Ahad, Disember 28, 2008

Selamat Ulang Tahun Hijrah Nabi (S.A.W)


"Satu Muharram detik permulaan,
Permulaan Tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan Umat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
"




Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Wallahu A'lam

Rabu, Disember 24, 2008

Tahniah Bro Isham dan Mislina Mustaffa.!!!

"ISA
Ikut Suka Ati kau kata...

ISA
Ini Seksaan Aku kau kata..."



Dewan Bar Council Malaysia jadi saksi



Barisan pelakon yang berjaya menyebakkan rasa hati aku.
(rasa simpati kepada penderitaan dan pengorbanan isteri-isteri mangsa tahanan)

Berjaya juga aku menghadirkan diri aku ke dewan BC belakan Annexe CM Kuala Lumpur malam tadi. Hadir ngan sepupu aku, Shidi. Secara keseluruhan teater ini sungguh memberangsangkan!

Gandingan Hishamuddin Rais dan Mislina Mustaffa ternyata memberi impak yang berkesan kepada sesiapa sahaja yang menontonnya!

Kejam, rakus, zalim, kebinatangan, kurang cerdik, rasuah, duit kopi, duit teh, ,kotor, jijik, lucah antara unsur yang wujud dalam akta kuno ini!
bersama prop Bilik Sulit

Nantikan kemunculan teater ini di Pulau Pinang 9-11 Jan ini...tempat akan diumukan nanti!


p/s : ingat nak jumpa Bro Pyan yang terjumpa Kulupsakah plak! Nice to know you bro...

Selasa, Disember 23, 2008

Musim Orang Kahwin (MOK)

Pengumuman : Kenduri Kahwin Seterusnya...

1)Kamarul Hisyam Salehuddin (YOI) Dewan JKR Jln Sultan Hishammuddin, 27Dis2008

2)Afif Zikri Mohd Zaki (Tawau) Dewan D'Kelana Kelana Jaya, 25Jan2009

3)Ezalina Jalil (Eza) Dewan Sri Siantan Jln Sg Tua, 26 Jan2009

Ahad, Disember 21, 2008

Walimatul A'rus

ada yang berhypothesis bahawa aku mengalami masalah untuk menaip..(typing error)
mungkin juga masalah papan kekunci?

ada masalah dengan terma Walimatul A'rus?

3 minggu lepas ada kuliah bersama Tuan Guru Dr Haron Din (TGHD), dan dia ada menyentuh soal majlis perkahwinan di Malaysia ini. Refelks kepada statistik perceraian yang semakin meningkat saban hari. TGHD kata, kemungkinan berpunca kepada tiadanya keberkatan dari ALlah. Antara yang menyumbang ketidakberkatan itu adalah majlis walimah yang tidak syar'ie.

Berbalik kepada terma Walimatul A'rus iaitu bermaksud jemputan perkahwinan sebelah perempuan menurut kata TGHD. Bagi pihak lelaki pula Walimatul A'ris.

Susah kan kita nak merubah benda yang terbiasa? yang biasanya...Walimatul Urus.

Tu baru intro...

Selamat Pengantin Baru buat pasangan sepersekolahan...
Munir-Najmiah.
Semoga perhubungan diberkati Tuhan Punya Alam!Amin!
Tolak ansur, sabar...dll.


p/s:aku rasa ni lah walimah yang paling aman yang mengizinkan aku mengetahui berapa ribu gaji pokok rakan-rakan,di mana berkhidmat? Gomen or Private?Gosip2 yang terbaru....(tidak digalakkan), mengusik, memperli, menyebar berita2 dan perkembangan politik mutakhir..dll.

kalo tak...aku rasa mcm bukan kenduri kahwin je, ada rasa mcm kat The Zouq je (Sumpah aku tak pernah masuk!)

(klik sini...untuk sedikit peringatan)

Selasa, Disember 16, 2008

SIAL KASUT!


gedeBUSH!
betapa nasib baik tak kena muka!
kalau kena...
Pendekar Mustar akan teriak,
"Mengapa tak elak?"
GWB sempat belajar dengan Wak Mustar.

Kalau hinggap juga ke muka politikus itu,
Kalau singgah juga ke muka kepala polis dunia itu,
Kalau tertampar juga ke muka bapak pembunuh itu,
Kalau mendarat juga ke muka neofiraun itu,
Maka terciptalah rekod dunia,
Kasut saiz 10 yang pertama singgah ke muaka Tuan Presiden.

Wahai Muntadar al-Zeidi,
alangkah murninya bila disertakan stokin dalam balingan anda,
kasut tak kena,
haruman pati stokin yang barbau,
mampu jatuhkan sir muka si laknat itu!