...tangkap ayam ke tangkap bola?

Ramai member2 fan MU kirimkan SMS antaranya berbunyi, "Glory2!! Esok cuti" (Trey), "Another victory waiting @ Moscow" (Shidie)...dan mcm2 lagi...

Moscow!! Here we come!!


13 Mei: Menyorot Sejarah Politik di Malaysia.


Aku sedang membaca dan mengkaji buku, '13 Mei Dokumen-dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia' (versi Bahasa Melayu). Agak menarik pengolahan Dr Kua Kia Soong melihat peristiwa 'hitam' itu dari aspek yang lain.

Hari Sabtu (10/05/08) aku singgah di MPH Alpha Angle, Wangsa Maju masih ada lagi stok-stok terakhir. Siapa cepat dia dapat...

Buku ini dilancarkan setahun yang lepas di Selangor Chinese Assembly Hall dan ada juga usaha-usaha rampasan dan mengharam buku ini.
Antara sumber alternatif bagi mendapat gambaran jelas peristiwa 'hitam' itu.

Isnin, Mei 12, 2008

Awas Rabu Ini!

realiti atau omomg-omong kosong?

nantikan...


Jumaat, Mei 09, 2008

Aku Bukan Anti Chelsea!








Mungkin ada sahabat-sahabat aku sudah tahu yang aku minat dengan pasukan Manchester United (MU), dan ini tak bermakna aku anti pasukan Chelsea.

Tidak berapa lama lagi kedua-dua pasukan (MU dan Chelsea) akan merebut dua gelaran yang besar. Hujung minggu ini pun kedua-duanya akan menghadapi perlawanan terakhir, akhirnya menobatkan pasukan mana yang akan dimahkotakan gelaran Juara Liga Perdana Barcl***.

Tapi aku tak merasa artikel aku ini akan mempengaruhi psikologi Avram Grant (AG) bagi menghadapi 'game' terakhir musim ni. Siapalah aku! Takde maknanya! Dia (AG) pon tak rasa apa-apa pun.

Isunya di sini, kehadiran Chelsea ke Malaysia. Bagi persepsi peribadi aku sendiri, isunya bukan pasukan Chelsea tapi kehadiran dua rakyat Israel; Tal Ben Haim (TBL) dan AG sendiri. Mungkin sebab pegawai eksekutif Chelsea, Peter Kenyon 'mengugut' jika tanpa kehadiran TBH dan AG, peminat bolasepak tidak dapat melihat Chelsea menentang pasukan kebangsaan.

Sebelum ini, bukan tak pernah ada pasukan-pasukan lain yang mengunjungi Malaysia, MU sendiri sudah lebih dua kali datang, Arsenal pun pernah datang, Chelsea sendiri pernah datang. Cuma dalam isu lawatan pasukan Chelsea ini kita tidak boleh bertolak ansur kerana melibatkan sensitiviti umat Islam seluruh dunia.

Mengimbau kembali peristiwa pada tahun 1997, terpenjaranya Allahyarham Pak Amjal, YB Salahuddin Ayub dan YB Mahfuz Omar kerana menentang kedatangan pasukan kriket untuk turut serta dalam kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).

Ada juga pemimpin-pemimpin kerajaan membalas dengan mengatakan jangan campuradukan politik dan sukan. Dan mengesyorkan supaya melihat kunjungan ini sebagai satu daripada program pembangunan sukan.

:::erm...dengan datangnya TBH dan AG boleh memajukan bolasepak kita ke?

Penutupan Jalan ke Bandar Mahkota Cheras: Satu Lagi Projek Kerajaan 'Be End'

Angkuh! Sombong!

Sudahlah jalan ditutup, penduduk setempat ditangkap...
Jelas kerajaan pusat akur dengan arahan konglemerat. Mungkin sifat politik balas dendam masih menebal.

Ternyata kesan dasar penswastaan bukan lagi menjurus kepada kebajikan rakyat. Sejak diperkenalkan pada tahun 1983, antara matlamatnya bukanlah mementingkan rakyat secara terus dan langsung.

HIDUP RAKYAT!

Rabu, Mei 07, 2008

1 Tarikh 3 Peristiwa.

04 Mei merupakan tarikh yang sukar bagi keluarga belah abah untuk melupakan. Kesyukuran, kenikmatan dan 'kepulangan' inipati bagi tarikh tersebut. Walau apa pun natijahnya ucapan kebesaran dan pujian kepada ALlah tetap keluar dari hati sanubari.

04 Mei,
tarikh lahir abah. Aku wakil anak-anakmu doakan hidupmu selalu direstuiNya. Teruskan imejmu sebagai seorang ikon kepada anak-anakmu. Istiqamah menjadi contoh ketua keluarga.

04 Mei,
kenduri kahwin sepupuku, abg Mizan. Yang istimewanya dia jadi 'agen' membawa isterinya memeluk Islam. Semoga menempuh alam suami isteri dalam keadaan bahgia dan taat kepada ALlah...Lawa gak akak sepupu aku...hehehe

04Mei,
perginya Kaklong, sepupuku Norhayati Md Aris kembali ke rahmatullah. Sangat menyayat hati. Innalillah.

Khamis, Mei 01, 2008

Lagu Salut Khas Untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim?



<<aku tak percaya jugak memula bila ada orang bagitau aku...tapi bila dihayati bait demi bait, so tak mustahillah ALlahyarham Loloq boleh buat lirik sehebat ni...Al-Fatihah untuk arwah>>





Bukan kau tidak terjaga-jaga
Atau sudah kau hilang rasa
Mahupun lupa cerita lara
Sampai sudah masih terkena

Berbelas, berpuluh, beratus kali engkau
Terbabas..
Terhempas..
Terpulas..

Sama lu kita salut
Lu memang hero
Kita pun kecut perut
Tengok dari jauh

Sama lu kita salut
Lu memang jebat
Biar dah banyak balut
Masih lagi ligat

Di mata kita mereka buta
Insan kau cinta tak berguna
Tak patut hidup di pentas maya
Biar saja digilis roda

Berbelas, berpuluh, beratus kali dia
Terbabas..
Terhempas..
Terpulas..

Sama lu kita salut
Lu memang hero
Kita pun kecut perut
Tengok dari jauh

Sama lu kita salut
Lu memang jebat
Biar dah banyak balut
Masih lagi ligat

Kita semua memanglah suka
Dan mahu melihat kau berjaya
Semoga kau dapat cinta yang indah..