Khamis, Julai 31, 2008

ops..... Permatang Pauh!!


Apabila Presiden PKR mengosongkan kerusi memberi peluang kepada DSAI untuk bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang, terdetik di hati kecil aku tentang tatkala ini. Di samping pegumuman Said Amid Lebar bahawa kertas siasatan kes liwat DSAI sudah selesai dan mungkin DSAI akan didakwa Isnin ini.

Marilah kita kirimkan doa sampaikan hajat kepada ALlah supaya lindungi DSAI dari segala ancaman terhadap beliau...Amin!!

daLYaanoon : Aku terima berita pengumuman undur diri DSWA dalam perasaan gembira dalam khuatir..



quoted from Al-Jazeera


The decision of Wan Azizah Wan Ismail, left, enables Anwar to contest her seat [AFP]

Malaysia's Anwar to contest poll

The wife of Anwar Ibrahim, the Malaysian opposition politician, has resigned her parliamentary seat in a bid to allow her husband to contest her position.

Wan Azizah Wan Ismail said she vacated the Permatang Pauh constituency in northern Malaysia on Thursday.

She said her decision is intended "to make way for my husband to contest as a candidate for the People's Alliance [coalition of Malaysian opposition parties] in a by-election as soon as possible".

A by-election must be held within 60 days of a seat becoming vacant.

Anwar is an adviser to the Keadilan party, in which his wife is president.

Getting elected to parliament is Anwar's next goal in his bid to re-establish his political career, which came to a halt in 1998 when a sodomy allegation cost him his position as deputy prime minister.

He was accused of sodomy again last month by a former 23-year-old male aide.

Inquiry completed

According to Syed Hamid Albar, the home minister, police have completed the investigation into the allegation and submitted their findings to the attorney-general, who will soon decide if charges should be filed.

However, there are fears he could face imminent arrest.

"They may arrest him in the next 48 hours. It is aimed to prevent him from contesting a by-election," Tian Chua, the party's information chief, said.

The government responded by saying it did not fear Anwar's possible return to office.

"We are not worried ... we will face it ... he is not a threat. It is a democratic process, good luck to him," Albar said.

Opposition support


"I look forward to participating in the deliberations in parliament ... and be back on track in our efforts to see a new dawn for Malaysia," Anwar said.

Anwar said that leaders of the other two parties in the opposition alliance supported him.

"I will defend anyone who has been victimised, including Anwar," said Abdul Hadi Awang, the president of the Islamic PAS party.

The alliance made huge gains in the general elections in March, seizing control of five states and a third of parliamentary seats.

Anwar has said he will form a new government with the help of defecting politicians from the ruling Barisan Nasional coalition.

A survey conducted by the independent Merdeka Centre research firm revealed that two-thirds of the 1,030 respondents polled viewed the charges against Anwar as politically motivated, while only 11 per cent believed the accusations.

Sabtu, Julai 26, 2008

Apa Bezanya UIAM dengan yang lain?


Semalam secara sahnya pihak berwajib di UIAM nun di sana mengumumkan pakaian rasmi untuk majlis konvokesyen yang ke-25 nanti. Sebelum ada gak sumber yang beritahu ada perubahan pada pemakaian pada hari itu tapi pandang remeh jer.

Bagi pandangan peribadi, perubahan dari memakai songkok yang dililiti jalur tenunan logo UIAM kepada mortar board merupakan satu keputusan yang sedikit sebanyak mengikis identiti UIAM itu sendiri. Aku bukan bermaksud songkok itu lambang rasmi bersimbolkan Islam,tp UIAM sudah terkenal dengan tradisi pemakaian songkok itu. Tapi apo nak buek?....Alasannya sempena meraikan sambutan jubli gangsa,(ada ke jubli gangsa?heheheh...)tahun ke-25.

Yang aku gembira, aku selaku generasi yang terakhir (class of 2007) dapat memakai 'songkok keramat' itu..hehe:)

Kesian generasi kali ni (class of 2008) kenalah pakai mortar board...kalo aku dulu,dapat gak pakai masa raya dan majlis-majlis rasmi yang lain. Untuk bebudak ni boleh ke pakai mortar board tu masa sembahyang raya? mau digelakan orang..kesian....

daLYAAnoon: jangan sampai ada yang lancarkan bom mortar kat CAC tu plak...heheh:)

Khamis, Julai 24, 2008

Tahniah Datuk Fauzi Abdul Rahman!


Umum mengetahui bahawa bekas Timbalan Menteri dan juga bekas Ahli Parlimen Kuantan telah mengisytihar untuk menyertai PKR dan bersama dengan rakyat melawan pemerintah zalim dan rasuah. Tahniah Datuk!

Bagi aku tak terkejut pun dengan tindakan Datuk Fauzi kerana sebelum ini pun beliau sangat lantang tentangrasuah dan penyelewengan kuasa di Pahang khususnya. Lagipun Datuk Fauzi dah muncul di khalayak ramai ketika DSAI berceramah di Kampung Razali, Kuantan Pahanp pada ahad lepas.

Yang menarik minat aku nak tulis entri ni adalah, untuk makluman Datuk Fauzi adalah anak kepada insan yang bertanggungjawab memikul beban menaikkan martabat Bahasa Melayu.

Pernahkah korang dengar nama ABDUL RAHMAN TALIB? ataupun pernah ke tidak mendengar istilah LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB?

Antara isi-isi laporan tersebut:-

-Bahasa Melayu sebagai matapelajaran wajib selain Bahasa Inggeris.
-Bahasa Melayu diajarkan di semua jenis sekolah dari darjah satu.
-Syarat lulus Bahasa Melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah dan pusat latihan guru.
-Memberi insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Menteri sekarang?....................lu pikir lah sendiri...........

Jumaat, Julai 18, 2008

Apa Kata Tuan Guru Dr Haron Din?


Macam biasa khamis minggu ke-2 dan ke-4 ada kuliyyah umum di Darussyifa' Bandar Baru Bangi. Dan semalam tajuknya makanan yang halal dan yang haram (rumusan) menjadikan kitab Al Fiqh Al Manhaji, Mazhab Ash Shafi'e sebagai rujukan. Seperti biasa kupasan dan perbincangan bermula selepas sahaja solat maghrib berjemaah dan tamat sekitar pukul 9.15malam.

Yang syoknya kuliyyah ni selepas kupasan tajuk tu, ada sesi soal jawab. Dan kebiasaan Tuan Guru mesti mengelak untuk menjawab soalan2 berbaur politik dan tidak mahu menjadikan Darussyifa' sebagai platform untuk beliau berpolitik.Tapi apabila mengambil kira sikon (situasi dan kondisi) hari ini, perlu juga beliau perjelaskan.

Ada pulak soalan berbunyi sedemikian,"Apa pandangan Ustaz, apakah perlu DSAI bermubalahah dan bersumpah?". Dengan ringkas beliau menjawab, "Tidak perlu!". Atas sebab bermubalahah ini buakan syariat Islam tapi sekadar taklid dari adat agama lain seperti Kristian. Ini kerana sumapah itu akan mengundang lakanat ALlah. Bayangkan bila DSAI bersumpah bahawa dia tidak bersalah, dan budak Sepol tu pon bersumpah bahawa DSAI lah yang meliwatnya. Mesti salah sorang menipu....dan secara langsung mengundang laknat ALlah.

EKSKLUSIF...

DSAI ada berjumpa dengan Tuan Guru Dr Haron Din di rumah tuan guru di Bdr Baru Bangi dlm 4,5 hari lepas berbincang apa yang patut mengenai kes ini. DSAI BERSUMPAH SECARA 'PERSONALLY' DI HADAPAN TUAN GURU BAHAWA BELIAU (DSAI) TIDAK MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK ITU!!!TAKBIR!!!Tuan Guru berkata, beliau bersumpah di rumah, bilik, ruang, kerus, dan posisi yang sama ketika tahun 1998. Tuan Guru memuji tindakan DSAI membawa kes ini di bawah Mahkamah Syariah.

Khamis, Julai 17, 2008

Sang Hero Bebas dengan Ikat Jamin.

Anwar dibebaskan dengan ikatjamin

Jul 17, 08 9:30am

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan pagi ini.Beliau dilihat keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya dengan kereta pada jam 9.45 pagi.
Beliau balik ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur dan dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang.Anwar tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi diminta datang semula ke balai polis pada 18 Ogos depan.Awal pagi ini,Sankara memberitahu pemberita di luar ibupejabat polis Kuala Lumpur, tempat Anwar ditahan semalaman, bahawa mantan timbalan perdana menteri itu akan dibebaskan jam 1 petang.Pada jam 9.30 pagi isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anak-anaknya dan masuk ke dalam bangunan IPK Kuala Lumpur.





ihsan Malaysiakini.com/bm


Rabu, Julai 16, 2008

Doakan Keselamatan Sang Hero.


Di saat menulis entri ini Dato' Seri Anwar Ibrahim masih ditahan untuk memberi keterangan di IPKKL. Kita rakyat marhaen ni, sama2 berdoa kepada ALlah semoga Sang Hero selamat. Banyak amal yang boleh dibuat selain berdoa, solat hajat setiap malam, doakan ALlah beri pelindungan terhadap Sang Hero!!Amin Ya Rabbal 'Alamin....


Skrip filem Tamil "Sivaji The Boss" sedang dilakonkan yang diarahkan oleh Pemimpin Ameno/BeEnd...Kepada sesiapa yang belum menyaksikan filem Tamil blockbuster itu...saksikanlah...Dapatkan DVD yang ori dikedai2 filem tamil dan hindustan yang berdekatan..


Apa mungkin gelombang reformasi kembali mengganas?

BELASUNGKAWA..

Al-fatihah...
Perginya seorang bapa pembangunan bolasepak Malaysia amnya, Kedah khasnya.
Takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Ahmad Basri Akil.

Selasa, Julai 15, 2008

Lu Memang Hero! Lu Memang Jebat!

(benar kata ALlahyarham Loloq melalui lagu Salut-Spider)

Sebelum sessi perdebatan bermula, perasaan aku bercampur baur. Ghairah, seram sejuk, berdebar dll...sampai tak berjemaah isya'...hehehe

Aku memang 'tabik spring' kat Dato' Seri Anwar Ibrahim hujah yang cukup tuntas dan bernas. Penjelasan tentang mekanisme penurunan harga minyak yang begitu jelas. Berdebat tidak ikut emosi dan tidak menyerang secara peribadi. Cukup professional dan hebat!!

Pak menteri 'terang-menerang' ni...Sorry to say...You are the loser...Kesian tengok bila cakap tanpa isi dan hujah yang kukuh. Buktinya bila Zulkifli Sulong tanya pasal penjimatan wang dari lebihan subsidi untuk enaiktarafan kondisi pengakutan awam, tak juga dijawab sehingga aku menulis entri ini...Tapi dari perspektif lain, pujian patut diberi kepadanya kerana berani tampil berdebat dengan Sang Hero...Yang lain pengecut kot...

Sang Hero selalu berucap, "sedangkan naga buana dapat ku lawan, inikan pula cicak mengkarung!!"

nantikan kemunculan DSAI di pilihanraya kecil yang akan datang...

mungkinkan di Permatang Pauh??

Jumaat, Julai 11, 2008

Perak Tour!

Di saat Kementerian Pelancongan menganaktirikan promosi pelancongan untuk negeri-negeri pakatan rakyat, aku nak promote tempat yang aku selalu singgah.

Pernah dengar pekan Bidor kan?

Ni kira syurga buah-buahan dan petai-petaian.

Legal signboard


Boycott Dutch product!!!

Harumanis


Dragon Ball...:)

Favourite ni....

Kalau korang ikut jalan lama, korang akan melalui Gopeng, Kampar, Tapah....dan pastu korang akan sampai Bidor.

Kalau nampak orang ramai belah kiri kat pekan Bidor tu, korang dah sampai lah tu..

SELAMAT MELANCONG!!!

Jumaat, Julai 04, 2008

Hulurkan Sumbangan Ikhlas Anda.

Ambil masa sedikit sebelum pi kuliah Ustaz Razak. Ketinggalan lagilah aku Sairus Salikin 4 arini. Takpe untuk 'fastabiqulkahirat' apa salahnya.


Sumbanglah seikhlas yang mungkin kepada keluarga mangsa ISA iaitu anak sulung mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahrial Sirin, Aina Mardiah, 17, yang meninggal dunia akibat pendarahan otak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Serai jam 11.30 pagi tadi.

Sedihlah...seorang anak meninggal dunia tatkala ayahandanya ditahan di bawah akta zalim itu!!!

Salurkan sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 5640 7000 0336

06.07.08 : Satu Tarikh Dua Peristiwa.

Pertama;

Tahniah buat member sekolah aku, Mohd Mazdan bin Mohd Jamil yang akan bergelar suami pada tarikh ini. Buat bakal isterinya, Siti Aishah Zulkifly tahniah juga diucapkan. Berharap dapat menempuh gerbang perkahwinan dengan penuh barakah hendaknya. Semoga menjadi suami isteri yang bahagia. Amiin.....TAHNIAH Bro!!

Kedua;





Di saat kemelut politik akhir-akhir ini, rakyat seakan-akan dilupakan oleh media arus perdana tentang kesengsaaraan akibat kenaikan mendadak harga minyak dan barang-barang. Bagi meredakan amukan rakyat marhaen, direkanya drama telenovela (tidak perlu diceritakan lagi) bagi mengaleh pandangan rakyat seketika. Motif "entry" ini ditulis bagi menyedarkan kembali rakyat bahawa pada tarikh tersebut menjadi indikasi keGERAMMan kita.





AYUH SEMUA RAKYAT MARHAEN!!!




Jika anda tertanya-tanya dan Mencari jalan ke Himpunan PROTES pada 6 Julai ini…silakan copy peta ini.

Untuk yang tidak biasa dengan jalan-jalan di KL…bolehlah menggunakan LRT Putra di KL Sentral dan berhenti di Stesen LRT Taman Jaya.

Bagi yang bercadang-cadang mahu pergi, aku cadangkan supaya gunakan saje LRT Putra.

a) Peta jalan ke lokasi

akhir sekali,

TURUN,TURUN!! HARGA MINYAK!!