Sabtu, November 29, 2008

BELASUNGKAWA.


Allahyarham Dato' Razali Ismail
Timb. Menteri Pelajaran Malaysia

Al-Fatihah...

Sebagai wakil kepada beribu-ribu warga pendidik di Malaysia ini mengucapkan takziah kepada keluarga ALlahyarham...
Terasa kehilangan seorang pemimpin yang berusaha dalam perkembangan system pendidikan kebangsaan...
Semoga ALlahyarham digolongkan sebagai orang-orang yang soleh...
Amin...

Jumaat, November 28, 2008

Berehat sebentar...

"gua sudah 17 tahun jugak buka bisnes, kadang2 ada ombak besar ada ombak kecil, ada PASANG ada SURUT, biasalah...bisnes" kata seorang mamak kepada pekerjanya...

Terpanggil aku bila disebut"PASANG SURUT"...teringatkan blog ini...mintak maaflah...tak sempat nak 'update' macam selalu, sebab tengah interaksi di maktab la ni..bz sesangat...assignment lah, presentation lah, kuiz, makro n mikro teaching...dll...

Ahad, November 23, 2008

Bila 'Si Raju' Sukakan Tok Guru.

Siangnya dikhabarkan Tok Guru di Sungai Golok,
Ziarah mangsa banjir di sana,
Dalam kepala fikirkan...
Mana bisa Tok Guru datang ke Semenyih malam ni?
Tok Guru pun kurang sihat adanya.
Tapi misi da'wah mesti diteruskan...Tok Guru datang jua!
'Si Raju-Raju' gembira sambut dengan urmi,
Bergendang, menari gembira sambut Tok Guru.



Corat-coret ketika ceramah.

-Ramai kaum India datang dengar ceramah Tok Guru, sedangkan orang Melayu ada lagi yang 'segan' nak datang.

-Bila ada wakil kaum India berucap menggunakan bahasa Tamil, terpaksa melantik penterjemah bidan terjun (ahli HINDRAF) di situ.

-Antara isinya, 50 tahun BN memerintah, Sekolah Tamil belajar dalam kontena, tapi selepas PR perintah Selangor nasib sekolah Tamil di ubah.

-Mereka puji Tok Guru pelihara kuil di Kelantan...di Kelantan, kuil siap ada air-cond.

-Sempat juga hantar SMS dari Harakahdaily menjemput ke ceramah GMI di Pandan kepada ahli HINDRAF tu...pesannya lagi..."kalo ada apa-apa msg lagi hantar ye..."

-Sedang ceramah diselang-seli laungan Takbir...'Si Raju' ni bertanya "Itu Allahu Akbar (Takbir) maksud dia Allah besar kan? itu saya tau, tapi orang hindu boleh sebut juga ke?"...Ini peluang yang da'wah ni...aku jawab "sesiapa pun boleh cakap, Allah tu tuhan suma manusia, dia jadikan suma manusia"...huh!dalam hati aku...moga2 ALlah bagi hidayah kat dia!

-Abah plak melayan 'Si Raju' yang lagi sorang di belakang aku...Tok Guru beritahu bila dia jadi MB dia amik semua duit negeri masuk dalam Bank Islam sebab nak bebas dari riba'...ramai masa tu cakap Tok Guru tak pandai urus ekonomi negeri. Tok Guru cakap riba' tu zalim, menindas manusia...Abah pun ulas pada 'Si Raju', "Riba ni interest...bila kita bulat loan, dikenakan...kita buat loan sebab kita susah, ada interest lagi kita susah..itu yang menindas!'Si Raju' macam paham.."Betul la..."

Isnin, November 10, 2008

Web Pilihan.


Bagi yang baru membina karier,

aku syorkan lawatlah weblog ni,

baguih pa...


selamat melawat.




Ahad, November 09, 2008

Kenapa Isu PATI Tak Selesai?

Kalau macamnilah yang berlaku...
susahlah pasukan-pasukan penguatkuasa nak banteras....

Sanggup ek dorang (PATI) wat macamni?

"bleh tahan gak ek, duk dalam beg yang ada dalam keta?"

"agak-agak sapa yang nak tukar meter minyak yang baru kat dashboard korang tu, bleh try pattern ni"

"ni plak kat rear seat"..."kalo aku tak muat ni"

"yang ini kena pasikan radiator dalam keadaan baik punyeee..."

"paling dahsyat punyeee...kalo aku jadi penguatkuasa pon tak perasan"
SALUT LAH...hehehe:)
moral of story, periksa kenderaan anda sebelum memandu.

Jumaat, November 07, 2008

Surat Terbuka buat Tuan Obama.


daLYaanoon
Semenyih,Selangor
Malaysia
-------------------------------------------------------------------------------
Tuan Barack Obama
Rumah Putih,
Washington DC,
Amerika Syarikat7 November 2008

Tuan,
MENUNTUT BEBERAPA HARAPAN.

Sukacita saya dan segenap rakyat Malaysia menyatakan rasa bangga dengan kemenangan tuan dalam pemilihan calon presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Syabas kami ucapkan. Sebelum tuan menjawat jawatan sebagai Presiden AS pada 20 Januari kelak adalah manisnya tuan mengambil kira prihatin tuan terhadap beberapa perkara.

2. Mengikis persepsi penduduk dunia tentang imej AS sebelum ini sebagai polis dunia.

3. Meyakinkan dunia bahawa tiada lagi stigma atau sindrom Islamophobia yang melanda Umat Islam.
4. Dunia tahu bahawa tuan seorang yang realis yang meyakini prinsip diplomasi melalui perbincangan berharap segala apa tindakan tuan berdasarkan rasional secara kolektif.

5. Mengundur semua anggota tentera dan menghentikan segala aktiviti alteleri di Iraq dan Afghanistan.

6. Memastikan tiada wujud unsur berat sebelah dalam hubungan 'bilateral' antara AS dan Malaysia.

7. Membebaskan Al-Quds (Palestin) dari kekejaman rejim Zionis Yahudi. (walaupun tuan nampak kurang serius tentang isu ini).

8. Kerjasama anda kami sangat-sangat hargai. Segala pertimbangan tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

---------------------
daLYaanoon




(t/tangan tidak diperlukan kerana cetakan komputer)

Isnin, November 03, 2008

Tepuk Dahi lagilah Khir Toyo!

Abdul Aziz Mustafa

Mon Nov 03, 08 4:38:00 pm

MYT


KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Kira-kira 6,262 guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan dinaikkan kepada RM1,000 sebulan mulai Januari tahun depan berbanding RM738 sekarang. Iklan
Malah, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan elaun itu mungkin dinaikkan kepada RM1,500 sebulan dalam masa dua atau tiga tahun lagi jika keadaan kewangan kerajaan negeri mengizinkan.


Sehubungan dengan kenaikan elaun tersebut, Abdul Khalid berkata, para guru SRA dan KAFA mungkin akan diberikan kemahiran yang lebih seperti mampu membina pangkalan data anak-anak murid mereka untuk rujukan JAIS dan kerajaan negeri, katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAIS dan meraikan kakitangan JAIS yang bersara.
Beliau turut merasmikan talian online JAIS "NCR Online" yang dibangunkan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat Islam dalam urusan perkahwinan dan penceraian.
Sebelum ini, Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi telah meminta kerajaan negeri agar menimbang semula kadar elaun itu yang agak rendah di tengah-tengah kenaikan harga barangan keperluan pasa masa ini, selain ia terletak di bawah paras kemiskinan RM1,500 sebulan._


***terkejut aku baru tau yang elaun guru SRA dan KAFA sebelum ni RM738...uih...bleh idup ke di zaman kenaikan melampau barang keperluan?


***macam nilah Islam Hadhari, keringat dan usaha guru-guru SRA dan KAFA pandang sebelah mata ja...


***motivasi terbaik untuk warga pendidik SRA dan KAFA di Selangor bagi memartabatkan tradisi keilmuan di bumi Darul Ehsan.


***tepuk dahi lagilah Khir Toyo!

Ahad, November 02, 2008

Percutian @ Langkawi 2008.

Sekian lama dah tak pergi ke pulau lagenda itu.
Agak-agak dah berbelas tahun kot..
Rasa terlalu banyak sangat perubahan kat sana.
Kuah Jetty Point dah macam kompleks membeli-belah.
Makam Mahsuri tak ubah macam Muzium Negara. Masuk pun dah kena bayar.
Dulu guna jalan kampung tapi dah ada lebuhraya.
Sekarang senang sahaja nak 'lemah'kan jantung pergilah cuba 'cable car' Gunung Machinchang...Jantung berdetak kencang!



tiba di Jeti Kuah

updating by The Star


'SubhanALlah'


'SubhanALlah'




Sir Wady, Sir Mior dan DaLYaanoon dalam proses me'lemah'kan jantung

Helang Senja


Destinasi pertama 'Island Hopping'

Helang berterbangan di Pulau Singa Besar


Buntingkah Dayang itu? Sapa buntingkan?


Kepanasan melampau memaksa aku menyembunyikan identiti

Aksi kayak yang memenatkan

Langsung merendamkan diri dalam air tasik yang payau itu.

Pantai Cenang dalam kenangan.

Perjalanan pulang ke Kuala Peghelih.