Jumaat, Oktober 23, 2009

Memburu hobi baru.

Selain bersukan terutama bolasepak dan futsal, bertenet, membaca....kalo dulu masa sekolah rendah ada gak mengumpul setem. Siap tau lagi yang mana setem ori yang mana tipu punya.

Terima kasih abah beli joran semalam. Aksi pertama kami dengan joran baru akan dipersembah di Pengkalan Balak. Awal-awal dah beraksi dengan laut. Laut yg bestnya boleh baling jauh-jauh!hahaha.

Bersedia menjadi tahi pancing!

Isnin, Oktober 12, 2009

Kibodku masih sihat.


(di'copy' dari tukar tiub)

Inilah detik permulaan rakyat menolak pemimpin PR. PR yang selama ini telah berkuasa lebih kurang 52 tahun, mengamalkan pemerintahan kuku besi, rasuah korup, skandal pemimpin sana sini, amal sikap perkaumanan, tindas rakyat miskin dan banyak lagi penyelewengan kuasa. Kuasa rakyat menolak PR di Bagan Pinang adalah manifestasi rakyat menerima gagasan reformasi BN.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Undi PAS. Tolak ISA!

[[entri ber'title' , tanpa isi]]

Jumaat, Oktober 09, 2009

Facebook punya pasal!


rakan sekolah rendah menengah dipertemukan,
dengan member u borak sakan,
berkasih tak ingat sempadan,
tak dilupa rakan parti lawan,
banyak isu dibahaskan,
perbahasan, kritikan dan sokongan,
boleh juga ajak pi makan,
makan sampai kekenyangan,
ketawa sampai air mata berlinangan,
ada member laki pompuan,
jarang ada yang pondan,
tapi ada jenis yang tak tahan,
lebih baik jangan dilayan,
bagai orang gila meroyan,
begitu kuat penangan,
tinggal solat jangan!
mengular kerja jangan!
Facebook disabitkan,

pasal Facebook gua malas nak update blog! Haram!

Sabtu, Oktober 03, 2009

Jerit , "Rasuah, Rasuah, Rasuah!"

In Action!




...pulang dari main futsal pun pukul 3 pagi. Sampai di rumah, tak pun tido. Buka internet, buka google map. Cari lokasi sebenar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Pukul 4 baru tido. Kemudian bangun ketika subuh.

Usai solat, aku tanya sepupu aku, "Amacam, redah?" dia jawab, "jom!". Dari rumah 7.15 pagi. Sampai di Teluk Kemang dalam 8.30 pagi. Menghala ke MPPD, memang sesak sangat. Jalan macam siput. Lihat ada dah mula berjalan kaki ke sana. dalam hati aku berkata, " Kalau ikut Encik Google bin Map, jauh lagi ni. Dari jauh aku dah nampak orang mulai park kereta. Aku pun park saja tepi jalan. Berjalan kaki dalam 2.5 km ke MPPD.

"Rasuah! rasuah! rasuah!"

"Tumbang tumbang, tumbang BN!"

"Tumbang tumbang, tumbang Isa"

Antara laungan penyokong Pakatan. Semua sudah tahu, BN/UMNO calonkan calon expired a.k.a recycle yakni TS Isa Samad, yang pernah disabit kesalahan rasuah...eh...melanggar tatatertib dalam pemilihan UMNO. Isa=Rasuah.

Biarlah gambar-gambar yang menceritakan semua.




sikit je ni.

apek baru dapat BN=Beras Nasional


Datuk Husam

Chegu Bard

Hancur UBN


Banner yang ada.

dalam 4000 je ni


fulus fiddunya mamfus filakhirah

berkibar panji Islam

Takbir!





PJ WPKL Hj Md Noor