Isnin, Januari 31, 2011

Kita Punya Hati! Updated.

Usai gua solat isya', ramai kerumun. Ini jarang-jarang terjadi. Biasa kerumun pun nak tau update keputusan mana-mana PRK. Tapi ini lain.

Gua tengok ada seorang pemuda kurus, mata sepet, tangan kering nampak urat-urat timbul. Datang solat maghrib dan isya' berjemaah di surau. Hajat ingin duga ihsan jemaah di surau. Berpenyakit kencing manis, dan diperakui Hospital Serdang. Isteri dah sebulan tinggalkannya dan seorang anak mereka setelah dia menganggur dua bulan lepas.

Yang buat gua sayu, dia peluk Islam sejak 27/9/2007

Nama : Johar Jordan Ng bin Abdullah @ Ng Wei Foon

No KP : 800610 - 14 - 5051

Bil Daftar masuk Islam : BPI 245/2007

No Telefon : 0196105526
No Akaun Bank : 1010541000018320 BSN

Kita punya hati, salurkan sumbangan!




Khamis, Januari 27, 2011

Ikhlas

gua bukan nak promo insurans nyawa. Ikhlas ni perlu ada subjek khas ke kena belajar?

Hari ni gua kerah budak lelaki 5L angkat meja keluar dari satu bilik. Kerah satu kelas, lepas 10 minit tinggal 5 orang je. Yang baki inilah bukan setakat angkat, siap susun dan menyapu lagi.

Gua salut geng-geng ni. Sampai berpeluh-peluh.
"Ustaz, saya nak mop boleh?"

Pergh....sayu gua! "Takpe, takpe...dah masuk kelas"

Gua hulur sorang singgit, makin laju buat kerja geng ni! Semangat!

Gua pesan, "Jangan bagitau budak lain tau ust bagi duit!"

Serentak semua, "Ok, ustaz!"

"Dahla...semua masuk kelas, yang lain biar ust settle sendiri" arah gua dengan ucap terima kasih.

Siap kunci bilik tu, gua sekali dengan geng berjalan masuk kelas sesama. Lalu depan kantin, datang pula geng curi tulang tadi.

"Ust, nak tolong apa lagi?" ringkas gua jawab,"dah abih dah!"

Sampuk sorang dari geng berlima tadi "Ust tak bagi duit pun!"

"Cilakak!" bertasbih dalam hati gua.

Khamis, Januari 13, 2011

Syuhurul Miladiah

Sebelum belajar gua kena amik mood bebudak ni. Kena gua mula dengan set induksi. Pergh...elemen wajib tu, dulu masa praktikum pecah kepala nak buat set induksi.

Lepas bebudak jawab salam gua, gua tahan dorang ni berdiri. Tercongoklah dorang tengok gua tulis hari, tarikh dan tajuk di papan putih.

Gua pancing versi formal, "Siapa dapat jawab, bleh duduk!" Muka bebudak ni mula dah semangat.

"Dalam setahun ada berapa bulan?"

"dobelas"

"bulan pertama ada dia?"

"Januari!"

"bulan terakhir?"

"disember!"

"hari kemerdekaan?"

"ogos"

"hari guru?"

"mei"

"hari keputeraan agong?"

masing-masing melopong, "ape tu?"

gua tanya balik, "kenal agong?"

majoriti jawab, "siapa tu?"

gua terpana seketika, pergh...dalam umur begini budak-budak belum kenal siapa agung, ini parah!

kesimpulannya, waktu mengajar bahasa arab gua dah jadi subjek alam dan manusia!

p/s : Syuhurul Miladiah = bulan-bulan masihi

Rabu, Januari 12, 2011

Fenomena.


Ini fenomena alam yang baru. Budak-budak sudah tidak segan pakai jersi Malaysia. Zaman gua dulu, gua sorang-sorang je pakai. Itu pun jersi pahang, masa Piala Malaysia tahun 1992. Masa tu Pahang menang dengan jaringan awal Zulhamizan Zakaria. Itu pun arwah Abah Malik beli untuk gua.

Masa tu sapa tak bangga pakai jersi Pahang no 17 plak tu!

Sekarang ini orang mula buka mata dengan bolasepak Malaysia. Rakyat kembali beri sokongan. Jersi Malaysia habis dijual, termasuk yang ori dan tak ori.

Sekarang ni kalau makan kat tempat makan yang femes, lu orang jangan tipu kata takde orang pakai jersi Malaysia.

Ini fenomena cool!

Sampai kenduri kahwin pun gua nampak ada budak pakai jersi Malaysia!


Selasa, Januari 11, 2011

Dia cuma seorang budak India.

"Ustaz ajar bahasa arab?" tanya seorang ibu pada gua. Gua pasti dia berbangsa India.

Gua jawab spontan, " Ya..."

"Anak saya tak dapat buku teks bahasa arab. Saya nak dia belajar bahasa arab. Saya tahu ini cuma belajar bahasa". Dia tambah lagi "Result anak saya semua A, kalau boleh saya mahu lulus sahaja bahasa arab"

Pergh..gua sahaja rasa perasaan gua masa tu. Subhanallah!

3tahun kemudian...

Gua ketemu kembali Selwendran, sekarang dia sudah berumur 10tahun. Sudah darjah empat!! Dua tahun gua tak mengajar Selwendran.

Hari ini hari kedua gua mengajar kelas dia. Kelas budak pandai+budak eksyen lebih.

Kriiinngg...

"Ok kamu semua pergi rehat!" gua halau semua budak gi kantin.

Selwendran hampir pada gua, " Ustaz tulis nama saya dalam tulisan jawi"

Pergh..gua sahaja rasa perasaan gua masa tu. Subhanallah!

Jumaat, Januari 07, 2011

Kita Punya Hati!

Usai gua solat isya', ramai kerumun. Ini jarang-jarang terjadi. Biasa kerumun pun nak tau update keputusan mana-mana PRK. Tapi ini lain.

Gua tengok ada seorang pemuda kurus, mata sepet, tangan kering nampak urat-urat timbul. Datang solat maghrib dan isya' berjemaah di surau. Hajat ingin duga ihsan jemaah di surau. Berpenyakit kencing manis, dan diperakui Hospital Serdang. Isteri dah sebulan tinggalkannya dan seorang anak mereka setelah dia menganggur dua bulan lepas.

Yang buat gua sayu, dia peluk Islam sejak 27/9/2007

Nama : Johar Jordan Ng bin Abdullah @ Ng Wei Foon

No KP : 800610 - 14 - 5051

Bil Daftar masuk Islam : BPI 245/2007

No Telefon : 0196105526

buat masa ni gua tak dapat no akaun dia lagi, nanti gua update balik.

Kita punya hati, salurkan sumbangan!

Rabu, Januari 05, 2011

Bengap tahap lori! Versi Korea.

PR perintah cikgu dapat elaun tambahan sebanyak RM500?

ada cikgu yang yakin, ada juga yang ragu-ragu.

Sebahagian yang ragu-ragu kata, "haaa...itu janji je tu! Orang politik semua sama je!"

Syabas politik UMNO BN yang sudah menyamaratakan kebengapan mereka kepada orang lain!

Selasa, Januari 04, 2011

Bengap tahap lori!

Gua tak pasti siapa kata, tapi tak silap gua menteri atau timbalan menteri. Tak kisahlah janji kenyataan bengapnya itu buat gua menyirap.

Gua nak ucap lagi tahniah buat Rajagobal dan bala tenteranya. Ada pula terpacul dari mulut busuk depa. Kehadiran penyokong yang ramai bukti konsep 1Malaysia kian diterima rakyat. Kalau ada paras kebengapan, ini paras yang mana?

Dulu takde konsep jadah tu pun orang datang stadium!

Ni pulak nak bawa Harimau Malaya kempen di Tenang, hancur!

Ahad, Januari 02, 2011

Belajar dari Kemenangan.

Kalau ada yang mulut busuk akan kata, "Sekejap je tu...nanti kalah la!". Kalau ada seribu orang cakap macam tu, memang tak sporting langsung.


Hari-hari aku dengar berita cerita pasal kemenangan skuad Harimau Malaya (walaupun ada orang nak jadi hero, kata lebih baik guna Harimau Malaysia, macam haram je!). Rabu ni genap seminggu skuad Malaysia menjuarai AFF Suzuki Cup 2010. Sampai hari ni tak berenti lagi berita depa.

Tak terlambat gua nak ucap pada Rajagobal dan anak buah! Lu orang memang hero!

Kita yang tak main bola ni, sokong sahajalah. Ada yang rasa bila sokong kenalah menang. Ingat ni cerita Ultraman ke. Last-last mesti menang gak.

Daripada kemenangan ini gua harap :-

- ia dapat beri kesan baik pada perkembangan Liga M kita. Kunjungilah stadium-stadium walaupun Astro dah bagitau buat live.

- program pembangunan mesti berterusan dan bermula dari peringkat sekolah rendah.

-harga tiket kat stadium dinaikkan. Mentang-mentanglah orang ramai gi stadium.

-lu orang jangan harap sangat Safiq Rahim main macam Lampard.

- artis-artis jangan sibuk-sibuk gedik nak tackle pemain-pemain bola ni.

- kalau dapat offer main luar Malaysia, gi jelah...jangan macam Fazli S####!