Jumaat, Oktober 24, 2008

Tahniah Skuad Harimau! (Meremajakan Hobi)

Salam. Malaysia ratah Myanmar! Tu headline dlm paper Malaysia pg td.. -Report courtesy Siew-



Siew dan daLYaanoon di Stadium Nasional Singapura. (AFF2007)
"adakah mungkin kami ke Bangkok tahun ini?"

Dalam sume game Pestabola tahun ni, game smlm adalah the best yg penah aku tgk. (Sbb tgk ngan aku kot?Hahaha...:)) Compare ngan game lwn Nepal, Sierra Leone n Afghan, game smlm mmg Malaysia berada di kelas tersendiri. (Gameplay ada skit best lah...Shukur the Kapitan The Best) Myanmar smlm adalah team senior diorg. Which means, kmngn smlm dh bg kita points dlm ranking FIFA. InsyaALLAH ranking kite akan naik pasni.. (Ameen...)

Based pd game smlm, aku puas ati ngan almost sume player. A big applause aku bg kt balak Rita Rudaini center back Aidil Zafuan. (Kalo aku jadi Rita kompom proud giler!hhahah) Dia cukup commanding kt defence. The best center defend kt Malaysia buat ms skrg. Tahniah Rita. Eh Aidil.. (RM16k tuh...)

Gol freekick Indra n Safee mmg da bomb! Magnificent freekick n intelligent dribble by Safee. Tahniah bros! (Aku vote Indra Man of The Match mlm td)

Sok final lwn Vietnam. Hmm instinct aku kuat yg kita akan mng. Brp gol? Aku xmo ckp. Kang ckp aku predict x logik plak. Ckp la aku ckp yg aku optimis kita leh retain Pestabola ni insyaALLAH.. (Aku doakan dari Kepulauan Helang)

So pd suma rakyat Malaysia yg bc bulletin aku ni aku seru agar kita ramai2 trn Bukit Jalil sok. Sapot la wei. Sedih aku tgk supporter kita x ramai pn. Lwn Myanmar ramai sbb kita mng besar game sblm tu. Kamon la. Show our sapot. Xkn nk tggu Malaysia mng world cup br nk terhegeh2 trn stadium? Br nk ngaku peminat setia Malaysia? (dan baru nak pergi cari jc Malaysia)

Jom trn. Tiket rm10 je. Xyah segan xyah malu. Kalo malu mkn baulu.. (mesti ramai yang layan BPL tu....dan mesti kata..."apa klas tgk Malaysia main"...macam tulah...tak ubah cara pikir!)

MALAYSIA vs VIETNAM

Final, Pestabola Merdeka ke 40

845 mlm, Stadium Nasional Bukit Jalil

25 Oktober 2008


BOLASEPAK KITA PASTI MENYINAR!! aku tambah...BOLASEPAK KITA WAJAH KITA!

Ahad, Oktober 19, 2008

---Huh---

Hari ini sangat hangat,
5 rumah terbuka je sempat,
perut dah semakin mampat,
main sepak raga dengan brader2 kelantan semalam pun penat.
perut mampat terkentut tak 'hengat',
saiz seluar dah makin sendat,
berlenggeng peluh melarat-larat,
kuingat lepas ni 'muscle' mesti berlipat-lipat.

Hari ini sangat panas,
amik surat khabar dikibas-kibas,
nasib baik baru dibersih kipas,
boleh tido tanpa was-was,
tengahari pergi rumah terbuka PAS (kawasan Hulu Langat),
penganjur kata ado lomang 500 das,
aku ngan abah sompek 3 ulas (jer),
GRACIAS!
rakyat datang berbas-bas,
saja datang jumpa rakan2 Unit Amal yang bertugas,
balik sambung tido tanpa was-was.

Tapi....

Hari ni memang panas dan hangat!

Sabtu, Oktober 18, 2008

Saat Bina Sahsiah atau Materialistik?

"Ustad, napa ustad nak jadi ustad?"
"Sebab minat (dalam proses memupuk...InsyaALlah), kenapa?"
"Saya tanaklah jadi cikgu, gaji tak banyak...saya nak keje kat Putrajaya...best, gaji banyak!"
"??#@$%^&*! (sungguh materialistik)"

Jumaat, Oktober 17, 2008

Jangan Kena Tipu Lagi!


Tepat 1200 15/10/2008 KERAjaan mengisytiharkan harga minyak turun dengan alasan...

a. Mengikut harga pasaran global.
b. KERAjaan faham beban yang ditanggung rakyat.

Tapi...(jangan tertipu)

a. Kenapa masa nak naik harga tak ingat beban rakyat?
b. Turunkah harga barangan spt kicap, sos, kelapa, tiket bas ekspres, tambang bas sekolah?
c. Ikut harga global sepatutnya harga minyak dijual kurang dari yang dahulu (RM1.92/seliter).
d. Macam mana KERAjaan nak atasi penjual yang mengatakan mereka membeli stok ketika harga minyak naik?
e. Macam mana nasib pengusaha2 stesen minyak?Beli stok dengan harga lama jual harga baru.
f. Harga minyak sekarang ni masih tinggi berbanding dahulu (RM1.92/seliter).

lagi sekali...KESIAN RAKYAT!

Isnin, Oktober 13, 2008

Minal Aidil Wal Faizin...Eid Mubarak!

Telah mohon Rahmat kurniaan Maha Penyayang,
Telah mohon ampon hapus dosa dari Maha Terima Taubah,
Telah mohon kasih sayang JannahNya,

Pergilah Ramadhan...

Belajar bersabar kelatah An-Nafs,
Belajar senantiasa tunduk kehambaan berdoa,
Belajar siapkan diri bertaqwa,

Perginya Ramadhan...

Syawal sudah kembali,
Mengharap Ramadhan datang lagi, (Amin)
Tunduk patuh panduan Rabbi,
Benci dosa yang dimurkai.

Syawal sudah kembali,
Bukan 'pesta' budak-budak lagi,
Yang kurang upaya diinsafi,
Hanya senantiasa ingatkan MATI!


Salam Eid Mubarak! Kullu 'Am Waantum Bikhair!
Berdiri dari kiri : Puteri Nur A'dilah, Muhammad Syafiq, daLYaanoon, Mohd Fadhlullah, Muhammad Ali Hanafiah
Duduk dari kiri : Mohd Zarudin Mat Salim, Aziyun Arshad

Ahad, Oktober 05, 2008

Penghargaan Buat Bro Pyan!


Gua tak sangka bro lawat gua punya blog,

tapi gua excited sama macam gua excited United Malay Nation Org tak dapek tawan Kelantan bila bro siap bagi komen kat gua...
Berbunga-bunga hati.

Tapi gua bukan mat bunga.

Terima kasih daun keladi bro Pyan!

Gua nak jadi member lu bro!