Sabtu, Julai 31, 2010

Cerita Izzat lagi.

Arini ada program ajar budak solat. Gua diamanahkan jaga kelas Izzat. Izzat bukan main suka bila gua jaga kelas dia. Gua ni sikit bawah dari Onizuka! Onizuka lucah, gua cool sikit dari dia.

Izzat tak dinafikan budak bijak dalam kelas dia. Untuk makluman kelas Izzat kelas paling koman. Tapi yang istimewa kelas ni dengar cakap berbanding kelas depan yang punyai segala kategori eksyen.

Berbalik cerita Izzat, masa rehat gua lepak layan makan nasi ayam dengan dia. Gua sapa dia "Izzat, kalau tak cukup pegi amik lagi!". Mulut dia penuh dengan nasi, angguk sahaja tanda mahu belasah nasi ayam tu.

Datang Azrul, budak sengal dalam kelas Izzat, "Wah, banyak ko makan Izzat?". Azrul ni budak anak yatim, ayah dia meninggal tahun lepas. Gua terlupa ayah atau mak dia yang meninggal," Azrul ayah kamu ke mak kamu yang dah meninggal?"Azizul menyibuk, bapanya yang mendapat status penduduk tetap."Bapa Azrul meninggal, bapa Izzat bercerai"

Gua baru tau Izzat dah tak duk ngan ayah dia. Banyak isu keluarga yang Izzat cerita kat gua. Gua hiba gak. Nampak je gua ni ganas.

Izzat memang genius, dia pernah tanya gua pasal Salahuddin Al-Ayubi. Goyang juga gua nak jawab. Bab-bab agama Izzat masih terkehadapan berbanding budak kelas dia yang lain.

Pada sessi akhir borak-borak kosong gua dan Izzat, gua sempat pesan padanya. "Kalau Izzat sayang pada emak Izzat kena belajar pandai-pandai!"

Izzat buat-buat macam paham je.

Selamatkan Selangor!

Lama dah gua tak layan cerita politik. Selalu layan kat FB je. Betul sesetengah orang kata FB 'Forget Blog'. Gua masih percaya blog masih boleh jadi senjata melayan malaon-malaon.

Dah lama gak tak dengar ceramah politik secara live. Dah tentu gua layan cermah PR.

Abah bgtau gua kat depan simpang taman ada kain rentang UMNO ajak orang datang ceramah dia.

Gua pun pegilah ceramah UMNO. Gua nak layan lawak-lawak yang dihamburkan sepanjang ceramah.

Sampai je gua dah dengar suara Zahid Md Arip. Untuk makluman dia ni dulu KeADILan, keluar bersama2 Ruslan Kassim masuk Ameno! Macam haram! Teringat Zahid Md Arip kutuk atuk sedara dia Arwah Tun Ghaffar Baba. Dia pernah kata arwah kalau bernafas bunyi UM....NO...UM...NO! Zahid banyak hentam DSAI, cakap lucah...ini semua modal Zahid!

Zahid siap kutuk Tok Guru Nik Aziz. Paling gua rasa nak baling selipar, bila dia kata Nik Aziz nak mampus! "Ini bukan ulamak, sikit-sikit ulama' pewaris Nabi! Lu punya darjat? ada tahap anjing kurap tak?


Watak mamat bersongkok tinggi perlu ada.!

Perbezaan ceramah PR dan UMNO adalah penyokong PR datang dengan sukarela tanpa dijemput. Seperti biasa malaon-malaon di bawa menaiki bas pekerja ke tempat ceramah, gua perasan ada 2 biji bas.


kalau otak dah kesampahan pasti ada sifat sampah walaupun tidak bermain sumpah yang lalu disampahkan!


Gua penuh yakin, Ameno dah bersedia jadi pembangkang di peringkat persekutuan. Dah pandai demo, dah pandai ceramah tanpa permit, tapi gagal nak tarik orang datang ceramah secara sukarela!

Tak cool langsung!

Jumaat, Julai 30, 2010

Misai

Gua pernah ditanya oleh anak murid gua. Minta apa sebab gua tak kawin lagi.

Gua tak pernah layan soalan-soalan orang dewasa ditanya budak-budak belum mumayyiz. Gua dah selalu alami situasi genting serupa ini sebelum ni. Banyak pula soalan iringan.

Ada juga antara pertanyaan yang merentasi pemikiran seorang dewasa.

"Ustaz, betul ke ustaz tak kawin lagi?" tanya Aisyah.

Gua jawab ringkas,"Ye, nape?"

Aisyah tak puas hati dengan jawapan ringkas gua,"Tapi kenapa ustaz ada misai dan janggut?"

Nasib baik gua tak usung rotan keliling sekolah aritu!

Nasib ko baik Aisyah aritu!

Khamis, Julai 29, 2010

Sori Pakcik!

Langkah pertama naik bernikah ikut peratuan dan prosedur kerajaan kena ambil borang permohonan.

Gua masuk ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, terus gua ambil nombor. Lagi 3 nombor, giliran gua pula. Sebelum tu gua sempat pasang telinga dengar perbualan kategori pakcik2.

Pakcik A: Mana nak dapat karaoke yang best ek?

Pakcik B: Dulu kawan aku ada...(pastu gua dah tak dengar dah...connection failed)

Pakcik A: Karaoke sekarang tak macam dulu, kalau dulu siap ada DJ best lagi, sekarang punya DJ tak pandai pantun.

Apa baranglah pakcik ni?

Pakai songkok je tinggi, tapi bincang pasal kahwin anak bincang pasal mana nak dapat karaoke best! Tak cool langsung.

Bincanglah macamana nak dapat majlis yang grand lagi diberkati.

P/S : gua nak buat saringan HIV ni. Dengar macam seram je.

Rabu, Julai 28, 2010

Ash-hadu!

Gua pernah cabar Izzat satu hari. Gua sebut ada berapa Rukun Islam.

Izzat pantas jawab,"Senang je tu ustaz, 5 la!"

Gua cabar lagi, "Pertama?"

Izzat dengan muka penuh yakin jawab, "mengucap DUA KALI LIMA syahadah"

p/s : tang ni gua tak pernah ajar, siapa ajar dia masa tahun 3 ni?

Selasa, Julai 27, 2010

Mamat sengal sorang.

"Aku tak kisah gula naik. Bagus juga gula naik, sekarang ni ramai orang kena kencing manis"

Gua sampuk,"Orang kena manis sebab gaya hidup, bukan semata-mata minum benda manis" tambah gua lagi,"Orang tak minum manis pun boleh kena kencing manis! Boleh jadi keturunan"

Mamat tu sambung lagi, "aku tak kisah sangat!"

Gua naik berang,"Woi, ko keje kerajaan gaji tetap takde masalah kalau harga gula naik berapa sen. Ko bleh beli. Ingat sama kat orang kampung keje tak tetap, orang keje swasta, gaji kadang ada, kadang naik, kadang turun"

"Ingat orang lain sama woi! Kita duduk kat dunia ni bukan sorang-sorang"

Pandai plak mamat ni jawab,

"Orang-orang kampung aku kaya apa? Umah besar, keta besar?!"

Gua jem!

Isnin, Julai 26, 2010

Sudah 5 angka

gua tak sedar blog gua dah 10000 kali diliwati...eh lawati!

(tu pun nak bangga, blog TT sehari 10k tak kecoh pun)

suka hati gua!

separuh daripada lawatan gua yang lawat sendiri!

atas sokongan lu orang, bagi sikit cadangan nak majukan blog gua!

terima kasih kalian!

1 Cerita 2 Zaman

Cerita versi Abah gua
"Malaysia dulu lain. Setakat KOrea, Jepun selamba je belasah. Dulu Mokhtar (Dahari) gila...Tengoklah dia sepak kuat tak kuat! Goli nak tangkap pun takut. Tak cerita lagi Tokey (Soh Chin Aun), Santokh (Singh), Arumugam, Ah Meng (Hung Meng).

"Lepas zaman MOkhtar pun ok lagi, Abdah dan Yunus Alif, Zainal, dan senagkatannya."
"Sekarang, hmmm....Malas aku nak cakap!"
"Stadium kosong, banyak lagi kerusi dari orang. Kitorang dulu kalau dengar je Mokhtar main, ramai nak gi tengok Mokhtar main. Setakat Stadium Merdeka tu selamba je kitorang pecah masuk. Polis buat-buat tak nampak je kitorang panjat pagar. Boleh jadi gila nak tengok MOkhtar main. Kalau lambat sikit masuk stadium, dah tak keruan. Dalam stadium orang dah jerit-jerit nama MOkhtar, mana boleh tahan!"

"Setakat Korea, kena buli je ngan Mokhtar!"
Cerita versi gua pada anak gua

"Zaman abah tak macam zaman aki lu! Zaman abah selalu je Malaysia kena belasah. Dengan Laos pun kalah kat Sukan Sea. Pastu ramai plak player tak bleh main sebab rasuah! Ah pe jadah semua star main rasuah ni...Pastu Liga Malaysia dah jadi macam jadi liga kampung dan ada satu ketika dah macam budak-budak main petang. Orang yang layan liga Malaysia dah tak stendet ngan orang yang layan liga obersi. Abah antara orangnya"

"Abah masih lagi gi tengok bola kat stadium. Korban RM10 untuk tengok match bola yang 'tak stendet'. Tengok dan sapot team Malaysia sampai gi tengok Malaysia main kat Singapore."

"Tengok bebudak Malaysia ramai dah dapat pendedahan luar negara, training 3 bulan kat obersi, balik main kat Malaysia. Liga kita dah jadi menarik balik."
"Paling abah ingat, kita menang pingat emas tahun 2009. Thailand tersungkur, Indon kalah, kita ajar Vietnam pada final!"

"Haaa....yang paling best, kita sebelum tu pernah belasah Korea tahun 1982, lu tanya aki lu sendiri, agak-agak abah dia ada layan game tu!
"Tahun 2010, sebelum abah kawin sempat tengok Malaysia kalahkan Korea 1-0. Masa tu tak silap abah Safiq Rahim yang score, pergh....half volley tu!"


Come on Malaysia!!! tambahkan aksi-aksi kemenangan yang hebat untuk gua ceritakan pada anak gua kelak. Sebab abah gua asyik menangkan zaman dia aja. Mana gua puas hati.

Kemenangan ke atas KOrea adalah langkah awal untuk kita ke Piala Dunia!

Rabu, Julai 14, 2010

Gua dan Agen CIA


apa gelaran brader sebelah gua ni belum dapat?

Ahad, Julai 11, 2010

Sejahtera buat kalian!

Setiap hari Ahad kalau adik gua (Dila) tak balik bermalam, Abah dan Mak akan lawat Dila di asrama. Hari ini kami dari Penang sampai di Kajang terus lawat Dila. Asrama sunyi je, datanglah dua awek solehah sapa Mak, "Makcik, pengetua meninggal....semua kat surau!"

Gua dalam kereta, terus sedekah al-Fatihah pada arwah,"Ustaz Ibrahim meninggal?"...Untung arwah, anak-anak di asrama minggu ini tidak balik bermalam semuanya di surau baca Yaasin, tahlil. Mak bapak budak yang datang bawa lauk ter'hits' pada hari itu, kayefsi, dan berbagai juadah pun turut bersama sedekahkan yaasin dan tahlil.

Abah pergi siasat punca kematian abah. Dah macam CSI dah abah gua ni. Abah jumpa Ust Zul, warden asrama. Menurut Ust Zul, arwah cuba ambil buku lalu jatuh terduduk. Kalau orang tak caya itu Qadha' ALlah, mesti pertikai. "Takkan jatuh sikit je boleh mati!"...Ini nak jadi cerita!

Gua perasan ramai yang hadir, solat dan beri penghormatan terakhir. Jenazah akan dibawa balik ke Kelantan. Malam ini mula tahlil, esok sekolah 'cuti'. Semua warga sekolah digalakkan membaca al-Quran.

Untung arwah...Semoga arwah Ust Ibrahim bin Yunus digolongkan di kalangan Solihin!

*****************************

Semasa di maktab ada cikgu gua cerita.

Cerita cikgu tua pencen tak tau nak buat apa. Duk umah gi surau tadah kitab je keja dia ni. Agak -agak dia ni dah 2-3 tahun gak tadah kitab. Tapi dia kata sepatah haram tak paham.

Ada satu hari dia kata, "Selama 3 tahun lebih ni, baru hari ni aku paham apa yang aku belajar!"

Esok takdir cikgu pencen tu meninggal. Ramai jadi saksi, liang lahad dia wangi...


Untung bagi pencinta ilmu! Sejahtera bagi kalian!

Isnin, Julai 05, 2010

FAQ tentang Anwar Ibrahim.

Abah selalu cerita pasal member-member dia yang kesengalan. Sengal tahap otak diselaputi minyak hitam avanza yang telah diguna. Jadikan pedoman terakhir yang thiqah lagi 'adil. Yakni Utusan Meloya dan TV3 suku. Tumpoh yob!

Abah memang hobi dia melayan manusia jahil begini. Nak tengok tahap IQ derang. Abah gua ni penuh ngan fakta. Siap keluar lagi cerita sejarah.

"Kita tak boleh kasi Anwar Ibrahim jadi PM"...."Abih negara kena jual"..Kata Malaon sorang ini.

"Anwar tak jadi PM lagi negara dah kena jual!" Spontan Abah.

"Yang....Iskandar (Wilayah Iskandar) kat Johor tu apa cita? Pulau Batu Putih, Tanah KTM, Pengkalan Minyak?...Anwar ke jadi PM" nada abah dah tak maintain. Serupa bunyi ekjos kancil gua yang dah modified tu!

Padan muka malaon tu...Biasa lah! Macam haram je tuduh-tuduh!

Abah sambung lagi, "Pusat Penyelidikan Getah kat England pun nak buat pusat sukan lah kononnya, harga ratus juta lebih (Ni zaman menteri tomboy jadi menteri). Kerajaan England pun bantah nak buat projek ni, katanya tanah di situ ada nilai sejarah! Pergh......Orang lain lebih tahu nilai sejarah kita daripada kita, Malu wei!"

Abah tanya, "Anwar ke jadi PM?"

Malaon serupa biawak kelaparan maggi! Hampeh!

p/s : abah gua kelulusan LCE je. Tapi minda dia lebih merdeka dari orang ada Ijazah!

Khamis, Julai 01, 2010

Sanggup?


Haji Jamaluddin Ehsan, sukarelawan kapal Mavi Marmara perasan gua pakai jersi Turki.

"Wah, bagus ni Turki!"

Gua balas, "Sebab tu saya pakai!"

Haji beritahu, bulan sembilan ni adalagi trip ke Gaza hantar bantuan.

Kali ni agak grand prix skit! 64 buah negara. Setiap negara satu kapal.

Kalau wakil Malaysia nak pakai Scorpene boleh bagi pinjam jap, boleh?

Gua mula pikir bulan sembilan nak hantar budak main bola. Bersiap nak kahwin. Sanggupkah gua?

Ke gua ni belum layak nak syahid? Allahu Akbar!

Sejahtera buat Syahid Mavi Marmara!