Isnin, Februari 27, 2012

Perihal 1 Malaysia.

lama dah tak main bola padang. Gua nak test stamina. Petang tadi turun main bola kat Padang Awam Semenyih.

Gua join ngan geng-geng yang majoritinya budak India. Best gak main ngan dorang. Basic skill bagus. Main senang. Gua dah rasa syok. Lari je, tak letih. Ada scene tetiba menggamit keadaan ketika itu. Macha A ni bergaduh pula dengan Macha B. Gua yang ada kat situ cuba leraikan kedua-dua macha. Ramai lagi budak-budak Melayu yang cuba leraikan kedua-duanya.

Dalam hati gua terdetik, "Dalam keadaan ini UMNO gagal tipu orang Melayu!"