Khamis, Mei 28, 2009

Hitam adalah salah!!!


Pasti...
Kicap berubah rasa,
Tayar bergolek tidak seperti biasa,
Hisap Perilleys tukar ke Surya,
Pengadil di tengah padang berwarna-warni,
tukar karbon pensel ke pensel warna,
Dodol mungkin tidak semanis dulu,

Khamis, Mei 21, 2009

Selamat Datang ke Dunia Blog!


Aku sedang menelaah karya terbaru beliau. Beliau yang aku maksudkan Datuk Zaid Ibrahim bekas tokoh UMNO. Individu yang mengambil tindakan 'rugi' (dlm kamus UMNO) untuk keluar kabinet selepas tidak bersetuju dengan tindakan menahan tanpa bicara wartawan dalam ISA.

Usaha beliau untuk turut sama merasai kebebasan saluran maklumat ini dikongsi bersama dengan mewujudkan blognya sendiri.

Selamat datang Datuk!

Selasa, Mei 19, 2009

Terima kasih atas ingatan!!!

Hujung minggu lalu semua sudah maklum bahawa tanggal 16 Mei adalah Hari Guru. Maka bertalu-talulah SPR (Sistem Pesanan Ringkas) yang masuk. Kebanyakannya mengucapkan ucapan Hari Guru dan tidak kurang juga mendoakan yang terbaik.

"TERIMA KASIH KALIAN"

Semoga ALlah makbulkan doa kalian dan berkati apa yang aku buat selama ini.

Semalam, ingatan tidak putus-putus sehingga di sekolah. Aku sudah boleh mengagak apa yang berlaku.



Terima kasih buat Izzhilmi (1 Anggerik) dan Nurin Izzati (2 Anggerik).

Ahad, Mei 17, 2009

Semalam Bersama Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz.

Lagak gaya serupa macam ayahandanya. Ni kali pertama aku lihat batang tubuh beliau. Berjalan tenang, bercakap penuh ta'akul dan hujah. Alhamdulillah...dapat juga aku temuinya.

Mula dengan hadith Nabi S.A.W,

"Assidqu Alamanah,alkidhbu alkhianah"

Politik Islam adalah politik dunia akhirat dan politik tiada penghujung. Asasnya bukan perlembagaan tetapi Iman dan 'Akidah dasarnya.


Pelbagai lagi isu dan hujah yang yang dibentangkan. Sesi pertanyaan juga Ust jawab dengan tepat tanpa selindung. Aku pun sempat tanya pasal artikel dalam blog beliau yang sengaja disensasikan oleh pihak2 tertentu.

Akhir sekali, sebelum bergambar aku tanya lagi Ust, "Malam ni tak tgk bola ke Ustaz?", Dia senyum lalu balas, "A'ah, malam ni malam Ahad".

Ustaz pun layan bola la...hehehe:)

Aku doakan Ustaz sekeluarga dilimpah rahmat dan barakah...Amin!

Selamat Hari Guru!!!


Ada yang panggil cikgu, sir, ustaz, ustazah, tok guru dan sebagainya. Apapun gelar, 'insan luar biasa' itu perlu dikenang!

Jutaan terima kasih buat guru-guruku di:-

1) Tadika Umi Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1989)
2) Sek Keb Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1990-1995)
3) Sek Ren Agama As-Sa'adah Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1990-1995)
4) Sekolah Tinggi Setapak Kuala Lumpur. (Jan 1996-Mac 1996)
5) Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, Bandar Menjalara. (Mac 1996-2000)

Ramai sangat nama-nama cikgu yang nak aku list kan. Aku yakin saat aku tulis ni ada yang masih hidup dan dilimpahi rahmat dan kurniaan bahagia dunia akhirat. Terima kasih guru!

Teringat aku sajak Usman Awang,


"BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat."

USMAN AWANG
1979

Rabu, Mei 06, 2009

Berbaju Batik Gelap Esok Hari!

Tunjuk sikap,

-protes terhadap pengambilalihan kuasa yang dirancangkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Perak
.

-kebobrokan Najib Razak terhadap kedaulatan undang-undang dan demokrasi perlembagaan di Malaysia.

-percaya bahawa ‘1Malaysia, rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan’ sekarang menjadi bahan lawak rakyat Malaysia.

-
“Marilah kita tunjukkan satu warna ‘1MalaysiaGELITA!’ Kita tunjukkan padanya satu suara bagi rakyat Malaysia: ‘Utamakan Demokrasi!’ mari kita cadangkan satu penyelesaian bagi perak: ‘Adakan Pilihan Raya Sekarang!’”


-jurucakap Bersih, Wong Chin Huat.