Rabu, Disember 29, 2010

Gila Bola


ada budak ngaji datang umah, tanya Intan "Abg Long ngaji tak arini?"

"Ngajilah...apesal lak tak ngaji?" Gua tanya balas.

"Kan hari ni Malaysia lawan Indon?" Intan cuba sedarkan gua

"Irrelevant!" Ringkas dari gua


Selasa, Disember 28, 2010

1 Israel!

Pasti mamat ni bukan asal Tanjung Karang

Ahad, Disember 26, 2010

Kasihan jadi Melayu!

Entri ini atas desakan bro Kulup. Dia duk bakar gua tak tulis blog sejak kahwin.

Kasihan Melayu,
berdemo pejuang bahasa sendiri di bumi sendiri,

Kasihan Melayu,
di kata kufur nikmat tak ingat jasa pemimpin dan menteri,

Kasihan Melayu,
sogok beras dan kain pelikat pilih pemimpin,

Kasihan Melayu,
dilaga dengan bangsa asing bila hilang banyak negeri,

Kasihan Melayu,
haram duit judi, dia sendiri berjudi;

Kasihan Melayu,
tak puasa siang hari,

Kasihan Melayu,
kontrak dan tender beri pada kroni,

Kasihan Melayu,
jadi pemimpin takut bini,

Kasihan Melayu,
sekongkol Zionis-Yahudi,

Kasihan Melayu,
aniaya bangsa sendiri,

Kasihan Melayu, Kasihan Melayu, Kasihan Melayu,!

Sabtu, Oktober 16, 2010

111

ini kategori iluminati jenis apa ni?

inilah akibat dah lama tak masukkan entri!

Isnin, September 13, 2010

Pelik ada Melayu sudah sedar!

Drive shaft kancil makin kuat bunyi, gua hantar sahaja ke bengkel cina. Segala masalah kancil gua hantar je kat bengkel ni. Servis, tune timing semua gua serahkan. Sampai-sampai terus gua panggil Gemuk (sampai sekarang gua tak pasti apa namanya).

"Gemuk, drive shaft k? lama tak"?

"Sikijap saja!"

Gua labuh punggung pada bangku, gua capai Sinar Harian baca tragedi tragis Sosilawati dan rakan-rakan. Ish, dahsyat...boleh plak dapat suspek. Teringat plak cerita Altantuya.

Datang sorang pompuan cina tua (PCT), duduk sebelah gua. Dia kuar sebatang rokok Winston Light terus isap.

"Sudah balik kampung ka?"tanya PCT.

gua jawab,"sudah, semalam petang sampai"

"Tak pigi jalan laya ka?"tanya lagi PCT.

"Saya raya sehari ja, yang lain gua rehat"gua jawab.

PCT : ini lu punya kereta ka? Saya pakai kereta Toy### sudah 20 tahun ok lagi maaa....Keleta PRO### mahal...tiga tahun pakai sudah ada bunyi....Tax manyak mahal.....blablabla....senang rosak....Kelajaan makan duit......blablabla...

PRO### jual negala lain murah lagi dari Malaysia...blablabla....

Selasa, September 07, 2010

Akhir Ramadhan

1) Kehadiran jemaah ke surau sukar diramal, sekejap ok sekejap tak ok. Tapi gua rasa senang hati bebila ramai jemaah bernafsu buat ibadah. Gua nasihat untuk gua sekali.

2) Kedua-dua nenek gua dah takda. Jadi, gua dah tak berapa ghairah nak sambut Eid. Gua rasa perlu ada anjakan paradigma. Eid Adha perlu lebih meriah dari Eid Fitri.

3) Gua tabah dan nak pulun hari-hari terakhir Ramadhan dan gua risau fokus gua terganggu kalau ucap selamat hari raya.

4) Seronok buat amal.

5) Wabalighna Ramadhan!

Ahad, September 05, 2010

Sebab itu dia MESTI DATANG!

Macam nak hujan, tapi......dia MESTI DATANG!

Tak dapat datang esok, dia datang hari ini, tapi......dia MESTI DATANG!

Kahwin lebih satu bukan masalah, tapi......dia MESTI DATANG!

Bukan selalu dia datang, tapi......dia MESTI DATANG!

Dia al-Hafiz, ramai yang segan, tapi......dia MESTI DATANG!

Banyak tempat mahu dia beri tazkirah, tapi......dia MESTI DATANG!

Ada yang tak berapa senang, sebab selalu tegur kerajaan, tapi......dia MESTI DATANG!

Sebab itulah.....dia MESTI DATANG!

Kerana dia mesti (Must Come)!

Barakallahufik Ust Maskam al-Hafiz!

Khamis, September 02, 2010

Rabbil A'lamin

Sekali gua calit pada tubuh kancil gua dah berdebu. Eh, baru lagi gua cuci, dah berdemu mungkin faktor cuaca. Macam biasa kedai yang gua pergi kedai biasa ; yakni kedai brader-brader macha. Sebenarnya gua nak cakap gua rajin basuh keta sebenarnya, tapi aritu tu je gua malas macam unta.

Masa gua sampai memang cantik, takde keta. Ada pun sebijik tgh proses terakhir, part vakum, kilat tayar dan internal punya servislah. Gua terus parking tempat basuh, sebelah tangki hitam yang penuh air dalamnya.

Brader-brader macha tau, kalau kancil kiut gua datang gua tak payah dah nak bgtau kena buat apa. Parking keta, kunci tinggal dalam terus gua nampak sofa koyak dan terus labuhkan punggung.
Kat kedai carwash ni port customer lepak adalah sofa koyak ni berbanding port-port yang lain. Sebab bawah kipas, hahaha! Kengkadang boleh layan ngantuk kat situ.

Brader-brader macha ni ada kepakaran masing-masing. Ada terer main air, ada yang jaguh lambung sabun snow tinggi-tinggi, ada yang berus tayar, ada pakar hilangkan air pendek kata memasing buat kerja memasing. Akhirnya dengan lu orang bayar RM8 keta bersih dan kemas dalam masa singkat. Gua iklan skit.

Berbalik cerita tadi, lepak gua dah parking punggung gua atas sofa buruk tu, gua terpandang benda paling seksi masa tu. Pergh....tergugat iman dan pahala posa gua. Dalam jiwa gua memberontak "Ah kalau bukan posa tak aku ingin sangat, tapi kali ni terliur abih" Gua pujuk rayu iman gua,"Rileks beb lagi 3 jam nak buka, tahan!!!" "Innallaha ma'as sobirin!"**

Gua pujuk dengan buat-buat tak nampak. Gua buat-buat text tunang gua. Bagitau kad kahwin gua dah antar melalui perkhidmatan POSpalingLAJU. InsyaALlah sehari dua sampailah!

Sekali sorang brader macha tu menghilangkan nikmat pandangan gua dengan sekelip mata. Dia bawa masuk satu bilik. Dia kerjakan dalam bilik tu gak.

Pergh....sayu dan sebak gua. Macha tu respek orang Islam berpuasa!!! Subhanallah!!! Ini aneh ni...macha tu dah hirup segelas teh tarik kaw. Yang penting dia tak minum depan aku! Tak tau gua cakap apa, dia tau orang Islam puasa jadi dia ambil keputusan yang penuh hikmah supaya tak minum depan gua.

p/s : dalam hati gua, walaupun lu seorang pencuci kereta tapi jiwa lu kudus!

Rabu, September 01, 2010

Raya Cina!

Malik budak sengal dalam kelas. Kelas dia ni ranking ketiga dari belakang. Budak tak duk diam. Kalau dia duk diam, bermakna dia sedang menhafal lirik lagu paling hits buat masa skang. Tak pun dia sembang dengan orang sekeliling dia tentang skil-skil menarik dan gol-gol aneh yang pernah dia tonton di saluran sukan anda, Astro!

Malik tegur gua.

"Ustaz, lawan bola bile?

Ringkas gua jawab,

"Pas raya, 28,29 haribulan!"

"Raya apa?" Malik soal gua soalan sengal.

Dengan kerek gua jawab balik "Raya Cina!"

P/S : sebab kesengalan Malik inilah antara sebab dia akan disingkirkan pada saat-saat akhir nanti. Siap kau Malik!


Selasa, Ogos 31, 2010

31 Ogos 2010 : Beda dari yang lain.

Oit, bangun! dah pagi ni!
Gua terus ngadap tivi tengok mana tau ada nampak muka abah dalam perbarisan Hari Merdeka. Sebelum-sebelum ni macam tulah rutinnya. Tak membina langsung!
Pastu kalau masa kecil dulu ada depat ala parlimen, parlimen mini.
Cuti,
Melangut,
Kalau ada duit pergilah membeli belah.!!! Haram!

Gua rasa sudah tiba masa rakyat kita perlu cari alternatif sendiri bagi memaknakan tarikh merdeka itu.
Tahun ni 53 tahun dah merdeka. Kalau di sekolah caranya lain. Adakan pertandingan nyanyian lagu patriotik, kelas hiasan patriotik terbaik.

Kalau kita dah besar ni apa pula pengisian? kalau gua suruh lu orang pergi cari buku sejarah baca..haram nak ikut arahan gua. Sebab masing-masing malas nak membaca. Statistik menunjukkkan kita di Malaysia ni lemah membaca. Gua akui, malaha graduan universiti pun malas membaca. Membaca untuk jawab periksa. Cuba tanya balik lepas periksa, taubat dah lupa.

Tahun ni (semalam) gua hadir sessi bersama anak muda Fahmi Reza (FR). Gua dapat .apa yang gua nak dalam sessi lecture FR. Dahla bagi lecture percuma. Tapi mamat FR ni cool! Gua pun teringin nak jadi macam dia. Beza gua ngan dia, dia rajin cuma gua malas macam unta. Gua tak nafikan.

Dia cerita pasal hartal, mogok secara jamaie semenanjung Malaya. Eh takde pun belajar masa sekolah. Pasal individu-individu penting dalam pejuangan kemerdekaan seperti Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Mokhtaruddin Lasso..dan ramai lagi. Pahal takde dalam buku teks masa sekolah menengah. Kalau ada pun dorang ni dilabelkan tali barut komunis sebab berjuang aliran kiri menentang British yang lahanat.

Pasal Revolusi 48...ni kalau tak paham agak kontroversi. Kalau selalu baca Utusan boleh jadi biul dengar cerita ni dari FR. Kalau sudah dimindsettingkan dari kecil memang tak bleh nak explain lebih-lebih pasal peristiwa ini. Banyak dibincangkan oleh penonton-penonton yang lain yang tonton video FR rata-rata kata rakyat Malaysia masih belum terima pasal segelintir kumpulan yang berjuang bersama komunis dan ramai lagi fikir, komunis=jahat,zalim. Tapi FR yakin satu ari dia akan tontonkan gak kat umum.

perh, banyak gua nak kongsi. Tapi kalau tulis bebanyak lu orang bukannya minat ngan sejarah.

Gua fikir sejenak, FR bagi lecture dua jam lebih...pasal tak boring? Cikgu sejarah gua ajar 45 minit rasa nak baling kerusi je. Nasib baik gua skema!

Rabu, Ogos 25, 2010

Cerita Izzat lagi. Versi Menjelang Syawal.

Ini cerita cikgu senior di sekolah gua, dia ada temubual eksklusif dengan Izzat semalam.

"Kamu dah beli baju raya?"

Izzat jawab "Tak beli tak sempat dah"

Jawapan Izzat play safe. Cuba sembunyi sesuatu.

Selama gua kenal Izzat, dia cuba sembunyi kesedihan bahawa dia anak yatim.

Cikgu tu tanya lagi, "Lambat lagilah, ayah kamu tak sempat beli ke?"

"Tak"ringkas Izzat jawab

"Bapa kamu kerja malam ke tak sempat beli?" tanya lagi cikgu tu.

"Bapa saya takkan beli" Izzat dah macam nak bagitau cerita sebenar.

"Kenapa???"

"Ayah saya dah meninggal, cikgu"

*****

Izzat boleh berhari raya dengan baju Melayu dan bersamping raya tahun ini.

Cikgu tadi dah cerita pasal Izzat pada kelas lain. Budak kelas lain rasa simpati dan kesian.

Setakat hari ini, wang terkumpul RM50.00.

Alhamdulillah.

Gua dapat rasa macamana budak-budak lain rasa gembira sambut raya.

Gua yang pernah dan sedang mengajar Izzat berdoa semoga Izzat berjaya dunia akhirat!

Selasa, Ogos 24, 2010

Laila Al-Qadr.

*di taman gua, surau makin lengang. Mungkin ramai yang tumpu ibadah secara solo berbanding berjemaah. Bagi gua kalau boleh buat berjemaah tak salah kita kerjakan.

*Awal-awal tu gua rasa macam aman je buat ibadah di surau. Tapi sejak-sejak akhir ini gua rasa macam solat di Gaza ataupun di sempadan Rafah, takpun macam di Sarajevo.

*rekod gua masih suci-tidak pernah singgah di Param; Pasar Ramadhan.

*gua berdoa untuk dapat hafal sesurah bila menjelang Eid.

*gua terus berdoa pemimpin UMNO kembali ke dasar perjuangan dan Lim Guan Eng diberi hidayah.

*Ya ALlah, manisnya jika dapat rasa Al-Qadrmu!

Isnin, Ogos 23, 2010

mahu jadi Nostradamus!

suhu politik negara makin panas, gua dengan pengalaman yang tak seberapa seumpama pengalaman K.Rajagobal kalau skuad Malaysia masuk welkap.

Setiap minggu ada sahaja isu yang dimainkan. Gua ingat puasa ini redalah skit, mengenangkan masing-masing berlumba-lumba cari pahala. Tapi silap makin dahsyat, yelah setan memang digari tapi api kalau dipadam baranya masih ada.

Gua selaku anak muda jangan tiru politik orang tua yang membabi buta. Ada orang tua yang bagus dan ada orang tua yang berpolitik cara budak-budak. Tak dapat gaduh jelir lidah pun dah kira gempak.

Cerita doa Guan Eng, simbah cat ini ada potensi untuk cetuskan kebencian orang Melayu terhadap PR, terutama PAS dan PKR.

BN nak cerita pasal politik pembangunan dah tak laku. Semua tahu sapa jadi kerajaan kena buat pembangunan. Orang muda kena paham bab-bab ni.

UMNO/BN akan buat apa sahaja untuk dapatkan sokongan. Sebagai natijahnya, jika sebahagian besar rakyat akan mengatakan,"PR ngan BN sama ja!" itu kejayaan yang cukup besar bagi BN.

Gua ramal awal tahun depan PRU13.

P/S : jangan bodohkan rakyat!

Sabtu, Ogos 21, 2010

Sengal Utusan.

Ketua Menteri Cina beri duit raya untuk ringankan beban rakyatn langsung tak diberitakan.

Cerita dari lubang mana ntah, nama Ketua Menteri Cina dalam doa khutbah yang dibesarkan.

Gua doa LGE diberikan hidayah dari ALlah.

Amin!

Khamis, Ogos 19, 2010

Kenapa Subjek Sejarah Membosankan?



Di sekolah sangat bosan belajar sejarah. Lagi bosan bila dapat cikgu yang bosan. Bosan tahap gaban bila cikgu takda idea nak buat sejarah satu subjek yang menyeronokkan. Bartambah-tambah bosan bila cikgu baca buku teks suruh budak-budak garis isi penting! Hahaha...!Siap pesan lagi, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan buku conteng-contengkan!

Bagi gua abah adalah cikgu sejarah gua versi underground.
Abah gua bukan ada sijil atau diploma perguruan dalam bidang sejarah dari mana-mana institut perguruan. Abah kaya dengan
pengalaman. Jumpa dan kenal ramai orang! Selebihnya gua ikhtiar cari buku2 dari pelbagai sumber. Jangan asyik baca tulisah Ramlah Adam ja!

Berbalik pada sejarah, eh apa sejarah di sebalik Jalur Gemilang? dan apa yang boleh kta banggakan dengan Sang Saka Merah?

Sang Saka Merah?
Gua sekolah haram cikgu-cikgu sejarah gua sentuh pasal bendera ni! Patutlah Singapore dan Indon punya bendera macam ni. Bendera rasmi PAS dan UMNO pun lebih kurang sama.

Ada apa agenda sorok semua fakta ni?

Lagi satu gua suarakan, bila merdeka je tentu kita hanya teringat beberapa kerat tokoh. Lebih-lebih lagi dari suku-sakatUMNO.

Gua selalu tanya dan minta namakan mana-mana tokoh UMNO yang mati untuk perjuangkan kemerdekaan. Ada tak? Pembacaan gua masih lemah dan kurang.

Lalu gua terjumpa beberapa buku ceritakan pasal sorang otai ni, Dr Burhanuddin al-Helmi. Menarik gua baca, siap gua pernah hadir satu seminar pemikiran tentangnya!

Memang otai Dr Burhanuddin!
Salut dan Alfatihah buat arwah!

Rabu, Ogos 18, 2010

World Freestyle Championship

Setakat Abbas Farid, celah jari je gua boleh tewaskan dia.

Datang Malaysia langsung tak pernah halo-halo gua, takut gua ajak sparringlah tu! Setakat skill silang2 tu, ehmmm....itu basic bagi gua!

Tengok hasil gua, ini masa gua umur 3 tahun! -------->

Itu belum lagi gua peragakan segala medal dan piala yang gua dapat dari setiap genap sukan.

Kalau sekarang agak-agak berapa dah berapa dah?

Nampak je macam kasut main boling, tapi gua freestyler beb!

Eh mana kasut nie, sekarang?

Sat, gua pegi punggah stor belakang!

Selasa, Ogos 17, 2010

Tololisme

Ayatnya lebih kurang macam ni,

",amar makruf nahi mungkar tu kn kewajipan bg setiap ind muslim,kalo kita xjoin,cmna kita nk tau,apa yg kita bleh tegur@ubah..kita wat skadar yg trdaya@trmampu...yg pntg 'man raa minkum munkaran fal yughaiyyir biyadih..faillam tastatiq fabilisanih...faillam tastatiq fabiqalbih...wazalika adhaful iman..."

setakat ni gua belum nampak Ulamak Muda UMNO buat perubahan.

Gua doakan selepas ini mungkin ada, mungkin drastik, mungkin lembap macam siput dan mungkin takde apa-apa!

Quote di atas gua petik dari fesbuk oleh kenalan gua. Dia bersetuju untuk hadir berbuka puasa bersama MediaUMNO.

Gua komen ringkas, "Hahahaha"

gelak gua berisi. Orang yang ada Ijazah, ada pengetahuan sedikit tentang agama boleh join. Orang muda pula tu, mana ada lagi orang muda bijak pandai sokong UMNO.

*********************

AZ : Pas ni blablabla....kuda tunggangan.....blablabla......tak pernah mentadbir.....blablabla, DAP pula Cina......blablabla.....Komunis.......blablabla....13Mei....blablabla PKR plak....blablabla....parti baru.....Anwar liwat.....blablabla....keluar UMNO....blablabla!

Gua : kira UMNO baguslah?....yang judi, rogol, rasuah, blablabla...FDI menurun......blablabla, rampas Perak....blablabla....salah guna kuasa.....blalbblabla...kaki pompuan....blablabla.....minum arak.....blablabla......curi duit PPRT.....blablabla....

AZ : eh aku neutral!

Gua : bangsat!



Isnin, Ogos 16, 2010

Gempar

Seronok gua lihat player tunas muda gua celebrate ala player South Africa selepas Shabalala score gol pertama masa Welkap tempoh hari. Pantang gol celebrate. Dah siap ada spare lagi celebrate versi lain. Kalau budak umur 10tahun main bola dah pandai celebrate lepas score, itu dah gempaklah. Tengoklah siapa coach dia?

"Assalamualaikum cikgu,"sapa tukang sapu sampah.

Gua konfiden tukang sapu sampah tu berbangsa Indon, suku mana? gua belum pasti!

"Wa'alaikumussalam". Gua jawab dengan penuh tawaddu'

"Wah...cikgu latih bolasepak ya?" Mamat tu mula-mula nak mesra ngan gua.

Gua jawab,"Adala....bosan, balik rumah pun tak buat pape, lagipun saya suka main bola"

"Isteri cikgu?"Pantas gua jawab,"Saya masih bujang"

Kerana tak berapa fokus dengannya, gua masih lagi merencana beberapa strategi nak bagi gua punya penyerang dapat keserasian. Yang gua nampak Zamer dan Wafiq gabungan terbaik setakat ni. Controlling, Composure, Command suma ada kat depa berdua.

Dialog gua dan mamat tadi tergendala dek mamat tadi lihat aksi gua mengalahkan Rajagobal.

Lama gak ada dalam 5minit.

Terus mamat tu tanya gua,"Di sini takde gegaran (gempa bumi)?"

Gua jawab,"Takde, kenapa?"

"Di kampung saya gegar, ramai yang meninggal", Gua soal balas,"Keluarga kau ada meninggal?"

Dia jawab,"?Ada, ayah, adik beradik"

"Kampung kau mana? Acheh?"

"Tak, Sulawesi"

"Kau jawa?"

"Minang"

Berdasarkan soalan mamat tu sebelum ni,

"Di Malaysia takda gempa bumi, gunung berapi, atau bencana yang dahsyat-dahsyat!"

Gua tambah lagi,"Bencana di Malaysia lain, anak luar nikah banyak, kes jenayah meningkat, rompak hari-hari ada, bunuh orang dah jadi macam hobi pula, orang berzina dah tak malu dah, suami isteri bercerai berai, artis disanjung, ulama' dipancung, anak saman ayah, pemimpin bobrok, rasuah sana sini, fitnah merata-rata!"

Mamat tu semacam setuju je apa yang gua cakap.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Ni yang tak sedap nak dengar!

cerita yang paling tak sedap telinga gua nak dengar, cerita buang bayi.

Gua teringat video Ibu Mertuaku, part Kassim Selamat marah kat Mak Dara " Mengapakah engkau diciptakan ALlah menjadi manusia? Kan lebih baik kau jadi haiwan!"

Haiwan pun tak sekejam lu orang!

Apa kejadah ni semua, patut bulan barakah ni dengar benda-benda baik! Tak layan nanti, ada yang gelar gua tak prihatin.

Tapi gua nak kongsi ada teori yang belum ada lagi mana-mana cendiakawan dalam negara yang mengesahkan teori murahan gua ni.

Ini hipotesis gua:-

Kes buang anak ni yang kita semua sedia maklum dan setuju adalah anak luar nikah ini adalah hasil perbuatan terkutuk pasangan yang melakukan zina ketika malam tahun baru. Sekarang ni bulan Ogos, sambut tahun baru awal Januari, kira dalam waktu terbaik untuk melahirkan anak.
betul tak? Make sense?

Khamis, Ogos 12, 2010

Inni Asoma!

Masa bulan barakah ni gua selalu teringatkan peristiwa malang berlaku pada sedara-sedara gua di Selatan Thai. Lu orang ingat lagi cerita di Takbai?

Kalau teringat gua pasti sayu.

Orang-orang kampung buat bantahan penahanan orang alim kawasan tu. Gua refleks pada kita kawasan kita, sanggup ke kita nak pertahan orang alim. Ada yang bangsat akan kata, tengok, alim-alim pon kena tangkap!

*****

gua naik pelik tetiba orang tau pula jalan ke surau/masjid. Zaman Rasullulah, baginda risau kalau solat sunat terawih orang pikir jadi wajib. Itu pada mulanya Rasullullah buat jemaah dan risau umat pikir wajib Rasullulah kerja seorang diri

tapi kalau niat awal2 dari rumah nak makan moreh, abaikan sahaja wei

*****

tahun lepas gua nekad tolong jentera PAS di Permatang pasiq. Alhamdulillah, kerja dalam pose memang tak meletihkan. Nikmat!

masa tu gua mula faham kerja untuk Islam!

*****

berniaga bagus,

tapi jangan menipu dalam meniaga!

Jumaat, Ogos 06, 2010

Mereka sahaja yang merasa.

Sufi pandai baca Quran. Kalau nak semak budak pompuan gua tugaskan Sufi. Sufi kalau gua suruh papa pun dia akan patuh. Budak yang aktif, kalau gua tanya pape trivia dia je yang nak jawab. Langsung tak kasi can kat kawan-kawan lain. Kalau gua bagi can kat bdebudak lain mulalah buat muka merajuk. Abih kelas, dialah yang laju-laju nak angkat gua punya buku dan alat tulis. Sufi ni ada kelas tersendiri budaknya.

"Ustaz mama ngan ayah saya dah bercerai!"

Gua tergamam jap. Sebab gua tengok dia happy je budaknya.

"dah lama ker? Sekarang kamu duk ngan sapa?"gua soal balas

"duk ngan nenek, ayah dah lama tak datang tengok"

Gua dapat tenangkan sahaja dia "Kamu kalau ada apa-apa bagitau saya ye!"

Doakan Sufi dan 2 adiknya sejahtera selalu.

Kala Sore

kaki berat nak tinggalkan,
rasa sayu, rasa sepi,
hiba,

erm...peh tak pandai siot nak buat puisi!

Khamis, Ogos 05, 2010

KhairurRaziqin

Beberapa hari sebelum ini, keluar senarai cikgu dan cikgi yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APc). Gua sudah tentu tak masuk dalam senarai sebab gua belum cukup cemerlang kot. Gua tak berapa kisah sangat.

APC ni kira ala-ala Anugerah RIM untuk artis-artis yang beralbum, tapi untuk guru-guru yang berkhidmat secara cemerlang. Ini semua atas penilaian guru besar dan suku-sakatnya.

Yang dapat gua dah ucap tahniah.
Yang belum dapat, adalah rezeki lu orang nanti.

Yang berlapang dada terima keputusan itu ramai.

Yang mengata belakang-belakang pun ramai gak!

Bagi gua kita harus cemburu jika orang itu lebih cemerlang dari kita. Kita sendiri perlu ikut cara cemerlang yang dia tunjukkan.

Kepada yang cemburu sebab dia dapat RM1000, hentikan sifat iri hati yang tak kena tempat tu.

Rezeki ALlah bukan datang dengan duit je.

ALlah kurnia keluarga bahagia, Anak tak sakit, tak banyak hutang,kita senang ngan semua orang,

Itu semua rezeki ALlah!

Setakat RM1000 nak ngumpat lu orang dapat dosa je. Langsung tak tempias RM1000 kat lu orang. Dah la rentinkan kerja-kerja tu. Elok lu orang main fesbuk, chat ngan kawan sekolah rendah lu orang.

Mak pernah pesan pada gua. Ayat dia lebih kurang macam ni "Kita ni bukan orang berkepentingan, tak perlu pengiktirafan orang lain!"


P/S : jangan tanya gua APC tu siapa yang bagi. Nanti gua jawab APCO yang kasi


Isnin, Ogos 02, 2010

KAY 4

Biasa gua dapat panggilan dari dia pelawa gua main futsal. Kali ni lain macam nada dia.

x : Bang, nak dengar peluang perniagaan?

Gua : taknak.

x : nak bagi duit ni, tannak ke?

Gua : taknak.

x : tannak kaya?

Gua : biar gua miskin macam ni.

x : Macammanlah Malaysia nak maju.

Gua : Nak maju tak semestinya dengan duit!

x : Oklah, kalau nak bisnes bagitaulah k?

Ni semua kes nak kaya, gua sanggup lagi miskin hina dina daripada tipu orang.

Rezeki ALlah tak semestinya dengan duit.

Gua teringat status Abu Saif di fesbuk," Ramai orang nak jadi Abdul Rahman Auf, tapi akhirnya jadi Qarun!"

Ahad, Ogos 01, 2010

Yangkul dan yangtakkul!

Yang Cool

1) Dalam paper ada tunjuk cerita Selangor menang Liga Super 2010. Eh, kan The Red Warrior menang. Menanglah walaupun 21-0. Selangor tetap menang dengan cool!

2) Gua terserempak dengan Sazali anak P.Ramlee. Dia membeli-belah di Pasar Semenyih dengan memakai baju batik! Memang cool!

Yang Tak Cool

1) Gua tengok Annuar Musa tersengih besar dapat menang Timbalan Presiden FAM! Hmmmm...kali ni FAM hilang duit nak salahkan sapa? lu orang tnya gua sapa Presiden? Siapa lagi?

2) RELA langsung tak kawal lalulintas Pekan Semenyih. Huru hara jalan Pekan Semenyih. Oit penat jaga ceramah Ameno ke? Tak cool langsung!

Sabtu, Julai 31, 2010

Cerita Izzat lagi.

Arini ada program ajar budak solat. Gua diamanahkan jaga kelas Izzat. Izzat bukan main suka bila gua jaga kelas dia. Gua ni sikit bawah dari Onizuka! Onizuka lucah, gua cool sikit dari dia.

Izzat tak dinafikan budak bijak dalam kelas dia. Untuk makluman kelas Izzat kelas paling koman. Tapi yang istimewa kelas ni dengar cakap berbanding kelas depan yang punyai segala kategori eksyen.

Berbalik cerita Izzat, masa rehat gua lepak layan makan nasi ayam dengan dia. Gua sapa dia "Izzat, kalau tak cukup pegi amik lagi!". Mulut dia penuh dengan nasi, angguk sahaja tanda mahu belasah nasi ayam tu.

Datang Azrul, budak sengal dalam kelas Izzat, "Wah, banyak ko makan Izzat?". Azrul ni budak anak yatim, ayah dia meninggal tahun lepas. Gua terlupa ayah atau mak dia yang meninggal," Azrul ayah kamu ke mak kamu yang dah meninggal?"Azizul menyibuk, bapanya yang mendapat status penduduk tetap."Bapa Azrul meninggal, bapa Izzat bercerai"

Gua baru tau Izzat dah tak duk ngan ayah dia. Banyak isu keluarga yang Izzat cerita kat gua. Gua hiba gak. Nampak je gua ni ganas.

Izzat memang genius, dia pernah tanya gua pasal Salahuddin Al-Ayubi. Goyang juga gua nak jawab. Bab-bab agama Izzat masih terkehadapan berbanding budak kelas dia yang lain.

Pada sessi akhir borak-borak kosong gua dan Izzat, gua sempat pesan padanya. "Kalau Izzat sayang pada emak Izzat kena belajar pandai-pandai!"

Izzat buat-buat macam paham je.

Selamatkan Selangor!

Lama dah gua tak layan cerita politik. Selalu layan kat FB je. Betul sesetengah orang kata FB 'Forget Blog'. Gua masih percaya blog masih boleh jadi senjata melayan malaon-malaon.

Dah lama gak tak dengar ceramah politik secara live. Dah tentu gua layan cermah PR.

Abah bgtau gua kat depan simpang taman ada kain rentang UMNO ajak orang datang ceramah dia.

Gua pun pegilah ceramah UMNO. Gua nak layan lawak-lawak yang dihamburkan sepanjang ceramah.

Sampai je gua dah dengar suara Zahid Md Arip. Untuk makluman dia ni dulu KeADILan, keluar bersama2 Ruslan Kassim masuk Ameno! Macam haram! Teringat Zahid Md Arip kutuk atuk sedara dia Arwah Tun Ghaffar Baba. Dia pernah kata arwah kalau bernafas bunyi UM....NO...UM...NO! Zahid banyak hentam DSAI, cakap lucah...ini semua modal Zahid!

Zahid siap kutuk Tok Guru Nik Aziz. Paling gua rasa nak baling selipar, bila dia kata Nik Aziz nak mampus! "Ini bukan ulamak, sikit-sikit ulama' pewaris Nabi! Lu punya darjat? ada tahap anjing kurap tak?


Watak mamat bersongkok tinggi perlu ada.!

Perbezaan ceramah PR dan UMNO adalah penyokong PR datang dengan sukarela tanpa dijemput. Seperti biasa malaon-malaon di bawa menaiki bas pekerja ke tempat ceramah, gua perasan ada 2 biji bas.


kalau otak dah kesampahan pasti ada sifat sampah walaupun tidak bermain sumpah yang lalu disampahkan!


Gua penuh yakin, Ameno dah bersedia jadi pembangkang di peringkat persekutuan. Dah pandai demo, dah pandai ceramah tanpa permit, tapi gagal nak tarik orang datang ceramah secara sukarela!

Tak cool langsung!

Jumaat, Julai 30, 2010

Misai

Gua pernah ditanya oleh anak murid gua. Minta apa sebab gua tak kawin lagi.

Gua tak pernah layan soalan-soalan orang dewasa ditanya budak-budak belum mumayyiz. Gua dah selalu alami situasi genting serupa ini sebelum ni. Banyak pula soalan iringan.

Ada juga antara pertanyaan yang merentasi pemikiran seorang dewasa.

"Ustaz, betul ke ustaz tak kawin lagi?" tanya Aisyah.

Gua jawab ringkas,"Ye, nape?"

Aisyah tak puas hati dengan jawapan ringkas gua,"Tapi kenapa ustaz ada misai dan janggut?"

Nasib baik gua tak usung rotan keliling sekolah aritu!

Nasib ko baik Aisyah aritu!

Khamis, Julai 29, 2010

Sori Pakcik!

Langkah pertama naik bernikah ikut peratuan dan prosedur kerajaan kena ambil borang permohonan.

Gua masuk ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, terus gua ambil nombor. Lagi 3 nombor, giliran gua pula. Sebelum tu gua sempat pasang telinga dengar perbualan kategori pakcik2.

Pakcik A: Mana nak dapat karaoke yang best ek?

Pakcik B: Dulu kawan aku ada...(pastu gua dah tak dengar dah...connection failed)

Pakcik A: Karaoke sekarang tak macam dulu, kalau dulu siap ada DJ best lagi, sekarang punya DJ tak pandai pantun.

Apa baranglah pakcik ni?

Pakai songkok je tinggi, tapi bincang pasal kahwin anak bincang pasal mana nak dapat karaoke best! Tak cool langsung.

Bincanglah macamana nak dapat majlis yang grand lagi diberkati.

P/S : gua nak buat saringan HIV ni. Dengar macam seram je.

Rabu, Julai 28, 2010

Ash-hadu!

Gua pernah cabar Izzat satu hari. Gua sebut ada berapa Rukun Islam.

Izzat pantas jawab,"Senang je tu ustaz, 5 la!"

Gua cabar lagi, "Pertama?"

Izzat dengan muka penuh yakin jawab, "mengucap DUA KALI LIMA syahadah"

p/s : tang ni gua tak pernah ajar, siapa ajar dia masa tahun 3 ni?

Selasa, Julai 27, 2010

Mamat sengal sorang.

"Aku tak kisah gula naik. Bagus juga gula naik, sekarang ni ramai orang kena kencing manis"

Gua sampuk,"Orang kena manis sebab gaya hidup, bukan semata-mata minum benda manis" tambah gua lagi,"Orang tak minum manis pun boleh kena kencing manis! Boleh jadi keturunan"

Mamat tu sambung lagi, "aku tak kisah sangat!"

Gua naik berang,"Woi, ko keje kerajaan gaji tetap takde masalah kalau harga gula naik berapa sen. Ko bleh beli. Ingat sama kat orang kampung keje tak tetap, orang keje swasta, gaji kadang ada, kadang naik, kadang turun"

"Ingat orang lain sama woi! Kita duduk kat dunia ni bukan sorang-sorang"

Pandai plak mamat ni jawab,

"Orang-orang kampung aku kaya apa? Umah besar, keta besar?!"

Gua jem!

Isnin, Julai 26, 2010

Sudah 5 angka

gua tak sedar blog gua dah 10000 kali diliwati...eh lawati!

(tu pun nak bangga, blog TT sehari 10k tak kecoh pun)

suka hati gua!

separuh daripada lawatan gua yang lawat sendiri!

atas sokongan lu orang, bagi sikit cadangan nak majukan blog gua!

terima kasih kalian!

1 Cerita 2 Zaman

Cerita versi Abah gua
"Malaysia dulu lain. Setakat KOrea, Jepun selamba je belasah. Dulu Mokhtar (Dahari) gila...Tengoklah dia sepak kuat tak kuat! Goli nak tangkap pun takut. Tak cerita lagi Tokey (Soh Chin Aun), Santokh (Singh), Arumugam, Ah Meng (Hung Meng).

"Lepas zaman MOkhtar pun ok lagi, Abdah dan Yunus Alif, Zainal, dan senagkatannya."
"Sekarang, hmmm....Malas aku nak cakap!"
"Stadium kosong, banyak lagi kerusi dari orang. Kitorang dulu kalau dengar je Mokhtar main, ramai nak gi tengok Mokhtar main. Setakat Stadium Merdeka tu selamba je kitorang pecah masuk. Polis buat-buat tak nampak je kitorang panjat pagar. Boleh jadi gila nak tengok MOkhtar main. Kalau lambat sikit masuk stadium, dah tak keruan. Dalam stadium orang dah jerit-jerit nama MOkhtar, mana boleh tahan!"

"Setakat Korea, kena buli je ngan Mokhtar!"
Cerita versi gua pada anak gua

"Zaman abah tak macam zaman aki lu! Zaman abah selalu je Malaysia kena belasah. Dengan Laos pun kalah kat Sukan Sea. Pastu ramai plak player tak bleh main sebab rasuah! Ah pe jadah semua star main rasuah ni...Pastu Liga Malaysia dah jadi macam jadi liga kampung dan ada satu ketika dah macam budak-budak main petang. Orang yang layan liga Malaysia dah tak stendet ngan orang yang layan liga obersi. Abah antara orangnya"

"Abah masih lagi gi tengok bola kat stadium. Korban RM10 untuk tengok match bola yang 'tak stendet'. Tengok dan sapot team Malaysia sampai gi tengok Malaysia main kat Singapore."

"Tengok bebudak Malaysia ramai dah dapat pendedahan luar negara, training 3 bulan kat obersi, balik main kat Malaysia. Liga kita dah jadi menarik balik."
"Paling abah ingat, kita menang pingat emas tahun 2009. Thailand tersungkur, Indon kalah, kita ajar Vietnam pada final!"

"Haaa....yang paling best, kita sebelum tu pernah belasah Korea tahun 1982, lu tanya aki lu sendiri, agak-agak abah dia ada layan game tu!
"Tahun 2010, sebelum abah kawin sempat tengok Malaysia kalahkan Korea 1-0. Masa tu tak silap abah Safiq Rahim yang score, pergh....half volley tu!"


Come on Malaysia!!! tambahkan aksi-aksi kemenangan yang hebat untuk gua ceritakan pada anak gua kelak. Sebab abah gua asyik menangkan zaman dia aja. Mana gua puas hati.

Kemenangan ke atas KOrea adalah langkah awal untuk kita ke Piala Dunia!

Rabu, Julai 14, 2010

Gua dan Agen CIA


apa gelaran brader sebelah gua ni belum dapat?

Ahad, Julai 11, 2010

Sejahtera buat kalian!

Setiap hari Ahad kalau adik gua (Dila) tak balik bermalam, Abah dan Mak akan lawat Dila di asrama. Hari ini kami dari Penang sampai di Kajang terus lawat Dila. Asrama sunyi je, datanglah dua awek solehah sapa Mak, "Makcik, pengetua meninggal....semua kat surau!"

Gua dalam kereta, terus sedekah al-Fatihah pada arwah,"Ustaz Ibrahim meninggal?"...Untung arwah, anak-anak di asrama minggu ini tidak balik bermalam semuanya di surau baca Yaasin, tahlil. Mak bapak budak yang datang bawa lauk ter'hits' pada hari itu, kayefsi, dan berbagai juadah pun turut bersama sedekahkan yaasin dan tahlil.

Abah pergi siasat punca kematian abah. Dah macam CSI dah abah gua ni. Abah jumpa Ust Zul, warden asrama. Menurut Ust Zul, arwah cuba ambil buku lalu jatuh terduduk. Kalau orang tak caya itu Qadha' ALlah, mesti pertikai. "Takkan jatuh sikit je boleh mati!"...Ini nak jadi cerita!

Gua perasan ramai yang hadir, solat dan beri penghormatan terakhir. Jenazah akan dibawa balik ke Kelantan. Malam ini mula tahlil, esok sekolah 'cuti'. Semua warga sekolah digalakkan membaca al-Quran.

Untung arwah...Semoga arwah Ust Ibrahim bin Yunus digolongkan di kalangan Solihin!

*****************************

Semasa di maktab ada cikgu gua cerita.

Cerita cikgu tua pencen tak tau nak buat apa. Duk umah gi surau tadah kitab je keja dia ni. Agak -agak dia ni dah 2-3 tahun gak tadah kitab. Tapi dia kata sepatah haram tak paham.

Ada satu hari dia kata, "Selama 3 tahun lebih ni, baru hari ni aku paham apa yang aku belajar!"

Esok takdir cikgu pencen tu meninggal. Ramai jadi saksi, liang lahad dia wangi...


Untung bagi pencinta ilmu! Sejahtera bagi kalian!

Isnin, Julai 05, 2010

FAQ tentang Anwar Ibrahim.

Abah selalu cerita pasal member-member dia yang kesengalan. Sengal tahap otak diselaputi minyak hitam avanza yang telah diguna. Jadikan pedoman terakhir yang thiqah lagi 'adil. Yakni Utusan Meloya dan TV3 suku. Tumpoh yob!

Abah memang hobi dia melayan manusia jahil begini. Nak tengok tahap IQ derang. Abah gua ni penuh ngan fakta. Siap keluar lagi cerita sejarah.

"Kita tak boleh kasi Anwar Ibrahim jadi PM"...."Abih negara kena jual"..Kata Malaon sorang ini.

"Anwar tak jadi PM lagi negara dah kena jual!" Spontan Abah.

"Yang....Iskandar (Wilayah Iskandar) kat Johor tu apa cita? Pulau Batu Putih, Tanah KTM, Pengkalan Minyak?...Anwar ke jadi PM" nada abah dah tak maintain. Serupa bunyi ekjos kancil gua yang dah modified tu!

Padan muka malaon tu...Biasa lah! Macam haram je tuduh-tuduh!

Abah sambung lagi, "Pusat Penyelidikan Getah kat England pun nak buat pusat sukan lah kononnya, harga ratus juta lebih (Ni zaman menteri tomboy jadi menteri). Kerajaan England pun bantah nak buat projek ni, katanya tanah di situ ada nilai sejarah! Pergh......Orang lain lebih tahu nilai sejarah kita daripada kita, Malu wei!"

Abah tanya, "Anwar ke jadi PM?"

Malaon serupa biawak kelaparan maggi! Hampeh!

p/s : abah gua kelulusan LCE je. Tapi minda dia lebih merdeka dari orang ada Ijazah!

Khamis, Julai 01, 2010

Sanggup?


Haji Jamaluddin Ehsan, sukarelawan kapal Mavi Marmara perasan gua pakai jersi Turki.

"Wah, bagus ni Turki!"

Gua balas, "Sebab tu saya pakai!"

Haji beritahu, bulan sembilan ni adalagi trip ke Gaza hantar bantuan.

Kali ni agak grand prix skit! 64 buah negara. Setiap negara satu kapal.

Kalau wakil Malaysia nak pakai Scorpene boleh bagi pinjam jap, boleh?

Gua mula pikir bulan sembilan nak hantar budak main bola. Bersiap nak kahwin. Sanggupkah gua?

Ke gua ni belum layak nak syahid? Allahu Akbar!

Sejahtera buat Syahid Mavi Marmara!

Jumaat, Jun 18, 2010

Terima Kasih Pengalaman!


1. Piala Dunia FIFA 2010 datang lagi. Setiap peminat bola sepak seperti gua mesti tak akan terlepas debaran empat tahun lagi.

2. Dulu selalu lepak 'Mapley'. Tadah kepala dengan ribuan titis embun. Sekarang lepak rumah je. Tapi ada gak rasa nak kuar tengok ngan member-member.

3. Kalau tengok bola, bukan sekadar nak tahu siapa menang siapa kalah. Belajar taktikal dan teknikal itu lebih berharga.

4. Lagi satu, belajar undang-undang bola sepak. kebanyakan kita tahu main je, tapi undang-undang tak khatam lagi. Bukan kita-kita je, kengkadang pemain pro pun belum tentu khatam lagi.

5. Orang paling jadi tumpuan pengadil, tak terlambat gua ucap tahniah buat cikgu Subkhiddin Salleh sebab terpilih menjadi pengadil Piala Dunia. Tahniah.

6. Pengadil dalam padang ada seorang. Tapi luar padaang ada berjuta boleh jadi berbillion. "Bodohlah ref, kayu!". Gua pun kengkadang macam tu gak! Hahaha.

7. Masa gol Carlos Vela dibatalkan ramai member2 sms gua dan ada juga yang bertanya dalam fesbuk. Gua teringat gua pernah ditanya situasi begini ketika gua hadir Kursus Pengadil di UIA dulu. Yang tanya pula Nik Ahmad Yaakob (NAY). Pengadil 'otai' di Malaysia.

8.Pengalaman berguru dengan NAY memang pengalaman bermakna. Dan gua terus jadi pengadil separa sah. Mengadili game2 domestik UIA. Secara separa halal. (Tanpa lesen)

9. Pengalaman jadi referee haram pun agak manis sebab setakat gua jadi ref tak pernah tayar motor EX5 gua disabotaj.

10. Sampai sekarang gua masih belum jadi ref yang sah. Ada hari tu nak ikut KLFA tapi tak ngam ngan rutin gua.

Khamis, Jun 17, 2010

Ada Positif.


Baru setengah baca karyanya. Bagi aku ini nama baru. Tak taulah orang lain. Tapi dari gaya penulisan macam dah lama.

FDAUS AHMAD

Karyanya santai sangat. Nampak ringan tapi dia tak tinggal begitu sahaja ceritanya. Judul pun "Sembang Kencang". Cerita memang ringan, tapi jangan baca saja anpa ambil pengajarannya. Sarat dengan moral. Aku tak tipu, walaupun pembawaanya macam selamba, bersahaja.

Korang nak tahu, korang try baca blog dia.

Ahad, Jun 13, 2010

Maaf, Ketuanan Rakyat Tidak Relevan!

Dua hari ni aku ada di Annexe, CM ada pameran buku alternatif. Dulu zaman sekolah selalu gak ke sini sebab gi Rumah Kelab Penyokong Man Utd. Gi tengok replay game. Saat-saat tiada Astro dulu. Beli majalah...blablabla.

Di situ juga ada program yang diatur. Antara yang aku hadir pelancaran komik Zunar dan forum buku Pak Khalid Jaafar.


Mentang-mentang dah bergambar ngan Khairy Jamaluddin (KJ) terus tajuk entri dah tukar 360 darjah. KJ ni kira 'cool' gak. Sampai-sampai je Kulupsakah (KS) suruh beli komik Isu Dalam Kartun. Siap cakap, "aku ada hentam ko, tapi kat mana ek?"..."Jap aku ingat balik" Ke ulu ke hilir ingat balik komik yang mana satu dia hentam KJ.

KS : eh KJ, keluar UMNO masuk Bebas lah! Kitorang mesti sapotnya! Apa cite judi?

KJ : kan aku dah release...

KS : kitorang dah baca MalaysiaKini dah! Kuar UMNO masuk Bebaslah!

Masa ni aku amik gambar KJ vb KS...termasuk dia ada baca beberapa helai mukasurat komik tu! bila tunjuk gambar seseorang...KJ buat muka! hohohoho....(macam tak ngam je)

KJ : jangan amik gambar aku buat cita macam-macam nanti, dah lah tak jadi Menteri!

Aku, KS dan isteri Ks gelak terbahak-bahak.

Macam berharap nak jadi je!

KJ ni kira kool gak ek?

"Khairy untuk Bebas"

Dia jawab,

"Ibrahim Ali dah conquer dah!"

Selasa, Jun 08, 2010

Demonstrasi Bukan Amalan Kita.

selalu dulu kata,

Demo ni ikut negara Barat. Terpekik terlolong.

Budaya jalanan.

Ganggu peniaga nak berniaga. Tutup pintu rezeki. Anak bini mereka tak dapat makan.



Mak ai, ni kenapa tutup lori bang? Kena 'rush ke?



sampai tonggeng tu!

Ahad, Mei 09, 2010

Sombong dengan Ilmu.

Ada golongan yang kurang senang bila kita mula prihatin dengan ilmu yang mereka fikirkan ilmu itu hanya untuk mereka. Apa guna kau ada ilmu itu hanya mahu lesen hadirkan sanak saudara kau ke majlis konvokesyen? Lesen judi kau tak pohon? Kahkahkah

Ilmu itukan luas. Kau jangan sombong bila orang bagi pandangan dalam bidang kau kau cemuh,"inilah jadinya bila orang yang tak belajar law? Sekarang kau dah tau kan graduan mana yang aku maksudkan.

Sekarang inikan banyak isu-isu yang bersentuhan dengan perlembagaan persekutuan, prosedur jenayah dan undang-undang negara. Aku secara tak sengaja ada juga membaca sumber-sumber berkenaan. Hadiri forum. Taakul artikel-artikel. Tanya orang sikit-sikit. Berkawan dengan orang yang tahu. Itu semua secara tak formal. Sebab aku tak layak macam korang yang dapat benda itu semua dalam bentuk formal! Alah...itu pun korang belajar main-main!

Jadi jangan sombong. Kalau aku yang kurang ini korang betulkan! Bukan cemuh belakang-belakang. Cakap aku tak belajar "law" lah! politik isu lah! tercemar dengan pengaruh politikuslah! Ko buat ape?

Khamis, Mei 06, 2010

Penerajang untuk Idea Karut!

...untuk bendung buang bayi, sediakan tempat pelindungan...

...untuk tangani masalah pelanggaran undang-undang jalanraya, naikkan saman...

...gula harga naik, rakyat jangan makan gula...

...untuk kawal perjudian, beri lesen...

Roberto Carlos pun rasa nak buat free kick ni!

Ahad, Mei 02, 2010

VCD Haram Didahulukan, VCD Agama/Politik Dibangsatkan.

Kak XXX : Wah, murahlah ari ni!? Diskaun ke?

Ah Fai : Diskaun lah, mahu cuti sebulan.

Kak XXX : Nape cuti?

Ah Fai : Ada operasi lah...

Kak XXX : Lu tau ek?

Ah Fai : memang tau punya maaaa....

Selasa, April 27, 2010

A.P.C.O

dah lama dah tak menulis entri. Fesbuk memang lemahkan aku untuk menulis. Untuk buat aku konon-konon aktif berblog aku nak masukkan entri ini. Aku tak tau judul entri ini ada kena mengena ke tidak. Mungkin terma tu (APCO) sekarang masih panas. Aku pun guna lah!

Cuba buat sendiri and lihat...


1. Buka Microsoft Word korang.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY

Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar World Trade Centre.

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.

Apa yang korang nampak? Allahuakbar ..menakjubkan..kebesaran Allah S.W.T

sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang

menjangkakannye ...

Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) ..

kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ...

dah cube dan mmg btol............. SUBHANALLAH....

Cubalah...dan sebarkan....

p/s : mesti ada yang kata, dah lama dah aku jumpa benda ni!

Isnin, Mac 29, 2010

Bermula Dengan Ini.

Aku jarang pergi kerja naik motorsikal, kalau naik pun setakat hampir dengan kawasan rumahje. Tengok keadaan juga lah. Tapi buat tergerak hati tu nak tulis entri ni, bila ternampak moto abah.

Abah sengaja tak mahu jual moto lamanya. Dari segi teknikal dah lama tak perbaharui cukai jalan. Ada nilai sentimentalnya.

Inilah kenderaan bermotor yang pertama dimiliki abah. Makna kata inilah yang memudahkan abah dan mak ke tempat kerja. cukup mengesankan kami. Kalau nak pergi jalan-jalan Bas Len Senglah bergantung harap.

Aku masuk asrama (SMAKL) abah hantar dan angkut dengan moto ni. Hari pendaftaran abah hantar aku pada pagi dan kemudian kembali ke tempat kerja. Petangnya abah datang balik dengan mak hantar cadar, selimut dan barangan keperluan asrama. Pergh syahdu siot! Kepong - Wangsa Maju.

Abah ketika itu selalu beringat kita orang susah. Buat cara macam orang susah.

Teringat ada suatu petang hujung minggu abah lambat datang melawat aku. ( Sebenarnya aku resah belanja mingguan tengah 'shot' tu). Datang naik teksi, kerana motonya 'sangkut' kat Masjid Negara. Abah datang dengan mata bengkak-bengkak merah. "Kenapa mata merah abah?" aku tanya. "kena sembur air kimia" jawab Abah. Masa tu tengah hangat zaman reformasi.

Dah abis sekolah, moto inilah medium utama aku untuk merewang ke sana-sini. Lepak lewat malam di BRJ Seksyen2, Taman Bunga Raya Setapak Seri Rampai.

Zaman tu susah juga abah nak miliki walaupun sebuah motorsikal.

Pergh, syahdu...syahdu!

La ni, adik ku yang tak kerja lagi dah ada moto!

Zaman aku dengan zaman depa lain.

Selasa, Mac 16, 2010

Susah mahu memimpin!

Tamat sahaja PRU ke 12 masing-masing bersemangat mahu kerja untuk parti dan PBT (Selangor). Maka ada yang bercadanga mahu tubuh Persatuan penduduk (PP). PP mendapat peruntukan dari PBT. Wujud pertanyaan apa beza PP dan Rukun tetangga (KRT)? Senang jawab, KRT dapat peruntukan dari persekutuan kira dari UMNO lah! PP dari PBT, kebanyakan yang terlibat orang-orang PR.

Sebaik tertubuhnya PP, banyak aktiviti yang diadakan. Dialog, gotong royong, tampal jalan sana-sini. Sangat drastik perkembangannya. Sehingga berlangsungnya mesyuarat agung. Selepas sahaja mesyuarat agung...sepi sunyi!

La ni KRT pula bergerak pantas. Ambil hati minat remaja dan belia. Tubuh pasukan kompang ada meja pingpong.

Tak mustahillah kalau KRT ada cakap, "Tengok, aku dah kata dah...hangat-hangat tahi ayam ja!"

Rabu, Februari 03, 2010

Ulang tayang 98'. Now Showing - Fitnah#2


Di mana aku masa tu? Hahaha selepas habis kertas terakhir PMR, dapat berita gelita untuk rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim yang aku tau namanya dari orang kampung gua. Nama pemimpin Melayu yang selalu disebut-sebut Melayu Pulau Pinang. Walaupun ada pemimpin Melayu yang lain, tapi namanya sangat signifikan di kalangan orang kampung aku.

Ahhhh...dia orang UMNO, peduli apa aku! Tapi kenapa orang UMNO khianat pada orang UMNO. Ini yang buat aku kembali peduli.

Dalam usia menengah rendah aku sudah sedikit sebanyak dijebakan dengan sedikit sebanyak tentang suasana politik semasa. Nama-nama seperti, Mat Sabu, AlMarhum Ust Bunyamin Yakob, Almarhum Ustaz Termizi Samsuri, Ust Hasan Shukri, Almarhum Ust Fadzil selalu jadi pemidato 'favourite'. Abah lah yang pengaruh aku semua ini. Terima kasih abah. Lokasi pilihan sudah tentu di Markaz Tarbiyah Taman Melewar.

Eh, Along, malam ni ada ceramah Gerak, nak ikut tak? Tanya abah. Aku anggukkan aja.

Pada masa itu, NGO2 dan parti pembangkang buat koalisi politik mengecam pemecatan Anwar Ibrahim. Disusuli dengan sumpah bedebah si Azizan. Wah...ini cerita action ni! Menarik! Sehingga tahap begini beliau dihina.

Belarutan lah kesnya turun naik mahkamah. Aku perhati dan prihatin ceritanya dari jauh.

Pada 2 September 2004, aku mahu tunjuk rasa kasih pada pemimpin yang bagi aku secara langsung buat aku belajar tentang hidup. Pergi ke Palace of Justice (ketika itu) untuk tunjuk rasa simpati aku pada dia. Kalau ditanya, dia tahu ke aku simpati pada beliau? Apa aku dapat kalau tunjuk simpati pada dia. Aku hanya boleh jawab aku bukannya duduk seorang diri dalam dunia ini!

Penjarakan Rajawali memaknakan hasad dan zalim!

Jumaat, Januari 08, 2010

1 Semalam, 1 Hari ini dan 1 Esok.

1. TG Dr Haron Din ulas penggunaan kalimah ALlah oleh The Herald. Gua akan cuba muat naik rakaman ulasan.

2. Gua kutuk serangan ke atas gereja! Syabas buat yang berdemo...bukti demokrasi 'masih' segar.

3. Gua harap Selangor pulang dari Paroi dengan gembira! Gua dan rakyat Selangor lagi gumbira!

Isnin, Januari 04, 2010

Ucap yang baik-baik untuk aku.


You entered:
25 / 10 / 1983
The conversion result is: Tuesday 18 MuHarram 1404 A.H.

Hari ni milad gua dalam tahun Hijrah.
Minta doa yang baik-baik dari lu orang!
Hanya ALlah sahaja berkati doa kalian!

Syukran, Arigato, Gracias!

Sabtu, Januari 02, 2010

Gua berpesta lihat kebesaran ALlah.

Tanpa alkohol sukara,
Tanpa kondom merata-rata,
Tanpa mabuk mangkuk hayun merata-rata,
Tanpa jerit jerit ikut detik jam Jln Raja.

Lihat kebesaran Maha Besar,
Maha Suci ALlah.
Moga kita lebih berhamba...




Khutbah lepas solat gerhana.



Jemaah yang hadir



Abah bersalam dengan Imam Besar Tan Sri Ismail Muhammad


ALlahhu Akbar! Subhanallah!


Tan Sri turut ambil peluang

Orang yang hadir dapat dilihat melalui skrin besar ini.

Aku dah isytihar teleskop ini sebagai gajet yang paling 'cool' membuka tirai 2010 ini. Kat Jalan Pasar ada jual tak? Gua macam teruja je guna gajet ni.

Tengok kat skrin ni pon boleh


Ceramah oleh Ahli Falak Syarie. Menarik juga.

Yang menarik malam tu nampak 2 planet lain. Marikh dan Zuhal. Sebagai bekas ahli rumah Zuhal (ketika di SMAKL) gua teruja tengok sifat fizikal planet ni. Subhanallah.