Sabtu, November 28, 2009

Salam Eidul Adha.

Selalu sahaja dikenang-kenangkan 'ibrah sirah Ibrahim A.S. Bukti kepatuhan total Ibrahim A.S kepada Tuhan punya alam.

Secara peribadi aku lebih melihat aspek kepatuhan total Ibrahim A.S kepada ALlah. Walaupun sering digalakkan kita berkorban. Mengambil contoh kepatuhan total Ibrahim A.S, siapa kita mahu ingkar arahan ALlah.

Semalam sempat beraya dengan Tuan Guru. Alhamdulillah dapat juga mendengar khutbah santai TG. Moga ALlah kurnia keberkatan terhadap TG dan keluarga.

Selasa, November 17, 2009

Chin Peng dihalang masuk,

Kali ini entri agak berat, pasal sejarah. Memang membosankan bagi sesetengah pihak. Tapi kalo cerita pasal sejarah ni dengar cerita abah syok. Tak macam baca buku teks. Kira abah ni buku teks bergerak lah.


gambar di atas diambil hari Ahad baru ni. Terkejut gak melihat kain rentang mega yang menyambut kedatangan Presiden Republik China, Hu Juntio.

Bukan main lagi 'banner' dia. Kalah 'banner' ceramah PR.

Bukan cerita pasal banner tu. Cuma merasa sedikit prejudis dan sikap selective kerajaan kita. Untuk makluman Hu Jintao ini juga Setiausaha Agung Parti Komunis China. Bukankah kerajaan bersungguh-sungguh menghalang Chin Peng masuk Malaysia kembali.

Jangan label aku komunis ya!

Bila keadaan macam nilah yang buat aku nak tau pasal Chin Peng. Apa yang ada pada tubuh badan Chin Peng sehingga dihalang sedemikian. Apa sikap kerajaan terhadap Chin Peng? Apa Chin Peng dah buat sehingga dia diperlakukan sedemikian? Apa dah jadi dengan Perjanjian Damai Haadyai 1989?

Aku yakin, kera**an tidak anti-komunis tapi anti Chin Peng! Kerana kera**an sendiri yang komunis! hahaha

Ahad, November 15, 2009

UMNO pejuang kemerdekaan.


Semalam ke negeri yang sudah lama tidak beraja. Kenyataan ini bukan berupa kebencian aku terhadap Ketua Menterinya. Malah bukan menuduh Ketua Menterinya tidak pandai. Aku rasa macam dah lama tak pergi ke negeri tu. Sebenarnya secara peribadi memang takde hal sangat nak gi belah Selatan ni, lebih-lebih negeri tu.

Sesampai sahaja di hadapan monumen tinggalan portugis (hasil datok nenek Cristiano Ronaldo) tu. Aku sempatlah tangkap sedikit sebanyak gambar depan kota kubu tu. Apa yang menariknya? Terfikir aku...Aku tak tunggu lama kat situ. Aku jalan sedikit, nampak macam menarik. Wah sebuah memorial! Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. (korang mesti dah tau negeri mana kan?)


Aku malas nak cerita...aku masuk macam mana, berapa ringgit tiket nak masuk...berapa orang pak guard yang ada kat situ. Yang menjadi perihatin aku, memorial itu bagus tetapi mengiktiraf UMNO satu-satunya badan yang berusaha ke arah kemerdekaan adalah sangat menjengkelkan.


Sekarang aku sedang menekuni memoir Said Zahari. Setakat yang aku baca, banyak persoalan yang timbul. Apa peranan parti-parti lain ke arah memerdekakan Tanah Melayu ketika itu? Apa sikap Tunku terhadap Rundingan Baling? Kenapa Rundingan Baling pertama gagal? Kenapa yang menentang UMNO digelar komunis?

Sejarah semangatnya perlu jujur dan berfakta. Jika ada yang cuba mengeksploitasi, nanti tak function. (pinjam frasa dari Rasul Kahar).

Memorial ini akan jadi bahan utama anak cucu kita untuk buat sedikit rujukan dan panduan. Jadi tidak perlulah kita dendang pada mereka UMNO sahaja yang tuntut merdeka.

Ada pulak seorang wanita buat kenyataan yang dangkal masa melihat dokumen-dokumen lama UMNO, terus terpacul "kalau takde UMNO, takdelah parti lain."


Aku macam nak tergelak...memandangkan dia hanyalah seorang ibu keada anak-anaknya, tak perlulah jatuhkan air muka di hadapan anak-anaknya. Nak je aku cakap, sebab ada UMNOlah ada parti-parti lain yang menentang UMNO yang dangkal itu!


ada juga keterangan pasal Dr Burhanuddin Helmi.