Selasa, Mac 29, 2011

Berita Bergambar.


Mamat Perkakas ini hadir ketika Majlis solat hajat dan Ceramah Perdana PR di Stadium Melawati.
Apa mamat ni buat? Nak intip? nak ambil maklumat?

Buat penat je datang kalau nak maklumat tengok ceramah ini dari rumah melalui internet pun boleh. Apa? tak akses internet? lekehnya ko ni!

Hilang songkok tinggi 10', suci gila tengok muka pakai kopiah, ptuih! Sungguh negatif pandangan gua pada mamat ni.

Ada brader sebelah gua boleh pula beri pandangan positif. Kudus gila brader tu. Moga-moga ada yang menginsafkan mamat di atas.

Masa uncang derma diedarkan, aku tak pasti dia hulur ke tak RM dia. Bak kata pupu aku, husnu zhon je lah dia derma.

Pas DSAI abis beri pidato, mamat ni ngan mamat sebelah kanan dia blah. Panas pungkoq kot. Belum sempat nak aminkan doa Tok Guru.


Ahad, Mac 20, 2011

Al-kisah Komuter di Hari Ahad.

Kalau mahu lihat rakyat derita, alami lah ia.
Setiap minggu jangan terlepas.
Kalau mahu ke Kajang naik selepas stesen Mid Valley, siaplah!

Macam sardin berhimpit.
Segala macam bau ada.
Kalau lu orang perfume Dunhill Desire biru pun belum tentu bau wangi.
Dari segenap benua jenis bau ada.

Masa itu,
pelbagai ragam ada.
Ada yang tetiba jadi staff KTM.
"Hoi, belakang sikit...ada orang lain ni!"
Dalam komuter tolak ansur dah tiada.
Yang tua, perempuan mengandung, si buta dah takde keutamaan.
Gua pun 'selfish' gak.

Bila dah berhimpit,
mulalah panas.
Kalau nak rasa sauna sambil naik keretapi, alamilah sendiri.
Silap-silap naik dari Bank Negara, sampai Kajang 5 kilo dah turun.

Mana penjimatan dari subsidi minyak untuk rakyat?
Kata mahu buat penambahbaikkan pengangkutan awam.
Apa kes belanja ubahsuai mahligai memanda?
Apa kes buat pusara negara?

Ni pula nak buat loji nuklear!

Mampuih!

Isnin, Mac 14, 2011

Berita gaya Sokernet.

Bangkit!


ARSENAL!

MANCHESTER: Arsene Wenger menegaskan Arsenal mempunyai karakter untuk bangkit kembali selepas disingkir keluar daripada tiga kejohanan di dalam tempoh dua minggu.

Kekecewaan terbaru mereka adalah kekalahan 2-0 kepada Manchester United di suku akhir Piala FA kelmarin yang menyaksikan Johan Djourou tersisih untuk baki musim ini dengan kecederaan bahu.


Ia hadir selepas tersingkir pada pusingan kedua Liga Juara-Juara oleh Barcelona pada pertengahan minggu serta tewas pada final Piala Liga kepada Birmingham.

Kali terakhir kelab itu memenangi piala adalah pada 2005 iaitu Piala FA dan kini harapan meraih kejuaraan di dalam Liga Perdana.


Mereka kini mengekori rapat Manchester United yang masih perlu berkunjung ke Emirates dengan ketinggalan tiga mata serta kelebihan satu perlawanan.


Wenger tetap mempertahankan pemainnya mempunyai mentaliti untuk mengatasi kekecewaan dan menekan Manchester United sepanjang saingan untuk kejuaraan liga itu.

Beliau berkata: “Saya percaya kami mampu melakukannya namun ini adalah ujian yang bagus kepada kami untuk menunjukkan kami mampu bersatu dan menunjukkan kekuatan mental dan bersatu hati serta memberikan tindak balas yang cepat.


“Kami ada satu minggu tanpa perlawanan di pertengahan minggu untuk pertama kali di dalam tempoh yang lama. Namun kami mempunyai peluang baik untuk menunjukkan kami berpadu.

Ahad, Mac 06, 2011

Siapa Kau?


apahal kau ni?
ke mana kewarasan kau?
Kau pernah hadiri kuliah beliau?
Ayat mana dia baca yang menyesatkan?
Doa mana dia sekutukan ALlah?
Apa rasional dia memerangi mungkar?

Celaka kau!

Kenapa?

Gua fanatik dengan TG Nik Aziz, salah ke?
sanggup gua ke Kota Bharu hadiri kuliah mingguan dia.
Eh, kau pernah buat kuliah macam tu ke?
Fanatik dengan ilmunya,
Fanatik dengan 'ibrah sirahnya,
Fanatik dengan akhlaknya,
Salah ke?

Ayat gua macam budak-budak gaduh kan?
Sebab minat senget ni bukan macam budak-budak dah, ini orang gila!
Kalau sokong sangat UMNO/BN, jangan samakan dengan Ayah Pin itu dah syirik ba'in.

Nah, celaka kau kali kedua!