Selasa, Februari 24, 2009

Teringat Pesan Tuan Guru...

Sedang member menzahirkan perasaan sirap* terhadap sorang lagi member yang sedikit sebanyak pertikaikan kredibiliti Tuan Guru Nik Aziz,aku tinggalkan cerita dan pertikaian dangkal tu..

Aku teringat akan pesan Tuan Guru yang lagi sorang ni, Tuan Guru Prof Dato' Dr Harun Din (TGHD). Kalo selalu menghadhiri kuliahnya dia selalu mengaitkan dengan kisah-kisah para Sahabah dan Anbiya' beserta dalil naqli samada Ayat suci al-Quran mahupun Hadith Shahih.

Cerita pasal boikot barangan US/Israel ni, aku rasa ramai orang dah peduli untuk bertindak memboikot produk merek. Mungkin ada yang berpendapat, "aku tak bleh nak lawan rejim tu kat sana, at least aku boikot barang dorang" tidak kurang juga yang berpendapat sebegini, "apa boleh buat dengan kita boikot barang dorang?"


"Mekdi terpaksa buat kenyataan bahawa dorang takde kena mengena dengan Israel"

"Siap buat promotion lagi tuh!, takde orang nak masuk dah"



Tidak kisahlah apa jua rasional yang diberi berhadapan dengan isu ini cuma pesanan TGHD memberi kesan yang mendalam kepada aku. Harapnya padan kalian semua...InsyaALlah..

Ianya berkenaan cerita pasal ketika Nabi Ibrahim A.S dibakar. Seekor burung berulang alik dari punca air dengan membawa air yang hanya dapat dibawa dengan paruhnya sahaja dan mencurahkannya pada api yg besar itu. kemudian, burung itu ditanya, "kenapa kau menyusahkan diri dengan membawa air yang sedikit itu untuk memadamkan api yang marak membakar nabi ibrahim itu?engkau tidak akan dapat memadamkan api tersebut dengan hanya air yang sedikit!"

tetapi burung itu menjawab "aku tidak mahu di akhirat kelak apabila ditanya apakah yang aku lakukan apabila Nabi Ibrahim A.S dibakar? sedangkan aku tak berbuat apa2" jika burung yang tak diazab pun berusaha sampai begitu sekali, inikan pula kita....

ingatlah bukan hasil yang ALLAH mahu, tapi usaha kite!

Daripada tak buat pape...Teruskan memBOIKOT!

p/s: Dengar cite dah banyak Mekdi dan Kay.eF.si macam nak tutup jer...betul ker?

*sirap = bengang

Sabtu, Februari 21, 2009

Perkauman Menular di kalangan Pendidik.

SITUASI 1

Z33: Ustaz, saya risaulah...apa pendapat ustaz pasal Perak ni.

Aku: Erm...yang macam mana?

Z33: Saya rasalah...elok gak 'rampasan kuasa ni'...kalo tak abih cina kontrol...PAS saya tak kisah lah...dlm PKR tu...Melayu ada tempat ka?Cina je conquer...

Aku: (eh ye ker?) (td tanya pendapat aku,last2 pendapat dia gak)....(aku terus dengar lagi)

Z33: Saya risau apa nak jadi kat anak cucu saya. Nanti Lim Guan Eng khianat Anwar Ibrahim...Saya tamau cina jadi PM.

Aku: (Sampai mcm tu ker?)...Tapi kan kita ada perlembagaan.

Z33: @$##$%@%$&$#%&&$%#@#

SITUASI 2


FL3: Bagus gak kerajaan baru amik alih, taklah cina tak merintah. Nizar jadi boneka jer...tanah banya bagi kat Cina...

Aku: erm....bullshit!! (dalam hati jer)


"beginilah keadaan segelintir mentaliti pendidik kita hari ini yang secara tidak langsung akan pengaruh pemikiran anak bangsa kita"


PS : Tanpa sindrom racism ini buat motivasi masa mengajar...lagi seronok tgk budak cina dan india dapat cakap arab.

Selasa, Februari 17, 2009

Genjatan Dicabul Sendiri!

Khabar bertiup deras!
Sehingga api marak sunyi terpadam!
Kain jemuran entah kemana melayang!
Antenna ASTRO mulanya kukuh tiada lagi siaran!

Betulkah?

DUN Perak Haram hendak dibubar?

Wallahu khairu Makirin.

Genjatan

umum genjatan memblog sehingga tarikh yang belum diketahui!

Isnin, Februari 09, 2009

Pemecah Berita!!!MP Bukit Gantang Meninggal Dunia!


كل نفس ذائقة الموت



gambar ihsan idhamlim.blogspot.com


Baru sebentar tadi, dapat berita sedih dengan pemergian MP Bukit Gantang YB Hj Roslan Shahrom...Semoga arwah digolongkan dalam golongan org2 yang beriman...Amin!

Takziah buat keluarga arwah...Bersabar!!!

Ayuh, rakyat Perak!
ٍTolak UMNO/BN dalam PRK nanti!!!

Kesan Kuala Kangsar 0602 melarat ke Semenyih!

Abah macam biasa hari minggu mesti jogging paling kurang 10 pusingan taman permainan kat taman aku ni (aku jarang2...hehe). Kebanyakan yang selalu jogging golongan saluran 2 dan 1. Tapi pagi ini ada sorang amoi tegur abah aku...

Amoi : Pakcik sokong PAS ka?

Abah: A'ah...saya memang ahli PAS!

Amoi: PAS baguslah...Dulu saya talak suka PAS. Sekalang ini BN manyak teruk lah. Tengoklah Perak apa sudah jadi?

Abah: (abah hanya mengiyakan pernyataan Amoi tu)...Org cina apa rasa? sokong BN lagi ka?

Amoi: Dia olang buat macam ni, lagi olang cina malah maaa...Next pilihan laya orang tak undi BN.

Macam mana boleh amoi tu tau yang abah aku sokong PAS?


p/s : kengkadang dengan t-shirt pun bleh berda'wah...

Ahad, Februari 08, 2009

Kuala Kangsar 0602

Raja Di Hilir Perak menangis melihat rakyat sanggup pertahankan negeri!!!

Pemecah Berita!! KERAjaan Haram Perak Tidak Bertahan Lama!

Baru pulang dari Taman Melewar. Rasanya lebih dari setengah dekad tidak bertandang ke situ dan malam ini aku menjadi saksi apa yang berlaku disitu.

Berbalik kepada topik di atas. Kenapa di katakan begitu. Khabarnya...

1) Bila YAB dan Exco2 yang lain mahu mengembalikan kunci kereta Camry, tetapi ada pihak mengatakan, pakai dalulah...Aik? Punya rakus nak angkat sumpah...Orang nak kembalikan kereta depa tak mau plak? awat ni?

2) Dato' SUK ada call YAB Nizar minta maaf dan nada suara makin sopan jauh berbeza dibandingkan ketika menghalau YAB MB semalamnya...

3) YAB MB Nizar masih lagi mendiami kediaman rasmi MB...

Wamakaru wamakarallah...wallahu khairu makirin...

Sabtu, Februari 07, 2009

Pemecah Berita : Ayuh ke Taman Melewar Malam Ini!!!

Saidah Hairan
Fri | Feb 06, 09 | 5:09:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Memandangkan senario politik yang melanda Perak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat akan mengadakan ceramah perdana mengenai isu-isu semasa serta pergolakan politik terkini yang berlaku di Perak.







Ceramah perdana tersebut akan diadakan di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar pada 7 Februari (Sabtu) jam 9 malam.

Ceramah tersebut juga akan menjelaskan penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi oleh zionis Yahudi Israel.

Turut berceramah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dan Adun Titi Serong (Perak), Khalid Idham.

Orang ramai dijemput hadir untuk mengikuti perkembangan terkini dan penjelasan mengenai isu yang berlaku di negeri Perak. - mks._

Ihsan Harakahdaily.net

Jumaat, Februari 06, 2009

?>":{}!@#$@#$%#$%^%^$%%%%^&&*()*(_+)|{}

Negara Haram = Israel

Negari Haram = ?????

PM Israel Haram = Ehud Olmert

MB Perak Haram = ??????

Pahit ditelan manis dirasa!

Yang Pahit...

Munculnya pemerintahan 'tak malu'...bukan pilihan rakyat!

Yang Manis...

Bro Pyanhabib menarik balik genjatan mem'blogging'!

Khamis, Februari 05, 2009

YAB Datuk Seri IR Muhammad Nizar...Rakyat Perak bersamamu!

((Tunang menasihat biarkan entri majlis bertunang kami kekal menjadi entri pertama dlm blog ini...
Tapi apabila mengenangkan YAB Nizar, tidak sampai hati aku tengok...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul))


(gambar ihsan pahangdaily.blogspot.com)

YAB Nizar,
Rakyat bersamamu,
Rakyat belum puas menikmati keberkatan di bawah pemerintahanmu,
Rakyat ada lagi masih belum ketemu hikmah dan kebijaksanaanmu.

Aku berdoa supaya ALlah SWT Tuhan Punya Semesta, tabahkan hati YAB Nizar dan rakan-rakan lain...

(gambar ihsan pahangdaily.blogspot.com)

Ampun Tuanku,
Kepada Tuanku,
Patik rakyat biasa,
Mohon kebijaksanaan Tuanku,
Rakyat jelata percaya dan yakin atas pertimbangan Tuanku,
Moga ALlah SWT merahmati Tuanku!
Daulat Tuanku!