Sabtu, Jun 27, 2009

Ceramah Sempena Kempen Jom Sertai PAS, Bandar Tun Razak.

Selasa lepas, 23/06/09 dimaklumkan dalam Harakah ada ceramah di Bandar Tun Razak (BTR), penceramah yang hadir, YAB M.Nizar, YB Dato' Ngeh Koo Ham dan YB Gobalakrishnan.

Sekarang ni kalau aku dengar YAB M.Nizar ceramah, mesti nak pi dengar gak, walaupun dah selalu dengan kat medium-medium di internet. Semacam ada aura tersendiri. Tak keterlaluan kalu aku kata selain DSAI sebagai calon utama untuk PM Malaysia, YAB M.Nizar adalah calon menunggu.

Maka, setelah sebelum ni aku pernah tunjuk bahasa-bahasa badan DSAI ketika ceramah, kali ni YAB M.Nizar plak!

Takbir!







Sabtu, Jun 20, 2009

Isyarat tepat buat Si Pemerintah!


Ribuan Hadir di Stadium MPKj, Seksyen 15, B.B.Bangi. Bagaikan hadir ke konsert biduanita tersohor negara. Mana taknya yang datang hadir pada malam ni, 2 tokoh rakyat ternama, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Hj Muhammad Sabu (Abg Mat).

Termasuk ucapan dari pemimpin lain seperti Shamsul Iskandar Md Akin (Abg Sam), YB Dr Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi) dan YB Lee Kim Sin a.k.a Cikgu Lee (ADUN Kajang).

Secara peribadi aku jarang melihat 2 tokoh utama ini berkongsi pentas secara serentak pada malam yang sama. Mungkin ada kisah silam yang masih terpendam dalam hati masing-masing.

Aku takkan lepaskan peluang ini.

Sampai-sampai, giliran Abg Sam berucap yang sempat aku dengar tentang kes liwat DSAI yang masih belum tahu hujungnya. Abg Sam sarankan mana-mana rakyat Malaysia yang perihatin berikan tanda sokong buat DSAI pada 1 Julai nanti.



kat mahkamah mana ek? Jln Duta atau Putrajaya?

dah tiba giliran Abg Mat...Aku jerit dari bawah pentas...."Abg Mat, pantun...pantun..."...maka berpantunlah Abg Mat...hahaha...Abg Mat memang popular dengan pantun dan susun atur mode ayat dalam pidatonya. Banyak isu Abg Mat sentuh termasuk isu Unity Government (UG). Abg Mat menentang sekeras2nya usaha untuk berkerjasama dengan UMNO!(noktah)


Lepas 40 minit Abg Mat berpidato...DSAI plak ceramah...

Aku malas nak ulas apa yang DSAI cakap. Hangpa bleh tengok dan cari kat tempat lain seperti Harakah dan Malaysiakini. Cuma yang menarik perhatian aku, kemahiran DSAI dalam pidato.
Bahasa-bahasa tubuh dan peranan memek muka amat penting dalam berpidato.






Hadirin yang datang aku rasa ada dlm 10000 kot. aku rasalah...


Bab pengerusi majlis (MC) ni...kesian plak tengok penganjur konsert nasyid, bila MC kata, "konsert ni tak payah umum lah"


Last-last Brader Kulupsakah gak yang umum...

Maka, ter'1'kah rakyat Malaysia dengan Najib?

Ahad, Jun 07, 2009

Tahniah!


Tahniah buat Izhan-Wardah!
Doa moga ALlah kurnia berkat dalam hubungan kalian!

p/s : Aku terlupa mahu 'tapaw' gulai lemak umbut kelapa...Terbaik!!!

Soneta Bubar DUN Perak!


Bubar DUN, Bubar DUN, Bubarlah DUN!!!
Kuasa rakyat gelojoh ragut,
Rakyat pertahan suara ramai,
Digelar derhaka khilaf titah.

Bubar DUN, Bubar DUN, Bubarlah DUN!!!
Pemimpin rompak gelar Mandela,
Kuasa puaka gelar Gandhi,
Sedangkan ramai panggil Mugabe.

Bubar DUN, Bubar DUN, Bubarlah DUN!!!
Bendahara Tun Perak kembali,
Pulangnya Jebat mohon derhaka,
Belakangnya rakyat sokong padu.

Apa yang takut undi kembali?
Pakai gelap luahrasa hati.