Khamis, Jun 30, 2011

3 juta gerombolan akan turun?

Apa akan jadi jika semua ahli gerombolan akan turun bagi menghalang demonstran BERSIH 2.0?

Siapa akan untung? Melayu lawan Melayu (ini ayat klise untuk orang yang kononnya pejuang Melayu) kahkahkah!

1) Katering - siapa dapat tender ni mesti kaya kena sediakan nasi bungkus ahli UMNO yang turun demo.

2) Pengusaha topi - ahli gerombolan ramai yang tak tahan panas, kena pakai topi.

3) Pengusaha tshirt - tshirt percuma akan diberikan kepada sesiapa yang pergi sahaja. Salin dalam bas.

4) Pengusaha bas - cuba bahagi tengok 3,000,000 bahagi dengan 40 berapa? kira-kira 70,000 bas diperlukan.

5) Pengusaha jajan - ahli gerombolan bukan boleh duk diam dalam bas, sambil bergosip, tengok cerita nidustan dalam bas, kena makan jajan.

6) Ketua Cawangan/JKKP - sepatutnya sesiapa yang hadir dapat RM50, dia kebas dulu RM30.

siapa lagi untung?

Ahad, Jun 26, 2011

Ini salah!

Blog gua bakal ditangkap kerana mencetuskan keadaan huru hara!

Blog gua juga merancang menjatuhkan kerajaan secara radikal!

kerana,

Blog gua sudah diKUNINGkan!

Sabtu, Jun 25, 2011

MeDepa(dia)

Abah selalu pesan kalau benda tak betul, buatlah macam mana hasil dia tak jadi.

Media arus perdana tidak henti-henti 'cover' cerita Bersih. Sekejap berita ada pertubuhan buat repot, orang awam kecam Bersih, pemimpin gerombolan hasut rakyat jangan hadir, buat talk show yang panelis dia merapu-rapu.

Ada sesetengah akan berpendapat, wah Bersih betul-betul huru-hara! Depa memang nak buat kacau! tak kurang juga yang berpendapat demostran tak sukakan keamanan.

Bagi gua setakat ini media sangat berjaya!

Tapi jangan lupa media juga berjaya buat ramai anak muda benci tengok berita!

Khamis, Jun 23, 2011

Ikut Suka Depa!

Lima negeri PR teraju,
UMNO BN terasa gayat,
Hanya kerana sehelai baju,
Penguasa bacul tindas rakyat.