Jumaat, Ogos 29, 2008

Happy Ramadhan Kareem!!!

REFORMASI diri, TAJDID nafs, ISLAH ruh!!!

Khamis, Ogos 28, 2008

Pelik kan?...Hangpa kira tengok..

Bilangan yang Keluar mengundi ketika PRK...Permatang Pauh P44...Sumber dari 'Utusan Meloya'...klik sini

Meh kita kira....

Seramai 38,144 atau 65.45 peratus daripada 58,459 pemilih berdaftar bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi sehingga pusat mengundi tutup pada pukul 5 petang. - Bernama

Jumlah keluar mengundi-{(undi DSAI)+(undi AKIM)+(undi rosak)}=(undi Datuk Arid Shah)

38,144-{31,195+92+477}=?

38,144-31764

=6380 (undi Datuk Ariff Shah-BN)--- ni yang sepatutnya kan?

(mana datang lagi 9144 undi?)....pelik kan?...lu pikir lah sendiri)
konklusinya....majoriti DSAI, 24815 undi lah...

anyway....bak kata matcomot...yea..yea...dapat PM baru!!!


p/s: dah kalah pun sempat nak menipu lagi...ish...ish...istighfar...Astaghfirullah!


Selasa, Ogos 26, 2008

Long...ada ok tak?

Nak masuk surau maghrib td...jumpa Bang Mael...camne? Dia tanya aku...aku pun balas ngan simbol "thumb up"....

Naik je tangga, Cik Shahrir buat isyarat 'thumb up'...aku balas 'thumb up'...

Solat Maghrib.....

pas solat, belum sempat solat ba'diyah..."Long...ada ok tak?" aku kata "ok...majoriti lebih 10k..dan aku tambah 48 mp dari Be eNd akan lompat ke PR".

Allahu Akbar........................(azan Isya')

sejurus salam isya', Bang Yusof, Cik Basri, Haji Ibrahim, Bang Asri kelilingi aku...suma tanya senada..."Long...apa cita?"...Berdasarkan maklumat dari matcomot n YB Zul...DSAI menang dgn majoriti 17k++....tapi bila aku tgk balik....

majoriti.....15671



TAHNIAH "YAB" DATO' SERI ANWAR IBRAHIM!!!

p/s : Saya Mohd Aizuddin bin Mohd Zarudin memohon sejuta kemaafan jika entri saya sebelum ini menimbul perasaan kurang senang Ust Ramlang Porigi. Minta maaf Ustaz....

Sabtu, Ogos 23, 2008

Sedikit Previu Final PM

Malam ni (23/08/08) akan mempamerkan kebolehmampuan team Selangor dan Kedah. Kemuncak musim untuk kedua-dua pasukan membuktikan sapa lagi 'terror'.

Mungkin tanpa kehadiran aku di Stadium Nasional Bukit Jalil team Selangor dapat mengalahkan Kedah buat sekian kalinya setelah asyik kena belasah je dengan Kedah.



Dear Siew (teman tengok bola sesama),
Semoga mlm ni kita dihidangkan game yang best...aku yakin kedua2 team ingin pamerkan game yang best berdasarkan inilah game yang terakhir buat pemain import utk kedua2 team!

Barisan kemungkinan Selangor
.....................Suffian..........................
....Amri...Evan...Razman...Asrar.....
Ellie...Shukor...Indra...Kanchung...
.............Safee.......Seator............



Pertarungan SEL dan KED selalu mengingatkan picisan-picisan peminat Kedah yang selalu je hantar SMS kat aku bila KED belasah SEL....Mana tak aku bengang, bukan selalu SMS tanya khabar ker, ajak minum2 ker...tau2 SMS aku bila SEL kena belasah KED...aku nak ingatkan golongan2 mcm ni takyah semangat bila team melonjak2...dan lupakan team bila dah merudum dengan alasan..."Apa standard tgk liga Malaysia"...mcm lah korang tinggal @ lahir kat Carrington @ Madrid @ sebelah stadium Del Alpi...


VIVA Selangor!!!

Spot The Same..

Dalam kesibukan pihak polis mencari individu yang terlibat dalam 'kekacauan' ketika penamaan calon PRK Permatang Pauh 16hb lepas mungkin kamera media arus perdana kita terlepas 'shot' mengambil gambar2 penyokong UMNO/BN yang begitu 'sopan...

Lihat gambar gadis yang agak tembam di bawah banner pink tu...mengkin ni agak sopan sedikit...gambar ini diambil dari MyMetro.


kemudian.....


Lihat kebiadapan Puteri UMNO yang tembam itu memberi isyarat 'meliwat'...istighfar aku tengok gambar ni...Astaghfirullahil'azim...mana media arus perdana tal publishkan gambar ni?
Taubatlah ko si Puteri UMNO yang debab!!





Suratan atau Kebetulan.

"Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan "

Begitulah bait-bait lagu malar segar yang didendangkan oleh Kenny Remy Martin. Popular gak lagu ni..

Korang semua sambung sendirilah lirik dia k?

Betul ke apa yang berlaku terhadap karenah politik negara kita ini suratan atau kebetulan?

ish....ish...
Suratan ke? kebetulan ke?

1) Pembangkang menang besar PRU ke 12 then Saiful bukak kes kena liwat.
- depa kata kebetulan!

2) SPR umum penamaan calon then DSAI kena sapina kena pergi court tuduhan liwat.
- depa kata kebetulan!

3) Besok Penamaan Calon Permatang Pauh then malam tu Saiful bersumpah kena liwat.
- depa kata kebetulan!

4) DSAI tak mau bg DNA pasai DNA lama dah ada, then depa bawak ke Parlimen pindaan akta DNA kasi bagi DNA.
- depa kata kebetulan!

5) Makin dekat PRK Permatang Pauh, tetiba jer ExCO PR Negeri Perak kena dakwa rasuah duit dan seks.
- depa kata kebetulan!

6) Lagi makin dekat PRK Permatang Pauh, then tetiba jer harga minyak turun ( kata bulan 9 ).
- depa kata kebetulan lagi!

Berapa banyak kebetulan daaa...tak 'saspen' langsung!

p/s: Rakyat bila ditemubual pasal harga petrol baru (RM2.55/liter), kebanyakan cakap..."sama gak tak beza mana pon...dulu naik bukan main tinggi, turun ski aja...tak beza mana pon"


Criter Hindustan pun tak banyak kebetulan macam ni! Lepas ni kebetulan apa lagi daaaa

Rabu, Ogos 20, 2008

Tahniah Presiden MPPUIA!!


Bangkit! Semua calon graduan UIA!

Ternyata semua warga UIA tidak berkenan dengan pihak pentadbir UIAM yang mengenakan mortar board bg menggantikan songkok...



Aku pernah bg komen aku dulu....klik sini

langkah yang bijak...walaupun yang hadir menyertai perhimpunan aman ini
lebih kurang 100 orang...sekurang-kurangnya ini perhimpunan yang ada kalibernya..tak macam...tut!!

lagi berita kewarasan Presiden MPP UIAM!...klik sini

Selasa, Ogos 19, 2008

Siapa Ramlang Porigi?

inilah komplot yang berjaya dibongkarkan setakat ini..
korang perasan tak wajah 'imam' yang jadi saksi sumpah laknat Sayfool tu?
kalau lupa...aku ada upload...



aku dengar cerita yang 'imam' ni bukan Imam besar pun...
hanya pembantu Hal Ehwal Islam bergred S17...

Info 2 - Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Ramlang bin Porigi
Jawatan : Pembantu Hal Ehwal Islam
Telifon : 03 6201 8780 ext :158 - rujuk [ sini ]

makin menambah keraguan...



ahli UMNO tu...

dan dilibatkan juga dengat PRK di Permatang Pauh..



pelik tak? berasal dari sabah (12) pada IC...tapi mengundi di Permatang Pauh?Pelik-pelik...

P/S: doakan kesihatan Tan Sri Musa Hassan,dan diberikan taufiq dari ALlah...

Sabtu, Ogos 16, 2008

Apa beza MRSM dan UiTM?

yang beza tahap pendidikan...yang sama dua-dua belakang ada perkataan MARA...
MARA = Melayu..
Kalo Tan Sri Khalid dah buat seluruh mahasiswa UiTM berarak marah dengan cadangannya.
Kenapa tak marah akan keputusan 6 tahun lalu?
Yang mana lagi teruk?Cadangan atau keputusan?

Takpelah...sesekali nak berdemo tanpa 'iringan' FRU dan SB2 apa salahnya...



ARKIB : 06/06/2002
Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum

Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES

KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu.

Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini.

Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya.

``Kita jangan tutup pintu kepada orang lain kerana perbuatan sedemikian boleh menjurus kepada perasaan perkauman.

``Jika kita ada perasaan tertutup, akhirnya nanti kita akan menemui jalan buntu dengan tidak lagi mampu menjalin kerjasama antara kaum,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan 26 pertubuhan itu yang dicapai sebulat suara pada majlis dialog pendidikan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kolej Islam Antarabangsa di sini, semalam.

Selain GPMS, pertubuhan yang menyatakan pendirian tersebut ialah Persatuan Pelajar Lepasan MRSM (Ansara), Barisan Bertindak Melayu (BBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Intelek Melayu Malaysia dan Majlis Kebudayaan Melayu.

Turut menyokong keputusan itu ialah Majlis Belia Selangor, Persatuan Melayu Sabah dan beberapa ahli akademik dari universiti awam dan swasta.

Abdul Aziz seterusnya berkata, kerajaan amat bergantung kepada semangat perpaduan kaum terutama untuk mencapai matlamat menjadi negara maju pada tahun 2020.

Justeru, jelas beliau, langkah mengetepikan kaum tertentu untuk memperoleh kemudahan pendidikan hanya akan mendedahkan negara kepada semangat perkauman yang menebal.

``Kita kena latih anak-anak kita menjalin perpaduan antara kaum kerana jika tidak orang Cina akan mengikut haluan sendiri, India begitu juga dan Melayu dengan caranya.

``Di mana (titik perpaduan) kita nak bertemu?,'' katanya.

Menurut beliau, kerajaan tidak menghalang sebarang saranan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara tetapi mahu pihak yang mengemukakan saranan meneliti dahulu manfaatnya dalam jangka panjang.

Abdul Aziz menambah, dalam isu kelonggaran kuota 10 peratus untuk bukan bumiputera dalam dua program berkenaan, kerajaan berharap ia tidak disalah faham kerana tindakan itu tiada sebarang motif untuk menggugat pendidikan orang Melayu.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz berkata, peruntukan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di MRSM tetap dilaksanakan walaupun banyak pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu mahu perkara itu ditangguhkan.

Bagaimanapun menurut beliau, perubahan ke atas kuota itu boleh dilakukan oleh Kabinet jika didapati sistem tersebut merugikan kaum bumiputera dan tidak mencapai matlamat yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Kata beliau, sistem kuota itu akan dilaksanakan di semua MRSM di Semenanjung kecuali di MRSM Kinarut, Sabah dan Kuching, Sarawak yang telah dikhususkan 100 peratus untuk bumiputera.

Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat untuk menjadikan kaum bumiputera lebih cemerlang dan mampu bergaul serta bersaing dengan bangsa lain dalam era globalisasi.

Ini berikutan kebanyakan lulusan MRSM didapati hanya cemerlang dalam akademik tetapi lemah dalam aspek pergaulan dengan kaum lain, di samping gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Biarpun begitu, Nazri memberi jaminan pengenalan sistem kuota itu tidak akan mengurangkan sama sekali jumlah pelajar bumiputera yang diambil setiap tahun.

``Misalnya, kalau setiap tahun kita ambil 4,000 pelajar bumiputera, maka jumlah itu akan kita kekalkan manakala tambahan 10 peratus pelajar bukan bumiputera akan kita tentukan di mana untuk menempatkan mereka ini,'' katanya selepas menerima memorandum mengenai isu kuota tersebut daripada Pemuda UMNO Selangor di sini hari ini.

Nazri menambah, kuota 10 peratus bukan isu baru memandangkan ia pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sewaktu idea penubuhan MRSM dipersetujui kerajaan kerana mahu melihat pelajar Melayu bersaing dengan kaum lain.

Jumaat, Ogos 15, 2008

'Nadal' No 1 dunia!

Topik di atas seakan-akan satu provokasi buat kem rakyat Swiss yang menaruh harapan supaya bintang sanjungan tenis mereka "Fedex" mengekalkan gelaran ulung itu. Tetapi ianya satu motivasi dan ransangan buat Nadal untuk merampas takhta itu jika berjaya tundukan Federer dalam kejohanan olimpik ini.

Berehat sebentar, sementara menjadi pemerhati setia kepanasan karenah politik tanahair dan juga terhimpit dengan kesuraman sambutan hari kemerdekaan tahun ini. Atas alasan itu, aku ambil keputusan mengulas sedikit pasal harapan negara meraih emas pertama di kejohanan spesis manusia peringkat bumi itu yang berlangsung di Beijing, Republik Rakyat China.


LEE CHONG WEI..

"Bang Long, arini Chong Wei (CW) menang tak?" tanya adik bongsu aku, Ali. Setiap orang teruja bila ceritakan pasal CW, akibat men'sayur'kan tiga lawannya sebelum ini. Termasuk harapan terakhir Republik Indonesia menerusi Sony Dwi Kuncoro yang baru saja di'sayur'kan 12 jam sebelum entri ini ditulis.

Target emas dulu baru target RM1m!!! ok!!!

kenapa di ('') perkataan Nadal pada topik di atas? tanpa berselindung gantikan dengan Lee Chong Wei No 1 Dunia!!!

secara terus tak berangankah melihat CW merampas gelaran No 1 pada Lin Dan? Sebagaimana persaingan Nadal-Federer?

Isnin, Ogos 11, 2008

Minta maaf kalian....

Pertama sekali, minta maaf pada kalian yang berkali-kali, beribu kali ataupun berjuta kali cuba untuk meninggalkan komen dalam blog ini tapi tak berjaya, mintak maaf banyak-banyak..

inilah sebabnya...



sekarang....



bukan ingin menghalang hak bersuara seperti yang diluahkan Saudara 'Farisha' sehinggakan dianalogikan dengan dan seakan-akan menghalang hak laporan DSAI..Dahsyat tu En Farisha...

Tapi tidak lagi sekarang...kerana saya sudah terbuka untuk bak kata Dato' Shabery Cheek, "peluang (hak bersuara) ini tak mungkin dapat jika Anwar Ibrahim di dalam kerajaan"...hehehe:)

Sabtu, Ogos 09, 2008

SELAMAT HARI LAHIR, DATO' SERI!!!


Selamat hari lahir, Dato' Seri!
Moga umur diberkati!
Teruskan perjuangan, rakyat marhaen bersama-sama kamu!
Terus angkat darjat, pangkat, martabat umat Islam!!!
Teruskan jadi jurucakap pembela rekyat!!!



TAKBIR!!!

REFORMASI!!!

Khamis, Ogos 07, 2008

Redupnya Bulan Kemerdekaan!

Hari ini genap seminggu masuk dalam bulan kemerdekaan (Ogos) tapi Pak Menteri kesenian kebudayaan dan warisan Tok Pie Apdal senyap seribu bahasa. Kempen mengibar bendera pun tidak diwar-warkan. Program-program sempena merdeka pun membisu. Apa pula tema hari kemerdekaan tahn ini?

Mungkin tema merdeka tahun ini ,"Bersatu Menyekat Dato' Seri Anwar Ibrahim". Sehingga entri ini ditulis, calon BN di Permatang Pauh belum diumumkan dan mungkin sambutan kemerdekaan tahun ini akan disambut di Permatang Pauh?

Apa yang perlu ketika ini? Patriotisme ataupun Diktatorisme?

Atau Pak-pak menteri tak sedar yang sekarang ni sudah masuk bulan kemerdekaan?

BANGUN!!!BANGUN!!!BANGUN!!!

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

REFORMASI!!!REFORMASI!!!REFORMASI!!!

Lagi berita DSAI,--Al Jazeera


http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2008/08/20088671353244437.html

Selasa, Ogos 05, 2008

Bila diperiksa anggota polis...



Jumaat pagi sabtu lepas aku, fad (adik), shidi (sepupu) pergilah jalan-jalan di Downtown, Bandar Tun Razak. Satu barang pun tak beli apa, mata hanya dihidangkan barang-barangan dagangan bebas yang satu pun tak menarik perhatian kehendak kapasiti kewangan....hahahah...senang cakap...takdak fulus lah.....hahhaha.

Abih je usha-usha barang. Pegi lepak jap kat warung kat situ, makan minum skit...pastu terus gerak balik.


Ikut jalan depan Ins Perguruan Teknik then depan HUKM depan skit dekat selekoh Tmn Jaya ada road block...Nak taknak kena berenti gak, beri kerjasama yang terbaik kepada pihak berkuasa.

Disuruhnya kami keluar dari kereta,ada sorang anggota polis ni tolong tutup enjin kereta aku. Kami pon disuruhnya mengeluarkan dompet masing-masing,handset dan apa-apa yg ada dalam poket dan pouch. Ikut je aku apa yg disuruhnya. Sebab aku yakin yang aku bukannya liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan bukannya pembunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu, dan aku juga bukan penyebab kematian Noritta Samsudin...eh apa aku mengarut ni..Dengan selamba aku serahkan wallet aku..dichecknya satu persatu. Ok lepas..

Aku disuruh buka boot kereta..nasib baik dalam keadaan okay means tak berselarak sangat. Terjumpa dia poster ceramah Dato' Dr Hasan Ali, dia tanya aku, "Orang UMNO ek?" dalam hati aku menjawab takkanlah kemaruk sangat UMNO nak bermuzakarah ngan PAS, sampai polis tengok lambang PAS dikatanya UMNO...ish-ish.

Okay semua dah settle...Kami bertiga bebas dari sebarang tuduhan.

Perjalan pulang diteruskan melalui balai bomba, padang di BTR itu, dan seterusnya di hadapan kilang Ramly's, ada road block lagi...Polis tengok je, tapi kenapa mesti ada road block lagi kan?pelik kan?

Apa yang boleh diteladani dari cerita aku ini....

#jangan sesuka hati beri barang peribadi kita kat depa (anggota polis). Sebab depa bleh letak e.g dadah, ganja dalam tu..Kita bleh bukak wallet kita sendiri...Biaq depa tengak ja...

#jangan bagi depa seluk poket kita. Biaq depa check dari luaq.

Hampa bayangkan jikalau 2 situasi di atas terjadi kat aku...dan kemudian road block depan kilang Ramly's aku kena tahan, kompom aku kena.....

Nau'zubillah...