Sabtu, September 27, 2008

Ramadhan : Episod 10

Moga ketemu Ramadhan akan datang!

Jumaat, September 26, 2008

Ramadhan : Episod 9

Seposen jer?

Ada orang kata, "baik tak payah turun"
Ada orang kata, "kerajaan perihatin dengan beban rakyat"
Ada orang kata, "ermmmm...oklah"

Masa berdebat, berbuih-buih pertahankan tak boleh turun,
Hero kata boleh turun,
Kalau tak mau bagi harga minyak turun lebih baik 'turun'.

Rakyat nak balik raya,
Terpaksa hadapi naik harga,
Raya macam tak raya,
pikir mana nak cekau 'duit' nak balik bandar semula.

Seposen jer?
Kalau makan di mamak, baki seposen bersamaan 2 biji gula-gula,
Rm50=19 liter,
Lebih baik sediakan gula-gula 38 bijik setiap RM50 minyak.

Rakyat tak sanggup di'gula-gula'kan,
Pasti rakyat balas dengan kuasa rakyat.

Selasa, September 23, 2008

Ramadhan : Episod 8

"Ustad...nah kad raya"...aku sambut,"time kasih"

ada gak tradisi ni lagi...ingat dah ditelan pengaruh dek MMS, SMS...maklumlah lagi cepat..takyah beli setem...


kebada or kepada?

ustaz, ustad or ustab?

ustab lagi? suka ati lah....


ni nak buat imbangan duga ke apa ni?


oklah ni...

p/s : Di atas semua dari pemberian dari anak2 murid buatku,

nak mention kat sini dorang ni budak kelas 2 terakhir,

kira nak membaca n menulis ni agak slow lah skit,

tapi yang perlu DIPUJI kat sini...

golongan budak2 yang macam nilah yang selalu ingat kat cikgu2 depa,

tak kiralah...hari guru ka, hari raya ka

Thanks a lot, Syukran Jazilan wa kathiran.


Ni spesel skit, sebab dari anak murid aku yang bukan Islam (Hindu),
but willingly learning Arabic.
Maa'ttawfiq bin najah.

Isnin, September 22, 2008

Ramadhan : Episod 7

Iftar di Tasik Idaman, Dengkil.

Yang hadir aku, Muten, Juzeh, Cak, Alonj, Din Izudin, Zatros.
Credit to organizer Juzeh n PR officer Alonj.

Menu iftar memang DABOOM!!!
Men behind the scene
Ahmad Fais dan Shah

Aizat, Imran, Dalyaanoon


Tasik Idaman kena bayar royalti kat aku ni

siakap barmacam2 rasa


dari depan 'soteng gorong' belakang tu kailan ikan masin

tom tom bak yam 'gung'


Thanx bro2 sekalian...kepingin mahu ke sana lagi!

Ahad, September 21, 2008

Ramadhan : Episod 6

Jom bersedekah!

Sabda Rasulullah S.A.W mafhumya "Apabila mati anak Adam itu terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak Soleh yang , mendoakan kedua ibu bapanya.

1. Pembinaan Masjid dan Dewan Sebaguna untuk MADRASAH NURUL HIDAYAH

Nama Akaun : Madrasah Nurul Hidayah
Bank Islam Malaysia Berhad.
No. Akaun : 02048010037479 / 02020010027433

2. Maahad Tahfiz Nikmatillah, Pulau Melaka, Kelantan

Bank Islam Malaysia Berhad.
No. Akaun : 03036010014361

-atau-

Maybank2u.com
No. Akaun : 153083012281
http://www.tokguru.net/

3. Derma Ikhlas untuk Pusat Khidmat Wakil Rakyat.

Mohd Nasir bin Zakaria
No. Akaun : 162740014637 (Maybank)
http://www.nasirzakaria.com/

Kalau ada sesiapa yang tak jumpa peti derma bergerak masjid ataupun surau, bolehlah you all semua menderma dengan saluran2 di atas. InsyaALlah rezeki encik/cik tuan/puan diberkati ALlah...korang tak jatuh papa kedana pon kalu menderma ni...

5 sen pon takper...tp melalui maybank2u 5 sen tak bleh (apahal kedekut sangat....sampai derma 5 sen jer...hehehe)

Kasut kerja mahal-mahal...kereta bleh tahan 'mewah'...Kemeja mesti mau branded...Lu orang pikirlah sendiri!

Ikhlas...yg penting!!

::nasihat untuk diri aku gak::

Selasa, September 16, 2008

Ramadhan : Episod 5

SELAMAT PAGI MALAYSIA BARU!
udara baru,
iklim baru,
tekad baru,
sikap baru,
komitmen baru,
usaha baru,
tenaga baru,
ikon baru,
harapan baru,
untuk MALAYSIA BARU!
UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH!
TAKBIR!!! REFORMASI!!! DO MOI!!! PEOPLE'S POWER!!!

Khamis, September 11, 2008

Ramadhan : Episod 4

Kalut...kalut...kalut!!!

Kalut sekarang ni...Racismlah...Kedengkelan ilmu tentang kewajipan pemakaian tudung untuk kaum wanita, halangan demi halangan penubuhan kerajaan baru, rakyat selalu dan terus dibodoh-bodohkan...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Sekarang aku nak play save mengambil jalan selamat untuk bersikap tunggu dan lihat sahaja disamping tak mau pahala puasa berkurangan.hehehe:)

Semalam Ali (adinda aku) dah 'merdeka' dengan kertas2 soalan UPSR...macam biasa 'ketenangan'nya mengatasi segala-galanya.

Kat sekolah plak, bebudak bukan main seronok bila keluar sahaja dari dewan peperiksaan..."Yeah,yeah,yeah!!!" dalam hati nakal aku ni berbisik...baru je UPSR...hehehe:)

Akibat telahan nakal aku tu, teringat zaman pertapaan di Gua Ilmu dan Budi. Perkataan yang terakhir aku tulis dan jawab sejak 6tahun lebih pertapaan adalah RACE dan diakhiri dengan titik noktah yang lebih besar berbanding sebelum ni. Kertas itu adalah kertas Sociology, seronbok tak terkata bila dah 'merdeka'.

Selepas itu kebergantungan penuh kepada Qada' dan Qadar amat penting, mengharap segalanya sukses2 aja...

da......

p/s: korang tgk tak sinetron Indon, Pesantren Cinta....best bangat bak!

Rabu, September 10, 2008

Ramadhan : Episod 3

Hari ni terasa panas bangat hari ini. Terasa sampai ke malam. Mungkin ujian di bulan Ramadhan.

Hari ni masuk hari ke-9 berpuasa, bermakna kita masih dalam fasa pertama dalam bulan al-Mubarak ini. Bermakna dalam lingkungan Rahmatillah. In english, means Mercy of ALlah.

Dalam tempoh inipun, kekalutan dalam negara baik dari konteks politik dan sosialnya sangat parah. Lihat sahaja di dada-dada akhbar, berita-berita jenayah masih sensasi dan tiada lagi tanda-tanda kesurutannya. Masih sama banyak, malah mungkin lebih teruk.

Kenapa jadi begini?

Mungkin benar dalam tazkirah Dr Wan Abd Rahman, "individu (rakyat) sahaja yang berpuasa, negara tidak 'berpuasa' ". Puasa sendiri bahasanya menahan diri. Justeru individu, keluarga, masyarakat, negara perlu juga menahan diri dari segala ke'fasad'an dan kemungkaran.

Esok....(pagi rabu) (Mengharap rahmat ALlah esok pagi)

DSAI akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen (Jenayah 4) di Tingkat 4 Kompleks Mahkamah KL Jalan Duta @ 0900am atas pertuduhan meliwat Saiful pada 26 Jun 2008.

Ada kemungkinan jaminan ke atas DSAI akan ditarik balik. Ini bermakna DSAI akan merengkok di Sungai Bambu sehingga berakhirnya perbicaraan.

Doakan keselamatan DSAI...amin...

Jangan kalutkaan suasana yang sedang kalut ni!!

Isnin, September 08, 2008

Ramadhan : Episod 2

Lega aku aritu dah selesaikan tugas sebagai bilal terawih...tapi biasalah ada gak sedikit teguran yang aku terima...contohnya,"Kau sepatutnya baca macam ni...tapi ko lupa"dalam hati aku pun cakap"alah...selawat tu sunat aja, takkan bleh terbatal terawih malam tu kan?" (full stop)

Start minggu ni sekolah pagi sampai hari khamis, sebab budak petang dicutikan akibat UPSR yang akan berlangsung esok. Kepada adik aku yang amat tenang, Ali...Banglong kau doakan ko dapat jawab suma soklan peksa esok!! Kenapa tenang???

Biasalah...budak-budak suka main,belajar kurang...tapi jangan ingat adik aku ni hampeh sangat...aku tengok kertas penulisan BM dia bleh tahan gak, dapat gak A masa trial aritu...Anyway...sukses!!!sukses!!!sukses!!!

Untuk makluman, batch adik aku ni 'batch eksperimen' kerajaan bagi pelaksanaan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Agak-agak macam mana ek?

Kembalikanlah dalam bahasa Melayu!!!

Hina sangat ke belajar dalam bahasa Melayu...Beginilah...bahasa Melayu terpinggir di bumi sendiri....

p/s : DSAI begitu optimis dengan agenda 916. Kalau benar-benar dapat direalisasikan...17hb aku cuti!!konpem!!!errrr....Nuzul Quran kan?hheheehh:)

Khamis, September 04, 2008

Ramadhan : Episod 1

susah lah nak spend masa time puasa ni untuk berblog..
walau apapun, ni pengalaman pertama berpuasa sebagai 'chegu'!!
interview bebudak sekolah...."amacam...pose tak arini?"..."puasa lah ustad!"

esok juga untuk pertama kali, jadi bilal kat surau umah aku...ahahah...
so,
kemeriahan terawih terletak di bahu aku esok...kalo 'slow' selawat aku, maka layulah makmum esok hari...kena gak fokus ni...

esok 5/09/08 maka ada 11 hari lagi untuk DSAI merealisasikan hasrat kebanyakan rakyat marhaen!

UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH!